𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 17

Magsimula sa umpisa
                                    

"Setuju je lah, banyak bunyi pulak kau ni." Evan naik angin, sifat sopan santun tadi hilang entah ke mana, yang ada sekarang hanyalah Evan yang kurang ajar. Tidak tahu menghormati orang. Bengang juga dia melihat Ravenna yang bermain tarik tali dengan mereka.

Ravenna ketawa halus.

"Okay okay, fine! Urgh, but I have one condition." Gadis itu senyum mengejek. Nak bekerjasama dengan aku kan? Sudah semestinya ada bayaran. Dalam diam, dia menguntum senyuman senget apabila melihatkan Arath diam sedari tadi.

"Say it,"

Ares hanya mengiyakan saja.

"I nak berurusan dengan Seif Arath je. I tak mahu berurusan dengan orang lain," Tiba-tiba dia rasa Arath menarik baginya, lebih-lebih lagi iris mata hitam jejaka itu. Sangat menarik perhatian untuk direnung berkali kali.

Serentak Ares dan Arath memandang satu sama lain. Arath mengangguk, dia setuju dengan syarat itu. Ares yang memahami isyarat Arath sekadar angguk akur. Dah kalau Arath setuju, dia pun setuju je lah.

"He's yours now."

Mudah Ares membalas, seraya itu dia bangun dari kerusi, membuatkan kesemua yang lain turut bangun, kecuali Arath yang masih statik di tempatnya. Jejaka itu memeluk tubuh sasanya sambil mata melirik merenung Ravenna. Gadis itu tampak gembira dan teruja.

"Bagus, berambus sekarang. I nak cakap berdua dengan Arath." Terlepas tawa halus daripada bibir seksi Arath. Tapi lebih kedengaran sinis di pendengaran Ravenna. Tapi apa dia kisah, yang dia tahu, dia nak berdua aje dengan Arath ketika ini.

Ares terus berjalan keluar. Dalam hati dia bersorak, senang kerjanya begini. Dia juga ada banyak lagi urusan yang perlu diuruskan. Banyak lagi masalah soal kerja yang harus dia hadap. Lebih baik dia serahkan kerja ini kepada Arath dan Ziyyad. Elvian juga tiada masa untuk berfikir tentang ini, dia dan Ares sama saja.

Workaholics.

Langkah Ares diikuti Elvian dan Evan tanpa banyak bunyi. Kini, hanya mereka berdua saja yang berada di dalam kafe tersebut. Iris mata masing-masing merenung kedua dua mereka. Arath dengan pandangan tajam, manakala Ravenna dengan pandangan seksi dan menggoda.

Ravenna merenung Arath yang turut merenungnya. Tengah main permainan kelip mata ke ni?

"Well, nice to meet you Kapten Seif Arath, kapten PASKAL setelah 2 tahun sunyi dan menetap di Itali atas arahan Panglima Laksamana Armada Barat Dato' Raiz Borhan. Am I right captain?" Ravenna mendabik dada, tersengih apabila tekaannya benar dan tepat mengenai jejaka itu. Bukan senang mahu menggodam maklumat mengenai jejaka ini.

"As you know, I'm Ravenna Almerra. One of the best serial killer in the world."  Ketawa sarkastik Ravenna semakin perlahan sebelum bibirnya berhenti ketawa, saat Arath tiba tiba bangun dan mencempung tubuhnya dan diletakkan di atas meja.

Ravenna terkebil-kebil. Terpinga-pinga melihat Arath yang tiba-tiba sahaja mencempung tubuh rampingnya.

Makin kuat Arath mencengkam pinggang gadis itu sebelum bertindak untuk mengusap pipi lembut dan mulus Ravenna. Mujur saja gelas kaca yang dipegang Ravenna tidak jatuh ke lantai. Tangan Ravenna yang satu lagi naik memegang tangan Arath yang semakin galak mengusap pipinya. Gadis itu mengetap bibir.

Kasar

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Kasar.

Dominant.

"I hate when someone like you stalked me," kasar bisikan Arath.

Arath kelihatan marah dan tidak suka apabila identiti sebenarnya diketahui orang. Lebih-lebih lagi apabila orang itu adalah gadis itu. Gadis yang sememangnya menjadi tumpuan para tentera dan pihak polis di Malaysia untuk diberkas.

"Wow, rilek la. You ni, gelabah sangat asal? Bukannya I nak rogol you pun, I just perkenalkan diri I je." Nada sinis yang digunakan Ravenna membuatkan darah Arath semakin menggelegak. Bengang jejaka itu apabila nada gadis itu seolah-olah mengejeknya.

Selamba Ravenna menolak tubuh Arath yang semakin dekat dengan badannya. Wajah mereka yang hanya berjarak seinci turut dijauhkan. Kini, kedudukan mereka terbalik. Ravenna berjalan setapak demi setapak, mendekati Arath sehingga tubuhnya rapat dengan dinding.

"I tahu, I kan musuh terbesar you tapi apa I kisah. I gembira sangat bila kawan-kawan you sanggup contact I semata-mata nak tangkap The Blackburn, ah terharunya I. Tapi tak apa, I tak bunuh orang sesuka hati. Tapi kalau you cari pasal dengan I, sekarang juga I kelar leher you, Seif." Senyuman manis tadi terus mati. Nada sarkastik dan sinis tadi terus berubah menjadi mendatar dan serius.

Bernada dan tidak bereaksi.

Melihatkan Arath yang diam, Ravenna menyambung lagi ayatnya.

"Bye, see you soon partner in crime!" Sempat dia melabuhkan ciuman sekilas pada bibir merah delima Arath. Lalu, ditolak kasar tubuh sasa tersebut. Arath berdecit geram. Dia mencarut kasar, terlalu bengang dengan Ravenna. Gadis itu seolah-olah mencabarnya. Dalam sesaat, dia menarik senyuman nakal.

Anak mata hanya melihat bayangan Ravenna yang kian hilang di balik dinding kaca dan tembok bangunan-bangunan di sekeliling.

"Shit, but her lips taste so sweet, anyway let's start the game Almerra."

© ALL RIGHT RESERVED RAISYNEE 2023

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon