BAB 17

275 41 0
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, Zaiyyan dan Qhallish hanya mendiamkan diri.

"Sampai bila nak sorok?" Zaiyyan tiba-tiba memecahkan kesunyian. 

"Qhall tahu dia ingat Qhall." Zaiyyan menangkat kening.

"Kau yakin?" Qhallish mengangguk, kemudian menggeleng. Zaiyyan melepaskan nafas berat. 

Pemanduan diteruskan, masing-masing kembali mendiamkan diri. Di dalam benak kepala mereka ligat memikirkan masalah yang timbul. Kereta diparkir, mereka keluar dan menuju ke lif. Sesampai sahaj di tingkat rumah, Qhallish berasa tidak sedap hati.

"Abang Yan..." Pergerakkan Zaiyyan terhenti. Dia memandang Qhallish tanpa mengeluarkan sebarang bicara.

"Qhall rasa tak sedap hati," dia memegang dadanya. Ini... Kali kedua perasaan ini datang. Kali pertama... Ketika isterinya hilang! Qhallish membulatkan mata, dia membuka langkah dan terus berlari menuju ke pintu rumah. Tidak tunggu lama, Zaiyyan juga turut berlari.

Tepat jangkaan mereka, pintu rumah dibiarkan terbuka. Kasut milik Ayra Qaysara tiada di muka pintu. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Ayra ada bagi tahu dia nak keluar ke?" Zaiyyan menggeleng. Selepas beberapa kali mereka diikuti Ayra menjadi lebih patuh pada arahan. Qhallish meluru masuk ke dalam. Pergerakkannya terhenti. Segala barang... Berselerak!

"Ayra!"

"Ayra Qaysara!" Mereka berdua menjerit namun dengan nada yang masih dikawal. Pelik... Macam mana kawasan ni boleh lenggang hari ni sampai rumah kena pecah masuk pun tiada siapa yang tahu? Apa guna CCTV kalau sekadar dipasang dan tidak digunakan?

Mereka membuka setiap bilik dan laci namun hampa. Akhirnya hanya sisa satu sahaja bilik yang ada. Qhallish memandang Zaiyyan, Zaiyyan memandang Qhallish. Perlahan-lahan mereka berjalan mendekati bilik tersebut. Tombol pintu dipulas. Berkunci. 

Qhallish menyeluk poket. Kunci bilik ini memang sentiasa dibawa kemana sahaja. Kunci dimasukkan, Qhallish memulas tombol bilik. Zaiyyan memegang pistol namun diacukan kebawah. Matanya tajam sahaja meliar ke sekeliling rumah. Qhallish menolak pintu, lampu bilik dibuka. Mereka mengacukan pistol ke hadapan, namun sunyi. Tiada tanda-tanda ada sesiapa di dalam bilik itu. 

Pistol kembali disimpan. Lampu ditutup, begitu juga dengan pintu. Nafas lega dilepaskan. Mungkin cuma pencuri biasa yang datang memecah masuk rumah. Tapi tetap pelik, kawasan kemain gah boleh senang-senang pencuri masuk rumah. Aneh bin ajaib.

"Tapi... Mana Ayra?" Qhallish melepaskan kata hatinya. Zaiyyan diam.

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam perlahan. Aku terkedu melihat rumah yang berselerak. Dua anggota polis itu menayangku dengan riak hairan.

"Awak pergi mana?" Qhallish bertanya. 

"Err... Buang sampah." Qhallish sudah melepaskan nafas yang ditahan. Zaiyyan membuat muka "habislah kau".

Disaat masing-masing berlawan pandangan mataku tertacap pada pergerakkan pintu dibelakang mereka. Mataku membesar.

"Jaga-jaga, belakang!"

BUK.


"Argh, sakit. Perlahan-lahan la." Qhallish mengaduh sakit. Aku menjeling.

"Tak payah nak mengada sangat, bukan awak yang dibelasah. Awak membelasah. Setakat terkena torehan pisau bahagian lengan ni apa lah sangat. Bukan dalam pun, mengada nak suruh balut bagai." Qhallish tersengih.

Macam mana dia boleh tak nampak tadi. Untung pergerakkannya cekap, pantas saja dia menoleh lalu mengunci badan pihak lawan. Pencuri muda, baru nak belajar-belajar dah pandai pecah masuk rumah orang. Qhallish menggelengkan kepala. Budak-budak zaman sekarang, haih...

"Itu dah tergeleng-geleng sendiri kenapa? Buang tabiat?" Aku menempelaknya. Qhallish hanya senyum.

"Awak dah nampak bilik tadi?" Dia bertanya.

"Bilik apa?"

"Bilik saya dan isteri saya," aku mengemas segala peralatan membalut yang bersepah. Muka dipasang riak malas.

"Tak, saya tak tengok pun..." Bohongku.

"Betul ke tak tengok? Bilik tu bukan gelap mana," sekali lagi Qhallish sengaja menguji.

"Iya, betul." Qhallish menganggukkan kepalanya. Dia bersandar ke sofa, aku kembali membersihkan kaca-kaca yang berselerak di lantai.

"Ayra..."

"Hmm?"

"Tolong saya boleh?" Sapuanku terhenti. Aku memandangnya.

"Tolong apa?"

"Tolong masakkan maggie untuk saya," sekali lagi aku berkerut. Qhallish nak makan maggie?

"Maggie apa?"

"Asam laksa," kami berpandangan. Qhallish menayang muka serius, aku dengan muka bersahaja.

"Sejak bila wak suka makan maggie asam laksa? Awak bukan tak suka ke maggie tu sebab awak kata masam? Dulu teringin sangat nak rasa, bila dah makan tak habis pun dibuang gitu je!" Aku bercekak pinggang memandang Qhallish.

"Hmm?" Qhallish mengukir senyuman. Sedar aku sudah terlepas cakap, aku mengetuk dahi sendiri.

"Awak nak berapa, saya buatkan. 5 bungkus cukup?" 

"Sayang..." Langkahku terhenti. Meleret-leret Qhallish menyebut perkataan itu.

"Saya kenal isteri saya, dialah pelakon terpaling teruk pernah saya jumpa." Qhallish menuturnya sambil menahan tawa. Aku mengigit bibir.

"Baik, saya mengaku kalah..." Aku mengangkat bendera putih. Qhallish melepaskan tawanya yang sudah lama ditahan. Aku menghembus awning tudung yang jatuh ke dahi. Rosak rancangan aku! 

"Mati-mati saya ingat awak memang amnesia, Ayra Qaysara. Tapi lepas malam awak cakap dengan saya, memang tak syak lagi awak tak hilang ingatan. Saya tak tahu apa rancangan awak, tapi jujur saya cakap awak memang tak ada bakat berlakonlah sayang." Qhallish menyeka air matanya yang mengalir. Aku memukul lengan Qhallish tepat-tepat di kawasan lukanya. Dia mengaduh sakit namun masih tersisa tawa.

"Gelaklah, gelak. Beria saya percaya segala penipuan yang awak taburkan. Sekurang-kurangnya hargai lah sikit usaha saya taknak kantoi dekat umi dengan abah!" Aku menarik muka. Qhallih menghabiskan sisa tawa yang ada.

"Baik-baik saya minta maaf. Awak dah kembali ni pun saya dah seronok. Merata saya cari awak." Qhallish menukar dari mod ceria ke mod sedih. Sekali lagi aku menampar lengan Qhallish namun kali ini dengan lebih kuat.

"Auww, ya Allah. Apa ke minat betul tampar-tampar ni, ingat tak sakit ke?" Aku menjegilkan mata. Padan muka! Dah lama aku nak tabuh dia, kalau diikutkan rasa hati, masa dia bergurau nak kahwin dua tu juga mahu pecah lakonannya. Aish, sudahlah tak lama mana. 

"Baguslah dah bersatu laki bini," kami sama-sama beralih ke muka pintu. Zaiyyan memasang muka selmba, dia bersandar ke muka pintu. 

"Dah alang-alang tu, bolehlah ye aku nak balik rumah? Kang menganggu pulak pengantin nak berasmaradana," mukaku memerah. Zaiyyan tersengih nakal. 

"Abang Yan," mata Qhallish tidak lepas dari memandang ke arah Zaiyyan. Zaiyyan tersenyum senget.

"Bunga bukan sekuntum, Qhall." Zaiyyan mengucapkan ayat itu kemudian berlalu pergi. Pintu ditutup rapat. Jika tadi Qhallish ceria, kini dia kembali dihempap rasa bersalah.

"Kenapa dengan Zaiyyan?" Aku bertanya. Qhallish hanya menggeleng. Senyuman tawar diukirkan.

"Tak ada apa." Qhallish bangun dan menuju ke tandas. Aku hanya memerhati.

"Salah tak kalau saya minta awak lupakan dia, dan terima cinta saya?" Aku terkedu. Kata-kata Zaiyyan tempoh hari kembali terngiang-ngiang di telinga.

"Aku ingatkan dia main-main..."

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Where stories live. Discover now