Bab 2

1.4K 94 3
                                    

TERGELENG kepala Haq melihat Chad yang termenung panjang setelah menamatkan talian.

Chad diam merenung skrin telefon yang dah lama terpadam.

"Dia marah lagi?"

"Hurm."

"Kau patut call dia tadi." Haq garu kepala yang tak gatal. Serba tak kena kerana dia pun tak tahu macam mana lagi mahu menasihati Chad. Lelaki itu terlalu memendam.

Chad mengeluh panjang. Bersandar di kepala katil dengan renungan kosong.

"Aku terlupa nak bagitahu dia." Keluhnya dengan perasaan bersalah. Bukan dia nak abaikan Najla. Tapi keadaan di sini agak kucar kacir bila ada seorang lelaki buat cubaan bunuh diri di tapak projek yang telah siap itu.

Dialah yang kena soal siasat polis tadi sebagai saksi kejadian.

Dengan semua yang terjadi di tempat kerja saja dah menguras tenaganya sehingga ke maksima. Itu belum lagi tiba-tiba dia diserang sakit tekak dan batuk berlarutan.

"Batuk kau tak reda lagi?" Soal Haq sambil mengeringkan rambut yang basah.

Chad terbatuk kuat. Tubuh yang santai baring di atas katil tadi dah berubah kedudukan. Dia mengensot duduk di birai katil dengan kaki terjuntai.

"Dada aku perit." Chad urut dada yang terasa sempit. Macam orang semput kronik. Tercungap-cungap dia mencari oksigen untuk dihirup.

"Minum air suam banyak sikit. Aku rasa sebab site visit tadi kut. Angin kuat sampai aku rasa aku sedut habuk pasir tadi." Bebel Haq.

Chad hanya diam tidak menyahut. Bingkas bangun menuju ke tandas kerana batuknya kali ini agak keras dan seperti ada sesuatu yang keluar dari tekaknya.

Haq yang dah bersedia nak tidur semakin kerisauan melihat Chad berjalan laju ke tandas.

Aduh! Bimbang betul dia. Sudahlah dia dan Chad terpaksa bermalam di hotel kerana tiba-tiba saja pengarah syarikat ajak berjumpa di hotel itu besok pagi. Harap-harap Chad okey untuk miting besok.

"Chad, kau okey ke? Nak aku pergi beli ubat batuk?" Laung Haq dari atas katil dia.

"Ak... ehem! Ehem!" Chad berdehem kuat. Kerongkong seperti ada sesuatu yang menahan. Persis orang yang tercekik tulang.

"Uhuk!" Kepala tertunduk ke singki. Meluahkan isi yang mengganggu tekaknya. Seketika, dia tergamam melihat darah merah telah menutupi warna singki yang putih.

"Chad! Okey tak ni?"

"Hurm." Chad yang masih tergamam cuba juga menyahut bagi mengelakkan Haq terlalu risaukan dirinya. Singki yang kotor dengan darah pantas dibersihkan.

"Muka kau pucat sangat ni." tegur Haq sebaik sahaja sahabatnya itu keluar dari tandas dengan wajah yang basah. Risau dia melihat wajah Chad yang tak bermaya dan pucat lesi.

Chad merebahkan tubuh ke katil. Baring mengiring membelakangi katil Haq.

"Aku okey. Penat sikit aje." gumamnya perlahan dengan mata terpejam. Dia hanya mahu tidur saja sekarang. Hatta untuk membuka mulut pun dia rasa tak berdaya.

:

:

"ASSALAMUALAIKUM. Lala?" Beg kerja diletak atas meja konsul Bersama dengan kunci rumah. Berkerut dahi dia bila rumah gelap gelita tetapi kereta dia yang ditinggalkan untuk kegunaan Najla ada saja di bawah garaj.

"Lala?" Kaki mendaki anak tangga dengan rasa cemas. Risau sekiranya apa-apa terjadi pada Najla.

Tetapi baru dipertengahan anak tangga, dia dah mula rasa mengah. Dalam diam terbit rasa bimbang dengan perubahan yang terjadi pada dirinya. Tubuhnya kian lemah. Hatta berjalan saja pun dah buat dia rasa seperti baru lepas lari pecut.

Dada diurut perlahan. Kenapa dengan dia?

Prang!

Bunyi kaca berderai dari bilik tidur utama menarik perhatiannya. Langkah kaki kian besar. 2 anak tangga sekali gus dipijak membuatkan dengan hanya 3 kali langkah saja dia sudah berdiri di depan pintu bilik.

"Lala?"

"Saya benci awak Chad! Benci!" Frame gambar dibaling ke dinding. Hampir saja mengena Chad mujur lelaki itu laju menyelamatkan diri.

"Lala..." Terkejut Chad melihat keadaan isterinya. Najla masih berpakaian tidur menandakan isterinya tidak pergi ke pejabat hari ini.

Rambut panjang Najla berserabai tidak terurus. Mata sembap.

Tangisan Najla nyaring seperti anak kecil yang didera. Menggogoi kuat sehingga tersedu sedan.

"Hey... kenapa ni?" pujuk Chad lembut. Lengan Najla ditarik lembut ke arahnya tetapi dengan pantas juga Najla menepis.

"Jangan sentuh saya!"

Chad terkedu. Tidak pernah Najla menolaknya selama ini. Melihat keadaan Najla begitu membuatkan dia semakin kerisauan. Takut terjadi apa-apa pada Najla sepanjang ketiadaannya.

"Lala?"

Tajam panahan mata Najla buat dia semakin tertanya-tanya. Najla di depannya ini bukan Najla yang dia kenal. Bukan isterinya.

"Saya penat! Saya tak happy. Saya stress!" Luah Najla dalam tangisan.

Sejak semalam Chad tidak boleh dihubungi. Dia dah naik segan mahu menghubungi Haq semata-mata kerana nak bercakap dengan Chad.

Hari ni dia diam. Dia muntah-muntah teruk gara-gara keracunan makanan. Dia perlukan Chad.

Air mata yang tak henti keluar buat dia penat.

Penat! Penat dengan semua yang dia fikirkan.

Najla jatuh terduduk ke lantai. Memeluk lutut dengan esak panjang.

"Saya perlukan awak, Chad! Tapi mana awak? Awak tahu tak saya sakit hari ni? Tapi dari semalam sampai petang ni awak tak ada pun cari saya. Tak ada tanya khabar saya. Saya tertekan! Saya sakit hati! Mana awak! Mana suami saya?"

Chad tersentak.

Najla mendongak. Merenung tampang suaminya yang kaku berdiri di tengah bilik. Lelaki itu hanya diam merenung dirinya yang persis orang tak siuman.

"Saya tak gembira dengan perkahwinan ni. Perkahwinan kita tak ada makna apa-apa pun. Hanya saya yang bersungguh. Saya dah penat."

Chad diam membatu. Terkejut bila Najla meluahkan rasa. Dia tak tahu selama ini Najla menanggung rasa sebegitu. Dia ingat marah dan bebelan Najla akan berakhir setelah meluahkan padanya.

Tapi dia silap. Marah Najla berterusan. Paling menakutkan, rasa itu disimpan membuatkan nanti bila sudah tidak mampu menanggung sendirian kesannya sangat besar.

Dan melihat Chad yang terus diam dan diam, Najla tergelak sinis. Pipi yang basah dilap kasar sebelum dijeling tajam suaminya.

Dia lupa... Chad tetap Chad. Buang masa dia meluahkan, Chad akan terus membatu.

"Kita bercerai, Chad."

Riak wajah Chad berubah. Iris matanya mengembang menandakan dia terkejut dengan permintaan sang isteri.

"Kita cerai. Saya dah tak tahan lagi. Sakit sangat rasa dada ni untuk terus bertahan."

"Lala..."

"Jangan cakap apa-apa lagi. Saya penat nak terus bertahan. Saya penat nak terus faham bahasa isyarat awak. Saya penat nak dengar semua alasan awak setiap kali saya marahkan awak. Hakikatnya, I'm alone. Awak ada tapi macam tak ada. Saya betul-betul penat, Chad."

Takdirku Bukan Denganmu [c]Where stories live. Discover now