BAB 5

1K 103 2
                                    

"Saya gay."

"Hah?!" Aku terlopong. Betul ke apa aku dengar ni?

"Puas hati? Memang itu kan jawapan yang awak nak dengar. Ya. Saya. Gay. Tak faham lagi saya nak eja. G.A.Y. GAY!" Qhallish bangun dari duduk dan berlalu ke bilik dengan muka yang merah padam meninggalkan aku di beranda rumah sendirian.

Aku memeluk tubuh menahan angin malam yang datang menerpa. Mata dipejamkan sambil menyumpah diri sendiri.

"Malam-malam pun buat orang marah... Haih."

Aku menggelengkan kepala beberapa kali sebaik sahaja bayangan itu tamat. Itu hanya imaginasi, aku kembali mengintai Qhallish yang berada di luar.

Qhallish memandang sepi keadaan sekeliling yang gelap. Tenang. Itu yang dirasa tika ini. Dia menarik nafas dalam, sungguh moodnya sangat elok.

"Qhallish?" Aku menegur. Dia mengalihkan kepalanya.

Aku meneguk liur, kemudian memberanikan diri menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan dia. Dia hanya memandangku dengan pandangan seperti biasa, pandangan kosong.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Qhallish tidak menjawab sebaliknya membuat muka tanda "apa?". Aku menggigit bibir, tiba-tiba terasa beria sendiri.

"Awak... Suka Qairina?" Qhallish mengangkat kening.

"Kenapa nak tau?" Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Saja tanya."

"Oh..." Keadaan dibiarkan sepi. Kami sama-sama mendiamkan diri. Aku hanya memandang lantai, tak tahu nak mula macam mana sebenarnya.

"Abang Yan suruh tanya ke?" Soalannya memecahkan kesunyian. Aku hanya memandangnya tanpa sebarang bicara. Qhallish tertawa kecil. Aku terpegun, itu... Kali pertama aku nampak muka dia berubah reaksi.

"Muka saya ni, nampak macam ada iras-iras bright atau win ka sampai awak pun nak cop saya ni gay?" Aku terkedu.

"Ma-mana ada saya cop awak gay, saya tak sempat tanya apa-apa lagi," aku menjawab gugup. Dia tergelak lagi, kali ni tawanya lebih realistik.

"Ada reaksi rupanya..." Aku berkata dalam hati. Namun pandangan Qhallish memberi maksud lain. Dia memandangku dengan muka yang sedikit berkerut namun masih dengan senyuman yang tersisa.

"Apadia?"

"Hah?" Aku menekup mulut. Jangan kata ayat tu betul-betul terkeluar dari mulut. Arghh malunya! Mukaku terasa panas. Kali ini dia tidak lagi ketawa, hanya tersenyum memandangku.

"Setiap manusia ada reaksi Qaysara... Awak ni dah kenapa?" Dia bertanya tenang. Aku hanya tersengih, tiba-tiba rasa termalu sendiri.

"Kalau saya cakap saya tak suka Qairina, apa awak nak buat?" Dia bertanya lagi. Aku hanya diam memandang. Senyumannya semakin lebar.

"Tak buat apa... Saya cuma bagitahu Emirza dengan Faeq jawapan awak dan tugas saya selesai," aku menjawab selamba.

"Awak nak jawapan jujur atau untuk sedapkan hati?"

"Jujur," laju sahaja aku menjawab. Dia menyandarkan badannya ke belakang.

"Saya tak suka Qairina. Tak pernah suka."

"Lepastu, kenapa awak tak cakap apa-apa dekat diaorang?" Aku bertanya pelik.

"Malas..." Eih, semudah abc ja dia jawab malas.

"Lepastu awak akan terima juga la, walaupun terpaksa kahwin dengan orang yang awak tak cintai?" Dia menggeleng lagi.

"Siapa cakap saya terima? Saya sendiri dah ada orang yang saya cintai," dia menentang. Aku mengelipkan mata beberapa kali.

"Dahtu..."

"Saya cadang nak bagitahu esok tapi belum ada kepastian, dah lama saya fikirkan benda ni. Umi dengan abah makin hari makin desak tanya jawapan saya. Kebetulan awak tanya saya malam ni, mungkin itu jawapan untuk solat istikharah saya agaknya," aku mengerutkan dahi tanda tidak faham.

"Apa yang saya jawab tadi erm... Lebih kurang macam spontan."

"Habis tu tentang orang yang awak cinta tu pun spontan?"

"Itu betul..." Aku mengangguk. Entah kenapa tiba-tiba rasa kecewa bertandang. Haish, pergi main jauh-jauh la.

"Mesti cantik kan orang tu, beruntung betul dia." Qhallish tersengih.

"Haah, dia memang cantik..." Dia menjawab perlahan. Jiwa keperempuananku meronta-ronta mahu bertanya dengan lebih lanjut namun cepat-cepat aku meminta diri. Bimbang kalau-kalau dicop busy body pulak nanti. Kakiku melangkah menuju ke dapur dengan laju. Air kosong dituangkan ke dalam cawan dan aku teguk pantas. Tiba-tiba sahaja dada diserang rasa sebu. Haih, aku mengusap dadaku perlahan.

"Qaysara?" Emirza tiba-tiba muncul dari belakang. Aku menoleh.

"Kenapa tak tidur lagi, dah lewat. Pukul berapa dah ni," aku berkerut. Aik, dari mana pula datang mamat ni?

"Awak dari mana?"

"Apa maksud awak, dari mana?" 

"Bukan awak tak ada kat rumah ke malam ni?" Emirza tersengih.

"Saya memang ada kat rumah dari siang tadi, cuma tak keluar bilik. Tadi ja keluar sekejap ada urusan."

"Lepastu awak masuk dari mana?" Eh banyak pulak aku tanya.

"Pintu belakang. Saya masuk tengok awak ada, itu yang saya tegur. Saya ada hal sikit dekat belakang rumah tadi. Malas nak pusing jauh-jauh." Emirza menerang tanpa aku pinta. Aku hanya mengangguk faham.

"Awak sembang dengan Qhallish ke tadi?" Aku mengangguk.

"Dia cakap apa?" 

"Dia cakap dia memang tak berminat dengan Qairina, dan dia nak bagitahu umi dengan abah esok." Emirza mengangguk faham.

"Baguslah kalau macam tu. Err, awak... Tak ada rasa apa-apa ke?" 

"Rasa apa?" Aku bertanya tidak faham.

"Ah, tak ada apa lah. Saya masuk tidur dulu." Emirza hanya melemparkan senyuman sebelum berlari masuk ke dalam bilik. Aku hanya memerhati gerak gerinya yang pelik.

"Dah kenapa..."

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz