Nine

94 10 0
                                    

Yun di bawa ke sebuah tempat pada jam pukul dua belas tengah hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yun di bawa ke sebuah tempat pada jam pukul dua belas tengah hari.

Menunggu Nana seperti menunggu kedatangan menteri pertahanan Korea.

"Korang nak apa dari aku? Kalau korang nak duit, aku boleh bagi? Janganlah buat aku macam ni." Yun memberi tawaran kecil kepada mereka.

Dia anak orang berada. Jadi tidak hairanlah dia menawarkan sejumlah wang kepada mereka semua demi melepaskan diri.

Namjoon senyum sinis. "Kami pun ada duit, maa! Lebih daripada harta bapak kau. Tak payah nak tawar menawar. Kami cuma tunggu kedatangan seseorang untuk jemput kau. Mungkin kau atau dia akan saksikan siapa yang akan mati lepas ini."

Yun tidak peduli siapa yang akan datang namun dia takut mendengar perkataan mati.

"Apa salah aku?" Soal Yun hampir bergenang air matanya.

Melihat ramai gadis-gadis muda yang sedang hamil, membuat dia berasa ngeri. Namun Yun ingin mencuba nasib untuk jadi pengantin kepada salah seorang daripada tujuh lelaki ini.

Manalah tahu dia akan bebas?

Hoseok mula duduk mencangkung dan membelai rambut hitam milik Yun. "Kau suruhlah boyfriend kau tu gantikan nyawa anjing aku dulu. Baru kami semua lepaskan kau. Boleh?"

Mereka semua ketawa mengekek mendengar ejekan Hoseok. Bagi Yun tidaklah kelakar namun bagi psikopat seperti mereka, ianya sangatlah kelakar

"Macam mana boyfriend dia nak gantikan? Dah mati dah pun. Entah-entah, duduk dalam neraka jahanam!" Jawab Jimin bagi pihak Yun memandangkan gadis itu berteleku tidak menjawab soalan Hoseok.

Yun memandang mereka semua.

Tujuh lelaki yang tampan. Namun hati mereka tidak setampan wajah. Lebih menakutkan dari hantu mahupun haiwan buas.

Namun dalam hati Yun, dia sangat tertarik dengan wajah tampan Jungkook.

Tatu dan tindikan sedikit ke wajah lelaki itu menambahkan kelelakiannya. Erti kata lain, Yun menyukai lelaki perwatakan bad boy seperti Jungkook.

"Korang nak aku buat apa? Aku buat. Asalkan korang lepaskan aku." Yun menawarkan dirinya dengan nada tenang.

Dia perlu bertenang untuk hadapi tujuh ekor syaitan itu. Jika dia gugup, kemungkinan dia akan dibunuh sebelum orang lain tiba.

Terangkat kening Seokjin. "Kau nak buat apa?" Soal berbalas soalan.

Dia mahu tahu apa yang gadis itu mahu lakukan untuk dirinya dilepaskan.

"Kalau korang nak aku 'bersama' korang untuk jaminan aku dilepaskan, aku sanggup. Aku expert bab atas katil ni. Aku boleh buat korang semua puas dengan layanan aku. Tak pun, aku sanggup jadi pengantin korang asalkan korang lepaskan aku. Aku boleh lahirkan anak-anak yang comel untuk korang kalau korang nak." Jelas Yun pula.

Clan JeonWhere stories live. Discover now