BAB 20

291 31 0
                                    

"Haii, tuan. Ceria nampak hari ni? Ada berita baik ke?" Qhallish ditegur salah seorang pegawai di bahagian kaunter.

"Eh tak adalah, gembira sebab dapat rehat sehari kot. Dapat luangkan masa bersama isteri," pegawai itu tersenyum.

"Aih tuan ni, saya tengok sejak kantoi yang tuan dah kahwin makin tak sorok dia punya ceria tu. Sebelum ni asyik beku je manjang." Qhallish ketawa. Mereka berbual kosong untuk seketika kemudian Qhallish meminta diri naik ke bilik.

"Dating semalam macam mana? Seronok?" Zaiyyan menyambut kedatangannya dari dalam bilik. 

"Kalau abang Yan nak tahu seronok atau tak, abang kena kahwin dulu lah." Qhallish menyindir. Zaiyyan hanya mengabaikan sindiran itu.  Dia berpura-pura tidak dengar.

"Ni kita dapat maklumat baru. Berita baik dan berita buruk, nak dengar yang mana satu dulu?"

"Berita baik?"

"Kita dah jumpa, kat mana pembelot tu sembunyi."

"Abang yakin ke kat sini? Kenapa macam mudah sangat?"

" Itulah berita buruknya. Disebabkan terlalu mudah, kita kena berhati-hati sebab mungkin akan ada benda yang terjadi."

"Bila kita nak pergi serbu?"

"Erm, cadangnya malam ni. Sekarang orang-orang kita tengah siapkan apa yang patut." Qhallish.

"Nampaknya tak balik rumah lah kita dua tiga hari ni."

"Tak balik dua tiga hari tak apa, jangan tak balik terus je."


"Malam ni, kita akan akhiri permainan yang dah dimulakan sejak dua tahun lalu. Apa pengakhirannya saya harap baik-baik sahaja. Kita mungkin akan balik dan mungkin tidak, saya harap awak semua bersedia." Qhallish memandang satu persatu wajah yang ada. Tangannya yang sedikit menggeletar dia genggam erat. Ya Allah perasaanku tidak enak.

"Kita gerak sekarang," tepat pukul 12:00 pagi Zaiyyan memberi arahan. Mereka mula berpecah mengikut kumpulan yang sudah dibahagikan.

"Kau kenapa Qhall?" Zaiyyan tiba-tiba bersuara. Hairan dia melihat Qhallish yang tiba-tiba termenung sahaja. Bukan sepatutnya dia kah yang terpaling teruja untuk misi kali ini?

"Qhall mesej Ayra, tapi dia tak balas. Telefon dia naik dua tick, kalau call pun masuk dalam voice mail. Tapi dia tak telefon balik atau balas mesej tu sampai sekarang." Qhallish menjawab perlahan. Zaiyyan sembunyi senyum.

"Teruk angau kau dekat dia. Dia tidur awal lah tu. Mungkin telefon dia duduk jauh ke jadi dia tak dengar. Haih yang kau ni pun. Fokus, jangan biarkan emosi kau terganggu dengan urusan peribadi macam ni. Sebab ni lah aku taknak kahwin, risau teringat bini." Zaiyyan cuba mengusik. Namun nyatanya, usikkan itu tiada sambutan.

"Qhall tak sedap hati, abang Yan. Rasa macam akan berlaku sesuatu yang besar," dia hanya mengucapnya di dalam hati. Pandangan kembali dibuang ke luar tingkap.


"Err tuan..." Masing-masing menayang riak kebingungan. Apakah... Qhallish dan Zaiyyan kekal dengan riak beku dan pandangan tajam masing-masing. Pelik. Bukan ini tempat yang mereka dapat info!

"Abang Yan..." Qhallish menyebut panggilan Zaiyyan perlahan.

"Diaorang tahu kita akan datang." Qhallish mengangguk. Yang lain mula mengetatkan muka. Mereka diperangkap!

"Inilah... Berita buruknya," bangunan usang, buruk dan lama. Belum siap dibina, bahkan masih ada bahagian yang tidak dihabiskan kini terpampang di hadapan mata. Jauh sekali dengan bangunan gah, mewah yang berada di dalam gambar. Keadaan sekeliling yang hanya dipenuhi dengan hutan akan menyebabkan masalah penyambungan internet. 

"Kita berpecah."

"Qhallish!" Zaiyyan menjerit keras namun perlahan. Dia tidak bersetuju dengan idea spontan itu.

"Kita tak boleh beramai macam ni, separuh perlu dapatkan internet untuk bantuan kecemasan. Lagi separuh perlu siasat keadaan. Kalau semua berkumpul dan diserang, siapa yang akan laporkan keadaan pada pihak atasan?!" Zaiyyan diam. Benar apa yang Qhallish katakan, tapi untuk memisahkan mereka dengan kuantiti yang sedikit bukankah itu mustahil?

"Berpecah kepada dua kumpulan. Mereka tetap perlukan seorang ketua abang Yan. Bukankah abang Yan sendiri yang cakap jangan masuk hal peribadi dalam kerja. Jadi, ehem... Tuan, tolong beri kebenaran." Zaiyyan mengigit bibir. Dia sudah agak semua ini akan berlaku. Dia sudah sediakan semuanya tapi dengan keadaan masalah komunikasi itu akan menjadi sedikit. Dengan perlahan-lahan dia mengangguk.

"Tolong jaga diri, Qhall." Qhallish mengangguk.

"Dan awak semua juga."

"Tuan... Jaga diri." Qhallish dan yang lain serentak melontarkan kata. Zaiyyan tidak membalas. Dia terus bergerak tanpa menoleh. Dia tak sanggup, tapi demi keselamatan semua dia terpaksa. Ya Allah, lindungi kami semua. 

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now