• 3 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

"Alaa.."​

"Kenapa nak berhenti awal-awal pula ni?"

"Banat.. Uskud jami'an!" tegas Erdyna memberi arahan. Tidak bernada marah. Tetapi cukup untuk membuatkan kesemua pelajar senyap. Dengan itu, ruangan musolla yang riuh rendah tadi kembali senyap.

"Ahsantum." kata Erdyna semula.

"Ya, sayang-sayang semua. Hari ini adalah hari terakhir untuk kami. Selepas ini, Insya-Allah kalau ada rezeki.. pada hujung tahun nanti kami berdua akan bersama-sama menyambungkan pelajaran di tanah arab." serba salah Haura memberitahu.

Tambah lagi, ketika menyebut 'hari terakhir'. Bergenang air matanya. Sebak. Haura ini bukanlah sejenis orang yang suka tunjuk perasaan di hadapan orang lain. Kecualilah dengan orang yang rapat dengannya. Tetapi kali ini, dia tidak dapat menahannya lagi. Tewas awal.

Selama genap hampir enam tahun dia bersekolah disitu, berbagai-bagai memori sudah tercipta. Kenangan yang manis juga yang pahit, kedua-duanya selamat tertanam didalam kotak memori. Takkan dilupa semuanya. Akan dirindu segalanya.

Air mata yang utuh bertakung dikolam birai mata akhirnya tewas dan jatuh membasahi pipi.

"Nanti, jangan lupa doakan kejayaan untuk kami ya. Kami berdua sangat memerlukan doa yang baik-baik daripada kalian." sambung Erdyna.

Diusap-usapnya belakang tubuh Haura yang beralaskan telekung. Terhinjut-hinjut menahan esakan. Haura sudah tewas dengan air mata. Erdyna pula masih lagi kuat melawan sebak.

Esakan daripada para pelajar perempuan yang lain juga sudah terdengar jelas. Mereka semua bersedih dengan pemergian Haura dan Erdyna.

Hampir kesemua pelajar yang ada didalam musolla itu bangun dan terus menuju kearah Haura dan Erdyna. Tubuh mereka dipeluk erat oleh pelajar yang lain. Teresak-esak menangis. Erdyna yang tadinya kekal kuat menahan tangis, akhirnya tewas juga.

Jelaslah disini bahawa kedua-dua orang pelajar tingkatan enam itu sangat disayangi dan berjasa buat mereka.

Walaupun Haura dan Erdyna adalah pelajar yang paling tua dan mempunyai jawatan yang besar diasrama juga disekolah, tetapi mereka berdua tidak pernah angkuh atau sombong dengan setiap jawatan yang dimiliki. Sifat rendah diri sentiasa tersemat didalam diri mereka. Penyabar, bertanggungjawab juga penyayang.

Yang paling disegani mereka adalah bilamana Haura dan Erdyna bukanlah diantara ketua yang berat sebelah ataupun memilih kasih. Mereka sentiasa adil dalam berbuat segala keputusan. Sifat marah juga jarang-jarang ditunjuk.

"Antunna.."

"Akak nak pesan ni, akak nak minta semua adik-adik kesayangan akak ni.. jagalah diri, jaga aurat, jaga quran dan yang paling penting jaga hubungan dengan guru tidak lupa juga hubungan dengan ibu dan ayah.

Ingat, redha Allah terletak pada redha ibu dan bapa. Boleh semua?" pesan Haura selepas puas menangis tadi. Suaranya pun masih serak. Anak mata birunya memandang satu persatu wajah-wajah jelita para pelajar perempuan yang berada dihadapannya.

"Baik! insya-Allah kak Esha." jawab pelajar yang lain dengan suara yang serak juga. Tak habis-habis lagi menangis.

Tiba-tiba ada seorang pelajar tingkatan dua yang mengusik Haura.

"Hm, nanti dah takde dah lah chocolate free yang kitorang dapat dari kak Esha tiap minggu." teringat akan pemberian daripada pelajar-pelajar lelaki yang tidak putus-putus memberi Haura makanan demi memikat hatinya.

Walaupun mereka berikan makanan-makanan itu pada Haura, tetapi Haura tidak sanggup untuk memakannya. Disebabkan itulah dia memberi segala apa yang dia dapat kepada pelajar-pelajar perempuan yang lain.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now