Bab 14

1.3K 92 13
                                    

2 Tahun kemudian.

"A, B, C, D..."

Dari ruang dapur, Najla tergelak mendengar Chad menyanyikan lagu kanak-kanak.

Lepas satu lagu lelaki itu sambung pula lagu yang lain. Kemudian kedengaran bunyi ketawa suara garau Chad bersama dengan si kecil.

"Sayang, stop laughing!"

Najla tekup tangan di mulut. Tak sangka riak wajahnya yang terlindung di sebalik dinding boleh disedari Chad.

"Abang cute bila buat suara baby." Laung Najla dari dapur dengan sisa tawa yang masih ada. Tangan tangkas menyediakan susu untuk anak mereka, Heidi.

"Saya tak cute!" Chad turut melaung.

Entah sejak bila batu dalam mulut lelaki itu dibuang. Tiba-tiba saja Chad jadi ringan mulut. Kata Chad, dia sedang berubah menjadi lebih baik.

"Habis awak apa?"

"Saya handsome!"

"Wek, nak muntah!" Dan ketika tubuhnya terpacak di ruang tamu dengan botol susu di tangan, Najla tergamam. Hampir terlepas botol susu di tangannya.

"Abang, hidung berdarah!" Bergegas dia mendapatkan helaian tisu.

Chad yang tak rasa sebarang kesakitan, selamba mengesat darah yang meleleh dengan belakang tangan.

"Panas sangat kut." Jawab Chad perlahan sambil memegang tangan Najla yang menggigil lapkan darah yang mengalir dari hidungnya.

Mata Najla dah bergenang ketakutan. Chad tahu itu. Pantas dia menarik senyum walau dadanya juga sedang berdegup kencang kerisauan.

"Abang okey." Pujuk Chad seraya menarik Najla dalam pelukan.

Pergerakannya membuatkan darah makin banyak pula keluar dari hidung. Sampai Chad terpaksa mendongak sedikit.

Berpinar kepala dia bila melihat darah merah yang likat mengalir pada kekura tangannya. Tiba-tiba matanya terasa gelap sebelum kesedarannya hilang.

"Chad!" dengan susah payah Najla paut tubuh Chad yang tinggi lampai itu. Direbahkan dengan perlahan atas karpet.

Jeritan Najla mengejutkan Heidi. Memahami keadaan sedang panik, Heidi terus meraung-raung menepuk dada Chad yang dah tak sedarkan diri.
Najla bergegas mendapatkan anaknya.

"Abang!" pipi Chad ditepuk-tepuk. Panasnya! Makin cemas Najla dibuatnya.

Badan Chad terlampau panas.

"Papa!" jerit Heidi.

"Kenapa ni! Abang! Chad!" Najla buntu tak tahu nak buat apa.

Bergegas dia mencari telefon. Mahu meminta bantuan Imani dan Haq.

"Iman!"

"Hei kenapa ni?" Imani turut cemas mendengar suara Najla.

"Chad....Chad... Hidung dia berdarah. Badan dia panas. Sekarang Chad pengsan!"

Imani beristighfar panjang.

"Aku datang sekarang. Jangan panik! Jangan panik! Call ambulans dulu."

"Macam mana aku tak panik, Heidi melalak sampai tak ada suara lepas tengok papa dia rebah." Tubuh tembam si anak dipeluk erat dan diletakkan dalam katil bayi.

Tangisan Najla makin kuat bila Heidi meraung-raung di dalam baby crib. Si kecil berpaut pada tiang katil. Berdiri melihat sang ayah yang masih terbaring tidak sedarkan diri.

"Sabar sayang... Mama tengok papa."

Dia terus biarkan Heidi di sana. Berlari mendapatkan Chad. Wajah Chad disapu dengan tangan yang telah dibasahkan. Tetapi Chad tetap juga tidak sedarkan diri.

Tangisan Najla sama kuat dengan Heidi. Heidi meraung dari dalam bilik, manakala Najla menangis sambil memangku kepala Chad.

"Abang...wake up. Tengok anak kita tu. Awak jangan takutkan kami."

Rasa takut sangat. Takut kalau kanser Chad menyerang kembali. Tolonglah Ya Allah... kami dah tak kuat.

Takdirku Bukan Denganmu [c]Where stories live. Discover now