BAB 19

345 35 6
                                    

Dipermudahkan cerita disebabkan kitaorang tak tahu nak buat apa, Qhallish ajak aku keluar jalan-jalan memandangkan hari ni dia off untuk satu hari.

"Kita nak pergi mana?"

"Awak boleh teman saya pergi Popular kejap tak?" 

"Popular? Apa benda tu, kelab malam ke?" Aku menepuk dahi.

"Awak nak pergi kelab malam ke, sayang? Astaghfirullahalazim. Macam ni awak sekarang eh?" Qhallish menekup mulut. Hatinya tidak sudah-sudah beristighfar. Dua tahun mereka terpisah, begini perangai isterinya sekarang. Ish, siapa yang ajar ni?!"

"Mana ada kelab malam nama Popular!" 

"Ada lah!"

"Mana awak tahu ada?"

"Sebab saya pernah pergi lah!" Giliran aku pula yang menekup mulut.

"Astaghfirullahalazim, Qhall- Maksud saya, abang! Macam ni abang sekarang eh! Siapa yang ajar ni, sejak bila Qhallish yang innocent terlajak pandai pergi kelab malam. Ni mesti Zaiyyan yang ajar kan?!" Qhallish membulatkan matanya namun tidak mengalihkan pandangan dari pemanduan.

"Hey mana ada saya pergi kelab malam!"

"Tadi kata ada!"

"Bukan pergi buat maksiat, saya pergi serbu sebab gantikan orang undercover!" Aku terkedu.

"Oh," sepatah sahaja aku membalas.

"Yang awak tu haa, sejak bila pandai pergi kelab malam ni?" Qhallish masih setia menanya soalan yang sama.

"Ish, kan saya dah cakap saya tak pergi kelab malam! Itu nama kedai buku lah," laju sahaja aku menunjuk gambar dan logo kedai popular yang aku cari di internet. Qhallish menjelingnya dengan muka masam kemudian berubah secara spontan.

"Oh kedai buku, cakap lah dari awal! Tak adalah kita lawan menfitnah macam ni," aku mencebik. Lain kali tanya elok-elok, hish.


"Uhuk!" Zaiyyan tersedak kopinya secara tiba-tiba.

"Eh, tuan. Tuan okay?" Pegawai itu menepuk belakangnya perlahan. Zaiyyan mengangguk. Batuknya masih belum berhenti.

"Aih, tiba-tiba tersedak. Ada orang rindu saya kot." Zaiyyan berseloroh.

"Isteri tuan mungkin..." Pegawai itu tersengih nakal. Zaiyyan menjelingnya.

"Aip, saya single lagi." 

"Eh maaf tuan," pegawai itu menayang muka tergamam.

"Ehem, kat mana kita tadi?"


Aku berjalan sendiri di sebalik rak putih yang tersusun rapi. Qhallish menghilangkan diri ke tandas. Tiba-tiba rasa terberak katanya. Sambal semalam pedas sangat ke? Aku rasa aku letak cili padi sepuluh biji je. Aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil menggumam sendiri. 

Selesai melilau rak komik, aku menuju ke bahagian novel. Sesekali aku tersengih melihat kesan tembakan di rak tempoh hari apabila melewati bilik stor yang terpampang luas. 

"Tak buang lagi rupanya rak tu, simpan buat pekasam ke apa?" Aku mengelengkan kepala.

Novel yang ada aku belek dengan penuh teliti. Yang menarik aku ambil, yang sudah koyak dan sudah terbuka pembalutnya aku letakkan kembali.

"Suamiku Encik Ketam, Suamiku Bukan Shah Rukh Khan, Suamiku duda anak sepuluh, apa semua tajuk suamiku ni? Awak tak cukup satu suami ke, sayang?!" Qhallish yang entah dari mana datannya tiba-tiba baca setiap tajuk yang tertera. Masalahnya yang dia baca tu semua tak betul!

"Eh, yang awak ni dari mana datang-datang nak cop saya tak cukup suami ni?" 

"Dah awak ambik semua novel tajuk suamiku, saya ni tak cukup ke?" 

"Tak," selamba sahaja aku menjawab. Dia tercengang.

"Jadi awak lebih pilih karakter fiksi tu berbanding suami awak yang kacak, hensem, gagah lagikan perkasa ni?" Aku berfikir sejenak.

"Mungkin?" Mataku kembali membelek buku yang ada. Riak terkejut Qhallish langsung tak aku hiraukan.

Aku kembali menoleh kerana mahu bertanya sesuatu namun kelibat Qhallish sudah hilang. Aku mengelilingi satu kedai sambil memanggil namanya perlahan. Sudahnya mataku tertacap pada satu lembaga hitam di penjuru dinding sedang duduk memeluk kai. Badan dihenjutkan ke depan dan belakang, mulutnya tidak henti-henti terkumat-kamit.

"Sampai hati awak, sayang. Awak lebih memilih diaorang dari saya. Saya yang cari awak dua tahun lalu, masuk tahun ni tiga tapi awak lebih memilih mereka. Sampai hati awak! Disaat awak puja mereka, ada mereka kisah? Diaorang sibuk dengan isteri masing-masing. Saya yang peluk awak masa awak nangis baca novel, saya yang bancuhkan kopi untuk awak sebab awak nak habiskat chapter terakhir novel tu, saya juga yang tolong bayarkan novel awak tapi awak tetap pilih mereka. Tergamak awak buat saya macam ni..." Qhallish menitiskan air mata dan hingus palsunya sambil menghinjutkan badan. Aku menepuk dahi. Mataku menjeling orang sekeliling yang menahan ketawa.

"Awak..."

"Jangan sentuh saya! Saya taknak kawan dengan awak dah." Qhallish masih dengan rajuknya.

"Aduh, saya bergurau jelah. Mana boleh saya pilih watak fiksi tu berbanding suami saya yang kacak, hensem, gagah lagikan perkasa ni kan? Kalau awak tak ada siapa nak teman saya tidur malam-malam? Siapa yang nak baca doa, tiup dekat ubun-ubun saya sebelum tidur? Siapa yang nak bayarkan novel saya setiap kali ada promosi. Okay yang terakhir tu abaikan. Janganlah merajuk lama-lama, tak senonoh orang tengok. Jom bangun," cubaan memujuk. Qhallish memandangku dengan mata yang merah dan hidung yang berhingus. Aku menahan tawa.

"Betul awak pilih saya?" Aku mengangguk.

"Betul awak nak saya je?" Aku mengangguk lagi.

"Betul awak-"

"Jom kita pergi makan aiskrim."

"Okay, jom!" Sepantas kilat Qhallish bangun dan mencapai bakul di tanganku. Aku mencebik. Aku ni bela bakal bapak orang atau bayi orang?

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now