𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 18

Start from the beginning
                                    

Rindu!

Laju Kaylene naik ke bilik mereka semula, dan masuk ke dalam walk-in closet. Mujur saja suaminya memang ada membeli pakaiannya dari semasa ke semasa sebelum ini.

Selangkah kaki melangkah, baru teringat, "Macam mana kau nak bawa kereta? Kereta kau pun ada dekat sana!" Spontan tangan naik menepuk dahi. Jadi, apa kata dia pinjam saja kereta suaminya? Kaylene tersengih jahat.

"Cause why not kan?" omel Kaylene seraya itu mula memeriksa segenap bilik pakaian itu. Di mana ya Ares menyimpan segala kunci keretanya? Dua minit berlalu, dan dia masih belum jumpa di mana terletaknya kunci kereta.  Seketika kemudian,

"Eh?"

Matanya tertancap ke arah sesuatu yang berada bersebelahan tie milik Ares yang elok tersusun. Matanya bersinar, teruja.

"Kunci kereta!"

Bertambah teruja dan gembira apabila kunci-kunci tersebut turut tersusun rapi. Berbagai pilihan kunci kereta mewah, termasuklah Tesla, Lamborghini, segala jenis Lamborghini turut Ares punyai dan Porche. Namun, yang menjadi pilihan Kaylene adalah Audi Q5.

Dia mencapai telefon pintar dan kunci kereta tersebut lalu kasut disarung. Dompet dan beg tangan tidak dilupa. Kalau lupa, habislah dia! Kaylene mengatur langkah ke arah tempat parkir kereta. Bibir melopong terkejut.

"Wah."

Terlalu banyak kereta berada di situ. Dan dia tidak pasti, yang mana satu Audi Q5 yang dia ingin naiki. Dia bukanlah pakar sangat dalam menghafal setiap jenis dan rupa kereta.

"Takpe, tekan aje la, yang mana bunyi itu, ha itu la kot kereta tu," gumam Kaylene sendirian. Lalu, kunci kereta itu ditekan.

Beep! Beep!

Iris mata menangkap sebiji kereta yang menyala, tanda ia dibuka melalui kunci yang dia tekan.

Kaylene berjalan mendekati kereta tersebut lalu dia masuk ke dalam tempat pemandu. Telefon pintar di buka, aplikasi WhatsApp ditekan. Kontak nama Ares ditekannya. Laju tangan menaip sesuatu.

"You, I pinjam kereta you tau hee :3, I nak balik rumah keluarga I sekejap. I tak tau you ada dekat mana sekarang but I hope you're doing well and be careful of what you're doing, take care sayang."

Ringkas saja mesej yang dihantar. Kaylene tersenyum seraya itu menutup kembali telefon pintarnya.

Enjin dihidupkan. Sementara menunggu enjin dipanaskan, Kaylene menyarungkan kaca mata hitam yang elok tersangkut pada leher dress. Dia meletakkan beg tangannya di tempat penumpang dan laju kereta mewah itu meninggalkan kawasan perumahan elit tersebut. 

Vroom! Vroom!

Lebuhraya PLUS menjadi tempat dituju. Malah memang lebuh raya itu sahaja yang menjadi kegemarannya setiap kali dia ingin ke mana-mana. Bukan apa, kurang sedikit waktunya menghadap kesesakan lalu lintas.

Sedang dia memandu, skrin kecil telefon pintarnya memaparkan sesuatu. Menandakan dia menerima panggilan telefon daripada seseorang. Nama itu dibaca melalui suara hati.

'Mummy Gojes,'

Kaylene tersenyum kecil, "Tahu-tahu aje yang I nak balik harini, hehe," omel Kaylene lagi. Jari runcing miliknya yang bertatahkan cincin permata sempena perkahwinan dia dan Ares terus naik ke skrin tersebut. Ingin menjawab panggilan telefon daripada ibunya.

"Hello Lene! Mummy rindu lah dekat you," Kaylene ketawa kecil.

"Hello mummy! Awh, I miss you too." tutur Kaylene lembut. Ligat tangannya memandu kereta sambil bersembang dengan si ibu di hujung talian sana. Matanya juga tidak lari dari memandang jalan raya yang kian penuh dengan kenderaan.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now