Wanita itu sudah didudukkan di kerusi kitchen island.

"Sayang duduk sini diam-diam okay? Jangan bergerak walaupun seinci. Faham?" Wajah dibuat-buat tegas. Jari telunjuk ditunjukkan ke arah Raysa. Wanita itu hanya tersengih kecil sebelum mengangguk perlahan.

"Good girl." Ubun-ubun Raysa diusap lembut. Dia terus melangkah ke almari dapur untuk mengambil apron. Apron berwarna pink cair itu dipakainya selamba. Tanpa disedari, ada suara kecil yang sedang mentertawakannya. Terus Heriz menoleh ke arah figura itu.

"Kenapa sayang gelak?"

"Abang nampak comel dengan apron pink tu." Balas Raysa.

Heriz hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

"Ingat pesan abang, jangan bergerak okay? Abang nak tunjuk skill ni." Bawang putih dan merah diambil di dalam bekas kemudian di letak di atas tempat pemotong. Kemudian diambil pisau kecil.

Matanya kemudian menghala ke arah Raysa. "Are you ready, sayang?"

Raysa mengangguk laju. "I'm ready!"

Heriz juga mengangguk sebelum memulakan peperangannya di dapur. Raysa hanya ketawa melihat gelagat Heriz di dapur. Tidak dinafikan, lelaki itu lincah memasak, seperti sudah terbiasa. Dia kagum dengan kelebihan Heriz.

"Tadaaa! Dah siap!" Dihidangkan makanan di atas meja dengan gayanya. Raysa menepuk tangan kuat.

"Yeay, boleh makan!"

"Baca bismillah dulu, sayang."

"Okay."

Doa makan dibaca.

"Abang suap ya?"

Raysa mengangguk laju. Heriz menyuap nasi dan sup ke dalam mulut Raysa dengan berhati-hati. Sebelah tangan berada di bawah untuk ditadah, takut tumpah.

"Macam mana? Sedap?"

"Sedap! Pandailah abang masak! Lepasni boleh lah masak selalu."

Heriz seperti terkedu.

"Abang pun harap abang boleh masak selalu untuk Raysa." Dia senyum sahaja walaupun kelihatan hambar.

"Eh mestilah! Abang kena suap saya sampai tua tau! Kalau kita ada anak nanti, abang suap anak kita dulu lepastu abang suap saya okay!" Dikenyit sebelah mata ke arah Heriz.

Tiba-tiba Heriz teringat sesuatu...

"Kemungkinan besar Puan Raysa tidak dapat hamil lagi."

Hatinya terus dipagut rasa sayu. Dia mengeluh perlahan.

"Abang..."

Heriz masih dengan lamunannya.

"Abang!"

"Iya sayang." Terhenti terus lamunannya, fokus terus diarahkan ke Raysa.

"Abang mengelamun apa?"

Heriz hanya menggeleng kepala perlahan. Tangannya masih menyuap nasi ke dalam mulut Raysa.

"Betul abang okay ni?" Nasi yang masih berada di dalam mulut, dikunyah perlahan. Risau dia melihat perubahan Heriz sebentar tadi. Lelaki itu seperti menyembunyikan sesuatu darinya.

"Betul, sayang. Cepat makan lepastu kita mandi ya?"

Raysa tersenyum sebelum mengangguk kepala.

•••

"Abang..."

"Iya sayang." Dipusingkan tubuhnya apabila seseorang memanggilnya. Diukir senyum manis buat wanita itu.

"Abang buat apa dekat sini?" Patutlah dia cari lelaki itu tak jumpa, rupa-rupanya berada di balkoni bilik mereka. Iya, sebaik sahaja balik dari hospital, Heriz terus mengangkat barangnya yang ada di bilik dapur dialih ke bilik utama mereka. Katanya, mereka akan sebilik mulai saat ini.

"Saje sayang. Ambil angin." Terus diraih bahu Raysa dan dipeluknya dari tepi. Diusap perlahan bahu wanita itu. Raysa hanye memeluk pinggang Heriz.

Seketika keadaan menjadi sunyi...

"Abang..."

"Iya sayang?"

"Saya nak tanya satu soalan boleh?"

"Apa?"

"Abang baik dengan saya sebab ikhlas atau simpati?"

Heriz mengerut kening melihat Raysa.

"Apa maksud sayang?"

"Iya lah, saya kan baru je gugur. Mana tahu abang rasa simpati sebab tu abang baik dengan saya."

"Sayang..." dipegang kedua-dua bahu Raysa. Kini mereka berhadapan sesama sendiri.

"Abang baik dengan sayang sebab sayang isteri abang. Bukan sebab simpati atau apa pun. Tengok Raysa kaku tak bergerak atas katil, buat abang takut sangat hilang sayang. Abang menyesal sayang. Abang menyesal sebab layan sayang teruk sebelum ni. Kalau tak, hidup kita mesti dah bahagia macam pasangan yang lain."

"Abang minta maaf." Kepala ditunduk seketika.

"Abang tahu dah terlambat untuk abang tebus silap abang. Tapi abang tetap nak buat apa yang abang patut buat dari dulu lagi."

"Apa dia?"

"Bahagiakan sayang. Layan sayang seperti seorang isteri." Jawab Heriz.

"Sebab Raysa..." didekatkan tubuhnya dengan tubuh Raysa.

"Isteri Heriz Zayyan. Sampai bila-bila."

Raysa menarik senyum lebar sebelum menganggukkan kepala.

"Abang pun, suami Raysa Amanda sampai bila-bila."

Heriz tersenyum kecil sebelum mengucup dahi Raysa lembut. Lama.

'Kalaulah apa yang kita cakap tu satu kenyataan...'

'All she wanted was the effort that she gave

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

'All she wanted was the effort that she gave.'

My Perfect LoveOnde histórias criam vida. Descubra agora