BAB 4

1K 104 10
                                    

Baik kali ni aku betul-betul bangun lambat...

"Hah, dah pukul 10:00 pagi?!" Aku terbuntang. Cepat-cepat tuala dicapai dan aku menuju ke pintu yang berada di dinding. Aku memulas dan berlari masuk ke dalam tanpa melihat sekeliling. Pintu ditutup dan aku membalikkan badan.

"E-eh..." Badanku keras. Mataku hanya fokus pada satu arah.

"Ap-apa awak buat dekat..." 

"Ni bilik saya..." Qhallish menjawab dingin. Aku memerhatinya atas dan bawah beberapa kali. Bau wangi menusuk ke hidungku, seluar track hitam yang dipakai, rambut basah, kulit yang agak putih, badannya yang sado dan tangan yang berotot. Eh sekejap... Badan?

"Dah puas tengok?" Bagaikan tersedar dari lamunan aku tersentak dan cepat-cepat membalikkan badan ke arah lain.

"Ap-apa yang sebenarnya jadi?" Aku bertanya tanpa mengalihkan badan. 

"Bilik awak dan bilik saya bersambung. Kalau awak buka pintu tu awak bukan masuk tandas tapi masuk ke bilik saya. Tandas cuma ada dua, dekat ruang tamu kedua dengan master bedroom." Qhallish menyarungkan t-shirt putih ke badan.

Aku menggigit bibir. Arghh kenapa la nasib aku asyik malang ja ni. Yang si Qhallish ni pun bukan nak tutup ke apa, dia biar ja aku tengok. 

"Nak tunggu sampai pejabat agama datang serbu ke?" 

"Hah?" 

"Awak tu, masih dalam bilik saya tau. Saya tau awak mengata saya tapi kot ya pun keluar la dulu..." Aku menarik tombol pintu kasar. 

Ehh... Tak boleh buka?! Aku menggoncang tombol pintu dengan lebih kuat, ini dah apa pasal?!

"Kenapa tak boleh buka?!" Aku masih menggoncang tombol itu. Bertambah takut apabila bunyi tapak kaki dari belakang semakin kuat menghampiri.

"Pintu ni kena tolak bukan tarik..." Dia mengunci pergerakkanku. Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak ke dalam ruangan bilik aku. Aku terkedu, oh betul lah tadi aku tarik bukan tolak.

"Ma-maafkan saya!" Aku berlari masuk ke dalam bilik haih sudah la semalam malu berganda-ganda hari ni tambah lagi?! 

Aku berlari-lari anak menuju ke tandas di ruang tamu kedua. Untung ruang tamu kedua bukan tempat utama dan agak jauh dari dapur. Tak ada la sesiapa nampak aku terkedek-kedek lari masuk.

Aku termenung dalam tandas 30 minit dan mandi selama 15 minit. Jumlah keseluruhan 45 minit aku di dalam bilik mandi. 

"Haii!" Bahu ku terhenjut sedikit dan aku hampir jatuh ke belakang dek terkejut tiba-tiba disapa tanpa amaran.

"Hah?" 

"Saya Faeq, Faeq Luthfan. Anak bongsu kepada keluarga ni," dia menyapaku ceria. Keluarga ni memang pelik semua ka macam mana? Cukup pakej, yang sulung gila, yang tengah dingin, yang terakhir terlajak vitamin.

"Qaysara?" 

"Hah ya?" Faeq ketawa.

"Betul lah, awak ni memang kuat berangan." Faeq berkata. 

"Macam mana awak semua boleh kenal saya?" Qhallish aku tak pelik tapi Emirza dengan Faeq??

"Whatsapp..." Faeq menjawab selamba. Buat seketika otakku berhenti berjalan. Hah, Whatsapp?

"Mesej dalam telefon la, kita bukannya hidup zaman dulu pakai surat. Umi memang rajin kongsi segala khabar dalam grup keluarga." Faeq menerang. Aku meng"o"kan sahaja apabila faham maksudnya.

Faeq masih berdiri di depan ku sekaligus menghalang aku dari berlalu pergi.

"Kenapa?" Faeq bertanya kepadaku apabila aku tidak berhenti merenungnya. Satu lagi, aku yang pendek atau keluarga ni telan buluh? Tinggi lain macam.

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now