Part 58

22.3K 691 32
                                    

"Sayang, kat sini rupanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang, kat sini rupanya." Bukan main risau dia mencari kelibat Raysa. Rupa-rupanya berada di dalam salah satu bilik yang ada di tingkat 2 ini. Daripada tadi, wanita itu hanya termenung melihat bilik itu. Heriz melangkah mendekati Raysa.

Raysa hanya tersengih kecil.

"Sayang buat apa dekat sini?"

"Tak ada buat apa pun. Saje tengok bilik ni. Bilik ni memang kosong ke, abang?" Soal Raysa. Mata bulatnya memandang Heriz.

Heriz hanya mengangguk. "Memang kosong. Kenapa?

Raysa pula mengangguk kepala. "Kalau..."

"Kalau apa?"

"Kalau kita buat bilik ni untuk anak-anak kita nantj boleh, abang?"

Heriz terkedu. Sudah lama Raysa tidak mengungkit tentang ini sejak 3 bulan lalu. Dan sekarang wanita itu sudah sihat sepenuhnya tetapi masih dalam pemantauan Heriz.

"Abang..." dia memegang lengan Heriz apabila melihat lelaki itu seperti sedang termenung. Terus mata Heriz memandang Raysa.

"Boleh ke tak, saya tanya?"

"Eh, boleh. Mestilah boleh. Untuk isteri abang ni, apa je tak boleh?"

Raysa tersengih. "Terima kasih abang!"

Heriz hanya tersenyum kecil.

"Eii, tak sabarnya nak ada anak! Mesti anak-anak kita nanti comel-comel kan, abang?" Matanya memang jelas bersinar apabila berbual tentang anak.

Heriz hanya diam. Dia sendiri buntu tidak tahu hendak membalas apa. Dalam hati Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya perasaan bersalah mencengkam dadanya.

'Ya Allah, bantu lah aku.'

Ting Tong!

Terus mata Heriz dan Raysa memandang satu sama lain.

"Siapa datang tu?"

"Tak apa, biar abang pergi tengok."

Raysa hanya tersenyum kecil. Fokusnya terus ke arah bilik semula.

Sementara itu Heriz melangkah ke pintu dan suis untuk membuka pintu pagar ditekan. Kakinya melangkah perlahan keluar dari rumah dengan wajah yang keliru. Siapa puka datang?

"Heriz..."

Terjongket kening Heriz melihat gerangan yang memunculkan diri.

"Saya datang nak jumpa Raysa."

"Oh. Masuklah."

Aleeya hanya mengangguk sebelum bersuara, "but wait."

Terus terhenti langkah Heriz.

"Sampai bila, Heriz?"

Heriz mengerut kening.

"Sampai bila nak tipu dia? Awak fikir saya tak tahu awak belum beritahu dia perkara sebenar."

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now