PROLOG

2.9K 120 4
                                    

“KEJAP! Kejap!” Dengan nafas tercungap-cungap dia menjerit menahan lif yang hampir tertutup.

Seketika dia tunduk menahan tangan di lutut. Mengah dek berlari-lari anak dari luar pagar bangunan pejabat gara-gara keretanya mogok tidak mahu hidup di tengah jalan tadi.

Mujur keretanya berhenti betul-betul di simpang masuk jalan ke pejabat. Jadi, tidaklah dia kerisauan mahu meninggalkan keretanya di simpang sana sampai mekanik datang. Dan dia berjalan kaki masuk ke pejabat terlebih dahulu.

Satu tangan berkemeja lengan panjang berwarna biru gelap terjulur menahan pintu lif daripada tertutup.

Najla hela nafas kelegaan. Berpeluh-peluh dia masuk ke dalam perut lif lalu berdiri di samping seorang lelaki yang membantunya tadi.

“Thanks.” Sambil menekan butang lif, Najla mengucap terima kasih dengan senyuman manis tanpa benar-benar fokus pada empunya tubuh. Namun, sesaat itu juga matanya terpaku melihat biasan pantulan dari pintu lif yang tertutup rapat.

Dari situ dia dapat melihat raut wajah jejaka di sebelahnya. Terkelip-kelip mata dia. Handsome. Wangi pula tu. Bau fresh daripada Dior Sauvage. Dia tahu sangat bau ni kerana ini salah satu minyak wangi kegemaran papa.

Beg messenger jenis kulit berwarna coklat gelap tergalas kemas di bahu yang tegap itu. Bertambah menyerlahkan aura maskulin bila si lelaki melipat lengan baju sehingga bawah siku menonjolkan urat di kekura tangan.

“Ehem!” Si lelaki mengerling dari hujung mata. Masih tegak berdiri sambil merenung nombor lif yang bertukar di setiap tingkat yang mereka lewati.

Najla tersentak, tubuh terasa bergetar. Terenjat seperti kena arus elektrik bila mata mereka berdua bertaut dalam biasan cermin di pintu lif itu. Garangnya mata dia, bisik Najla dalam hati.

Eagle eyes. Merinding bulu roma. Dan terus muka Najla merah padam. Malu tertangkap merenung anak teruna orang.

Ting! Pintu lif tingkat dua terbuka dan ruang pejabat Najla kelihatan dari situ.

Dengan langkah yang luas Najla bergegas keluar dari perut lif yang tiba-tiba terasa sempit! Sesak nafas kerana dadanya seperti mahu copot keluar dari tempatnya. Seakan mata tajam seperti helang itu mahu menerkam dia hidup-hidup.

Baru saja dia nak duduk, ada seseorang memanggil namanya.

“Lala! Kenalkan ni engineer baru kita.” Tiba-tiba Haq datang dan terpacak depan meja dia bersama seorang lelaki.

Tergamam Najla. Lelaki mata helang!

“Chad, ni Najla. Akauntan kita.”

“Chad?” Soal Najla. Pelik mendengar nama itu.

Haq tergelak. Manakala Chad hanya diam merenung ke arahnya. Buat Najla rasa serba tak kena. Gelabah dengan panahan mata itu.

“Mukhlis Irsyad. Aku panggil dia Chad.”

“Dah kenal ke?” Soal Najla. Pelik melihat keakraban Haq dan Chad.

“Chad ni abang ipar aku la. Abang Imani.”

Najla tengadah. Lah! Kecilnya dunia. Imani tu kawan dia juga. Isteri Haq.

Takdirku Bukan Denganmu [c]Where stories live. Discover now