Six

108 11 0
                                    

Nana menyembunyikan diri di balik tong sampah yang besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nana menyembunyikan diri di balik tong sampah yang besar.

Dia terpaksa menahan muntah dan mual akibat bau sampah yang sangat busuk itu supaya dirinya tidak dapat ditangkap.

Melihat Jaemin yang telah ditembak tadi membuat dirinya sangat ketakutan.

Dia tidak mengerti mengapa lelaki-lelaki ini bertindak drastik membunuh Jaemin. Adakah kerana seekor anjing, mereka sanggup membunuh?

Siapakah mereka ini? Adakah manusia-manusia ini terlibat dalam sindiket perdagangan wanita dan bayi seperti yang diperkatakan oleh Jaemin pagi tadi?

Jika ya, memang Nana dalam masalah paling kronil!

Soalan demi soalan bermain dalam fikiran Nana.

Dia memerhatikan keadaan sekeliling.

Namun tiada sesiapa di situ.

Nana menggenggam gugusan kunci rumah Henry Jung yang sempat dia 'habiskan' semasa lelaki itu mematahkan tulang lengan Jaemin. Nana memukul kepala Henry Jung dengan kayu yang masih tertacap paku dan mengakibatkan Henry Jung meninggal di tempat kejadian.

Semuanya secara tidak sengaja!

Melihat keadaan makin aman, Nana mulai menonjolkan diri. Gugusan kunci masih dia genggam seeratnya.

Jika mereka datang ke sini lagi dan berniat untuk membunuhnya, kunci ini akan menjadi senjata Nana.

Bunyi siren polis membuat Nana tersentak.

Terus dia berlari sekencangnya ke arah kereta polis yang kemudiannya membuat rondaan.

Dalam keadaan kakinya sedikit lenguh, dia gagahi jua untuk berlari kencang dan mendapatkan polis yang sedang membuat rondaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam keadaan kakinya sedikit lenguh, dia gagahi jua untuk berlari kencang dan mendapatkan polis yang sedang membuat rondaan.

"ENCIK POLIS!!! TUNGGU!!!" Jerit Nana dengan suara nyaring.

Dia sudah tidak pedulikan dengan keadaan sekeliling. Yang penting, polis ada di situ.

Nana ingin melaporkan kes pembunuhan Jaemin dan hilangnya dua sahabatnya ini kepada pihak polis.

Clan JeonWhere stories live. Discover now