Part 38

15.8K 553 36
                                    

"Woi, bangun!" Terkejut Raysa apabila seseorang melemparkan bantal ke arahnya yang sedang tidur

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

"Woi, bangun!" Terkejut Raysa apabila seseorang melemparkan bantal ke arahnya yang sedang tidur. Terus terbuka luas biji matanya.

"Dah nak malam, kau masih tidur! Bangunlah!" Marah Heriz.

Sungguh dia tidak sedar hampir senja dia terlelap selepas teruk dia dikerjakan oleh Heriz. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan.

"Aku nak kau packing barang sekarang." Arah Heriz.

"Nak pergi mana?" Suaranya serak-serak basah kerana baru bangun tidur.

"Balik."

"Tapi kita ada satu malam lagi kan?" Raysa kerut kening.

"Aku peduli apa! Aku nak balik! Aku dah bosan dalam bilik ni!" Bentak Heriz kasar.

"Kalau kau tak nak balik, ha kau duduk lah sini sampai reput!"

"Iya lah, jap saya pergi mandi dulu." Baru selangkah pergerakannya sudah terbantut, dia terduduk semula. Jika tadi bahagian kewanitaannya sudah sakit, sekarang bertambah-tambah sakit. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk. Belum sempat dia bergerak, suara lelaki itu menahannya.

"Wait." Heriz menghampiri Raysa.

Raysa duduk semula di birai katil dengan selimut masih menutupi tubuhnya yang tanpa seurat benang.

"Nah!"

Raysa memandang pelik ke arah kotak kecil yang dihulur Heriz. Lambat-lambat dia mencapainya sebelum dibuka perlahan kotak itu. Matanya terus tertancap pada lelaki itu.

"Itu pil perancang. Aku nak kau makan lepas ni." Tegas Heriz mengarah.

"Apa? Pil perancang?!" Kuat suara Raysa.

Heriz mengangguk kepala.

"Kenapa saya kena makan pil perancang?"

"Kau bodoh ke? Habistu, kau nak biarkan benih aku bercambah dalam rahim kau ke? Kau nak benih tu jadi budak?!" Dingin sahaja Heriz membalas.

Dada Raysa mula berdebar-debar. Tolonglah jangan cakap apa yang difikirkan olehnya sekarang adalah hakikat sebenar.

"Kalau saya mengandung pun kenapa? Kita suami isteri yang sah."

Heriz ketawa sinis.

"Kau layak ke nak jadi ibu kepada anak-anak aku?" Sinis dia membalas kata-kata Raysa.

Raysa mengetap bibir. Sakit tetapi lagi sakit hatinya sekarang.

"Aku tak nak anak-anak aku keluar dari rahim kau. Aku takkan benarkan, Raysa."

"Kenapa awak kejam sangat, Heriz?" Rintih Raysa perlahan. Dia sudah tidak berdaya untuk melawan lelaki itu lagi.

"Ini baru sikit, Raysa. Aku boleh jadi lebih kejam dari ni."

My Perfect LoveHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin