[ Book 2 ]
• Until the star in the galaxy dies, you have me •
Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanya...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Fuh!
Berpeluh dia mengemas segenap ruang banglo mewah tiga tingkat ini. Dari tadi dia melakukan kerja rumah sehingga tak perasan sudah hampir petang. Walaupun tiada apa sangat yang perlu dikemas, tetap penat kerana dia perlu mengulang-alik turun tangga. Dia masih ingat pesanan lelaki itu yang melarangnya memggunakan lif. Jadi, hampir 3 kali juga dia turun naik tangga.
Tubuh yang penat dihempas perlahan ke sofa di ruang tamu. Matanya meliar melihat sekeliling banglo itu.
'Beli rumah besar-besar buat apa entah. Buat penat je nak kemas.' Mengeluh Raysa. Seketika matanya melihat jam dinding. Sebenarnya dia sedang menunggu kepulangan suami tercinta. Sudah 3 hari mereka tidak bertemu, apabila dicall, selalu sahaja masuk voicemail. Mungkin lelaki itu sibuk, fikirnya.
Walaupun kehadiran lelaki itu sering menyakiti hatinya yang sudah rapuh ini, dia tetap merindui Heriz. Banglo mewah tanpa suaranya terasa kosong bagi Raysa.