Bab 3

1.4K 95 1
                                    

“Nur Najla binti Muhammad Dayyan. Saya ceraikan awak dengan talak satu.”

Seluruh ruang bilik itu menjadi saksi bahawa lelaki yang Najla anggap beku, heartless dan tidak cintakan dia itu turut punya rasa sedih saat melafazkan talak.

Suara Chad yang parau menahan sebak itu seakan belati yang semakin mencucuk dada. Najla menangis di sebalik cermin mata hitam yang dia pakai.

“Stop crying. This is what you want.” Tekan papa tegas. Sesungguhnya lelaki itu agak kecewa dengan permintaan si anak.

Selesai sahaja urusan perceraian mereka, Chad bertemu dengan ibu bapa mentuanya. Berbual seketika dan memohon maaf kerana tidak menjaga Najla dengan baik.

Mata mengerling Najla yang diam tertunduk di sebelah mama.

Memahami keadaan itu kedua ibu bapa Najla memberi ruang untuk pasangan itu berbual seketika.

“Saya minta maaf.”

“Hurm.” Sahut Najla perlahan. Masih tertunduk merenung lantai kerana dia tak kuat bertentang mata dengan Chad.

“Saya minta maaf untuk segalanya.” Chad mengulang lagi ucapan maaf itu kerana dia sedar betapa banyak kesalahan dia pada Najla.

Sejak awal, dia yang bermasalah. Najla dah terlalu lama memendam membuatkan semuanya mustahil untuk kembali seperti sedia kala.

"Kenapa baru sekarang?"

"Sebab saya sangka semuanya dalam keadaan baik. Lala... I'm sorry."

Najla gigit bibir. Mula rasa sedih dan bersalah bila Chad mengungkap maaf. Seperti biasa, dia tak suka melihat lelaki itu menurunkan ego seperti ini. Dia rasa kasihan.

Tetapi, ada juga rasa geram kerana baru kali ini Chad mahu berbual panjang lebar. Ketika semuanya telah berakhir.

“Awak tinggallah dekat rumah tu. Nanti saya ambil barang saya. Kalau ada apa-apa, call saya.”

“Tak sangka perpisahan kita ni buat awak jadi banyak bercakap.”

“Saya diam tak bermakna saya tak peduli.” Chad tersenyum nipis.

Merenung lama wajah yang bakal dia rindu. Tiga tahun mereka bersama, dia dah terbiasa melihat raut polos Najla setiap kali bangkit dari tidur.

“Jaga diri. Don’t skip your meals.”

Najla panggung kepala. Cemas bila Chad berpaling mahu pergi dari situ.

“Chad.” Tiba-tiba dadanya terasa sempit melihat belakang tubuh itu yang kian menjauh.

“Chad!”

Chad berpaling seketika. Membalas renungannya dengan senyuman sebelum menghilang dalam perut kereta.

Najla kepal kedua belah tangan. Ini kan yang kau nak, Najla?

“Lala, jom.” Mama mendekat. Memujuk dia yang menangis di tengah ruang parkir itu.

Sampai hati Chad pergi tanpa memujuk terlebih dahulu. Chad memang heartless! Tak ada hati perut!

Mamat beku yang tak peka.

“Chad dah pergi.” Rintih Najla dengan nafas tersekat-sekat.

“Masa untuk kamu move on, Lala.” Pujuk mama. Dia pun sebak melihat keadaan anaknya itu.

“Lala cintakan dia, mama.” Tubuh mama dipeluk erat. Melepaskan semua rasa sedih di bahu itu.

Salahkah dia yang tak mampu bertahan?

Ya Allah.... Aku tak kuat. Kenapa kau uji aku sebegini? Antara mahu sentiasa berada di sisi Chad atau melepaskan Chad pergi.

Air mata luruh makin lebat. Sekelip mata terasa ada kekosongan dalam dirinya setelah melihat Chad pergi dan lelaki itu kini bukan lagi suaminya. Terasa asing. Dan dia tak suka rasa itu.

Takdirku Bukan Denganmu [c]Where stories live. Discover now