Bab 13

1.2K 90 6
                                    

CHAD datang seorang saja harini ke hospital untuk melihat keputusan Pet scan yang telah dibuat.

Beberapa malam ni memang dia tak boleh tidur memikirkan keputusan yang bakal menentukan rawatan akan datang.

“Alhamdulillah, result Pet Scan sangat bagus.”

Dada Chad berdetak makin laju. Mata mula bergenang melihat skrin monitor yang menunjukkan keadaan di dalam badannya.

“Daripada result ini, tak ada aktiviti kanser di dalam badan lagi. Itu maksudnya plan kemo untuk awak berjaya.”

“Alhamdulillah.” Chad meraup wajah.

Ceria wajah dia tak mampu disorokkan lagi.

“Tapi awak kena datang untuk check up setiap 3 bulan sekali.”

“Terima kasih doktor.”

Chad balik dengan senyuman lebar. Sampai saja di rumah, Najla dah menanti dengan riak gelisah. Dia yang masih dalam pantang tak dapat nak ikut Chad ke hospital.

Terpaksalah dia macam cacing kepanasan menunggu di rumah bersama Heidi.

“Doktor kata apa?”

“Remission!”

“Alhamdulillah!” Najla menjerit suka.
Mereka berpelukan melepaskan rasa lega di dada. Menangis keduanya kerana hanya mereka yang tahu betapa sakitnya rawatan yang pernah dilalui Chad.

Ada saat semangat mereka runtuh. Najla yang ketika itu sarat terpaksa berlagak kuat setiap kali melihat Chad yang lemah terbaring.

Sepatutnya dia mendapat perhatian Chad tetapi sakit suaminya membuatkan lelaki itu kadang kala tak mampu untuk melayan Najla dengan baik. Emosi memain peranan. Mujur mereka ada keluarga yang sentiasa memberi semangat.

“Tapi tadi doktor suggest buat MTX. Brain protection untuk mengelakkan relapse menyerang otak.”

Najla mengusap lembut rahang Chad. Dia tahu Chad dah tak sanggup nak buat rawatan lagi. Nak-nak pula MTX adalah ubat yang berdos tinggi. Perlukan Chad ditahan wad untuk beberapa hari.

“Buat aje. Itu tandanya kita berusaha. Selebihnya kita tawakal.” Pujuk Najla.

Chad mengangguk setuju. Apatah lagi dia teringatkan Heidi. Untuk Heidi dia akan usahakan untuk terus hidup dengan sihat.

“Heidi mana?”

Najla berdecit sebal. Badan Chad ditolak lembut ke tepi menunjuk protes.

Tergelak Chad bila Najla tayang muka cemburu.

“Awak kalau tentang Heidi semangat aje! Kalau dengan saya…”

“Mana ada!” potong Chad laju. Dengan Najla pun dia semangat juga. Tapi dah Najla yang banyak cakap, jadi dia diam ajelah.

Heidi mana boleh bercakap. Jadi, dialah yang kena banyak cakap dengan anaknya itu.

“Heidi tidur. Baru lepas menyusu.”

Chad cubit lembut bibir Najla yang termuncung panjang.

“Dengan anak pun nak jealous.”

“Sebab saya nak awak hanya untuk saya seorang.” Balas Najla tak nak kalah.

Chad tergelak lagi. Bahagia!

:
:
:

“KITA ni tak normal, Chad. Cuba awak panggil saya sayang.” Pinta Najla dengan mata yang bersinar galak. Teruja mahu mendengar panggilan manja dari sang suami.

Mendengar permintaan dia yang luar alam itu, terus muka dan telinga Chad berubah merah padam. Najla sembunyi senyum.

Pemalu sangatlah Chad ni.

Takdirku Bukan Denganmu [c]Where stories live. Discover now