BAB 11

363 39 0
                                    

"Tuan." Qhallish hanya mengangguk disapa pegawai bawahannya.

"Diaorang dikepung tuan..." Tidak tunggu lama pegawai itu memberi laporan. Qhallish mengetap bibir. Dari gaya, mereka memang menunggu dari hari Qaysara berpindah rumah. 

"Dah cuba masuk?" Pegawai itu mengangguk.

"Dah tuan. Cuma... Sarjan Ali tertangkap." Qhallish mendengus. Matanya melilau memandang sekeliling. Cermin tingkap tandas menarik perhatian. Dia tersenyum senget.

"Abang Yan, abang Yan..." 


"Kau tahu apa yang kitaorang cari." Zaiyyan hanya diam. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Saat ini dia perlu berlagak tenang. Sarjan Ali yang berada di sisi aku dikerling. Nampak penat, mungkin mereka sempat beradu tenaga. Pandangannya menjadi jatuh kasihan, walaupun umur sudah lanjut namun dia masih kekal bertugas. Sudah lama mereka berkerja bersama, dah rapat macam keluarga sendiri.

"Dan korang tahu jawapan yang akan aku bagi," dia membalas. Mendatar sahaja suaranya. Lelaki itu tersenyum senget.

"Bos tak nak sekarang. Kitaorang datang bagi amaran sahaja. Belum masa lagi untuk kitaorang datang ambil dia," matanya dilirikkan ke arahku. Aku cuba mengekalkan riak bersahaja. Badan didekatkan dengan Sarjan Ali. Rasa takut menguasai diri.

"Walau dah sampai masanya, tetap dia takkan jadi milik korang sampai bila-bila." Zaiyyan membalas keras.

"Kita tak tahu, tuhan akan berpihak pada siapa. Takdir bukan ditangan kita, kita hanya perlu usaha. Hari itu akan tiba, hari dimana perempuan tu ada dalam tangan kami. Cuma bonus, terdapat nyawa korang sekali..." Sinis sahaja ayat yang dilontarkan. Zaiyyan menahan rasa benci. Rasa mahu ketawa kuat-kuat mendengar ayat agama yang digunakan. Tuhan? Huh.

"Kau fikir tuhan akan lindung dan tolong orang-orang macam kau ke hah?" 

"Habis tu kau fikir, tuhan akan tolong ke polis munafik macam korang semua ni? Tubuhkan pasukan banteras rasuah, tapi orang dalam sendiri makan duit haram," senyuman sinis dihadiahkan pada Zaiyyan. Dia mendengus perlahan. Buang masa sahaja dia bertikam lidah dengan penjenayah ini.

"Aku rasa tugas kau dah selesai," dia mengangguk.

"Tapi takkan aku nak blah macam tu je, kan?" Zaiyyan berkerut. 

"Kau nak apa lagi?" Suaranya menjadi lebih keras. Tawa dilepaskan. Zaiyyan memasang renungan tajam.

"Ingat penjahat macam aku ni baik sangat ke nak lepas senang-senang macam tu? Mestilah setiap kali aku datang serang, aku nak satu nyawa," pantas sahaja picu ditarik. Tembakan dilepaskan tepat-tepat di hadapan kaki Sarjan Ali.

"Orang tua ni, dah lama dia berkhidmat. Dah banyak benda dia buat menyusahkan aku. Aku asyik kena marah dengan bos ja sebab dia. Naik muak dah aku tengok tag nama yang sama. Nak juga aku jumpa pegawai baru yang muda, yang polos bergetah lagi. Asyik tua kerepot dapat apa? Meh aku tolong pencenkan kau!" Muncung pistol diacu kini tepat ke arah kepala sarjan Ali yang tersandar di dinding.

BANG!

"Jangan!" Zaiyyan menjerit sebaik tembakan dilepaskan. Aku menutup mata, Sarjan Ali sudah terkumat-kamit mengucap. 

"Tuan..." Lemah suara Sarjan Ali memanggil. Aku membuka mata perlahan-lahan. Darah merah membuak-buak keluar namun bukan dari kepala Sarjan Ali tetapi dari abdomen kiri lelaki itu. Lelaki itu memegang abdomennya yang basah, perlahan-lahan dia jatuh terduduk.

Pistol kembali disimpan. Qhallish memaparkan riak tidak bersalah.

"Kau nak bunuh orang tua tu, kau kena bunuh aku dulu..." Sinis ayat yang dilontarkan. Qhallish menahan diri dari mengikut perasaan. Dia mengalihkan badan ke arah kami bertiga.

"Pak Ali!" Laju dia berlari mendapatkan Sarjan Ali. Sarjan Ali tersengih. Qhallish membantunya berdiri, kakinya masih lembik. Mungkin terkejut melihat tembakan yang dilepaskan betul-betul di hujung bucu kasutnya. Maklumlah jantung tua.

"Pak Ali okay?" Sarjan Ali mengangguk.

"Saya okay saja, tuan. Cuma ASP Zaiyyan..." Serentak kami mengalihkan pandangan ke arah Zaiyyan. Aku terbuntang. Baru aku sedar bahu kanannya berdarah! Ini bermakna penjahat itu sempat melepaskan tembakan serentak di saat Qhallish menembaknya. 

"Ya allah, abang Yan." Qhallish beristighfar. Zaiyyan hanya tersengih. Dia mengambil kain yang diikat di tingkap tandas kemudian mengikat tangan kanannya untuk menghentikan pendarahan.

"Sikit saja ni. Tajam juga mata Qhall nampak abang ikat kain tu dekat tingkap." Zaiyyan mengubah topik tidak mahu mereka membahaskan tentang tangannya. Qhallish menayang riak tidak berpuas hati.

"Dalam dunia ni, ASP Zaiyyan sorang ja yang guna tuala berjahit nama terbalik. Zaiyyan jadi Nayyiaz. Memang kenal lah." Qhallish menempelak Zaiyyan. Tahulah nak ubah topik tapi cuba cari topik menarik sikit. 

"Terbalik?" 

"Dia jahit sendiri tuala kecil tu masa umur 12 tahun, saja nak cuba jahit ikut nama sendiri. Punya la yakin taknak ikut arahan umi sekali siap nama terbalik." Qhallish membuka cerita dengan nada tidak rela. Sarjan Ali sudah bantai ketawa sambil sesekali menahan perit di dada. Aku sembunyi senyum. Zaiyyan mencebik. 

"Tak payahla sampai buka cerita, ish dia ni. Dah kecemasan nak bagitahu Qhall kat mana kedudukan kitaorang terpaksalah guna tuala tu." Zaiyyan menarik muka masam. Sarjan Ali semakin galak ketawa. Seronok betul dia tengok dua beradik ni gaduh. Haih.


"Argh, sakit..." Zaiyyan mengaduh perlahan apabila aku menyentuh bahunya untuk membersihkan luka.

"Mengadalah abang Yan ni. Masa geng medic tadi nak bersihkan luka abang Yan, abang Yan berlagak macho kata taknak, nak basuh sendiri. Ni apa hal balik rumah suruh Qaysara pula yang cuci luka. Lepastu tak pernah-pernah mengaduh sakit tiba-tiba jadi terpaling lemah pula, tak sempat sentuh dah "aduh, aduh Sara sakit" gila mengada abang Yan ni!" Qhallish mencebik. Benci dia melihat perangai Zaiyyan yang tak semenggah. Zaiyyan menarik sengih.

"Eh kau ni cemburu ke apa? Nak buat macam mana dah sakit. Kalau kau nak juga, pergi la makan peluru. Bolehla Qaysara jaga kita bergilir-gilir. Bukan memang itu ke tugas dia masa kau nak bawa dia balik?" Aku menjeling Zaiyyan. Eh dia ni.

"Tepi Qaysara, biar saya yang buat." Qhallish menolakku. Dek terlalu kuat tolakkan itu aku jatuh terduduk ke tepi. Muka ditarik masam, aku hanya diam melihat dua beradik itu bercakar sesama sendiri. Pemandangan biasa setiap hari.

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now