BAB 8

663 64 2
                                    

"Macam mana saya nak kembalikan awak pada saya, sayang..." Qhallish termanggu sendiri. Keluhan berat dilepaskan. Terasa seperti matanya panas namun ditahan air matanya daripada gugur. 

"Kita dah cukup dekat, tapi saya rasa macam jauh sangat dari awak. Ke mana awak hilang selama ni..." 

Dua tahun lalu, saat dimana pertama kali dia bertemu dengan gadis malang itu. Terlihat kosong dan sunyi, kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang mudah. Janjinya untuk membantu menyelesaikan kes misteri berakhir dengan genggaman tangan melafaz akad. Tapi semua itu tak lama apabila mereka terpaksa berpisah apabila bahaya datang mengincar.

Qhallish mengusutkan rambutnya yang tebal.

"Err, tuan." Qhallish mengangkat kepala.

"Tuan okay? Sarapan yang tuan beli, tak dijamah langsung saya tengok..." Dalam takut-takut si pegawai cuba bertanya prihatin. Jika dulu Inspektor Qhallish Adyan atau lebih dikenali sebagai Insp Adyan merupakan pegawai dan ketua termuda yang cekap dan pantas membuat kerja namun kini dia nampaknya lebih banyak bersendiri dan berdiam diri.

Ada kalanya disaat penting boleh lagi dia termenung memikirkan hal lain. Mungkin tak semua orang menyedari perubahan ini kerana Qhallish sangat pandai menukar keadaan tapi bagi mereka yang sudah lama bekerja bersamanya akan sangat ketara perubahan ini dimata.

"Tak ada apalah Pak Ali, fikirkan hal rumah ja." Qhallish tersengih malu, tertangkap pula dia termenung di pejabat. Pak Ali tersenyum.

"Aik, bila pula tuan kahwin ni. Kata nak single sampai bila-bila. Hati dah terpaut dengan mana-mana gadis ke?" Dia mengambil tempat di hadapan Qhallish. Hanya balasan sengihan sahaja yang menjadi jawapan, tangannya ligat membuka bungkusan nasi lemak. Pak Ali mencapai sebungkus lagi nasi lemak di dalam bakul.

"Apa mimpi semalam tuan, awal sehari masuk pejabat. Sebelum ni selalu merungut cuti tak banyak, kalau dah cuti memang lajak-lajak. Ini tiba-tiba awal sehari apa pasal? Ke tuan memang betul-betul dah jatuh cinta, dengan gadis dekat sini juga ke?" Pak Ali bertanya teruja. Qhallish tersedak. Cepat-cepat air dihulurkan oleh Pak Ali. Dia mencapai dan meneguknya rakus. Pedih kepedasan sambal menyerang hidung.

"Ish mana ada, Pak Ali. Memandai saja. Saya dah ada isteri lah," kini giliran Pak Ali pula yang tersedak sambal nasi lemak. Qhallish menghulur air miliknya, gelabah memandangkan Pak Ali minum kopi panas. Kang lagi tersedak orang tua tu.

"Bila masa kamu kahwin?!" Pak Ali separa menjerit. Matanya dibeliakkan seluas-luasnya. Qhallish menggosok leher.

"Err, dua tahun lepas..." Perlahan sahaja dia menjawab. Bertambah terkejut orang tua itu dibuatnya.

"Dua tahun lepas?!" Suaranya dikuatkan dari yang tadi. Pegawai yang lain memandang ke arah mereka memandangkan bukan mereka sahaja yang berada di kafeteria.

"Dah awat ni bang Ali oii, budak Adyan ni menang loteri ka jerit kemain deraih." Qhallish memandang ke arah beberapa orang pegawai yang mendekati mereka. Amboih, mai dah slang utaqa dia.

"Ya allah, Razif! Hang tau dak budak Adyan ni dah nikah tak panggei kita!" Senyuman yang tadi menghiasi wajah Sarjan Razif kini sirna. Matanya laju sahaja memandang ke arah Qhallish.

"Apa, Insp Adyan dah kahwin?!" Serentak itu mereka menjerit. Kini heboh satu kafeteria apabila namanya disebut. Baik pegawai perempuan, lelaki, tukang jual di kafeteria mahupun tukang cuci semuanya menoleh! Manakan tidak, Insp Adyan yang dikenali tidak mempunyai perasaan terhadap wanita rupanya diam-diam sudah berkahwin! Adoii patahlah hati semua peminat kalau macam ni.

Qhallish sudah berpinar mata melihat semua orang menuju ke arahnya. Ah sudah, bukan ini maksudnya bila dia membuka cerita. Sudu garfu ditinggal, air diteguk, kakinya pantas membuka langkah melarikan diri dari terus diserbu warga IPD.


"Assalamualaikum..." Qhallish memberi salam perlahan. Dia memandang sekitar rumah. Sunyi?

"Awal balik," kepalanya menoleh ke kiri. Matanya mencerlun tajam. Namun sebaik sahaja wajah aku yang menyinggah di muka laju sahaja riak tegang itu kendur. Terkejut sangat ke?

"Dah makan?" Aku menggeleng.

"Saya baru sudah masak." Qhallish mengerutkan muka.

"Masak? Setahu saya rumah ni tak ada apa-apa untuk dimasak."

"Iya, rumah ni kosong sangat jadi saya keluar lah pergi beli barang," dia mencerlung tajam ke arahku.

"Awak keluar?" Aku mengangguk.

"Tanpa beritahu saya?"

"Err..."

"Ya allah Ayra Qaysara, lain kali kalau nak keluar bagitahu saya. Jangan keluar kalau saya tak tahu, bahaya. Awak tak tahu apa yang boleh jadi dekat dunia luar sana. Haih, macam ni lah lepasni awak cuma boleh keluar bila saya atau abang Yan teman sahaja. Faham?" 

"E-eh. Dah kenapa pula sampai macam tu? Saya okay jelah," aku terpinga-pinga melihat reaksi berlebihan reaksi Qhallish.

"Awak tu tanggungjawab saya, mestilah saya risau."

"Awak tu tanggungjawab saya."

Aku tergamam. Kenapa... Suara dia ada dalam kotak memori aku?

"Ayra Qaysara." Qhallish memanggilku. Aku memandang tepat ke arahnya.

"Termenung apa, tak nak makan ke? Saya dah tolong sedia. Kita makan dulu, kejap lagi abang Yan sampai."

"Ah, ya. Baik."

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now