"Dia dah berubah. Saya seolah-olah dah tak kenal dia. Dia seperti menjadi orang lain. Betullah apa awak cakap. Cinta boleh mengubah manusia. Nampak remeh, nampak biasa, tapi kuasa cinta sangat kuat."

Aleeya hanya diam. Dalam hati dia setuju dengan kata-kata Fakhrul. Seketika dia memandang wajah lelaki itu.

Fakhrul hanya tersenyum manis ke arah Aleeya.

•••

"Apa?! Raysa gugur?!" Lantang suara Datin Hail bergema di seluruh hospital itu. Peduli apa dia kalau ada yang memandang tak puas hati.

Heriz hanya mengangguk lemah.

"Kenapa mama papa tak tahu pun Raysa pregnant?"

"Semua jadi terlalu tiba-tiba, ma. Heriz dan Raysa pun baru tahu beberapa hari lepas."

Datin Haila memegang dadanya. Tubuh diduduk perlahan di atas kerusi.

"Sabar, sayang." Sampuk Dato' Zikri.

"Heriz ada satu lagi berita."

Datin Haila terus memandang wajah Heriz.

"Kemungkinan besar Raysa tak dapat mengandung lagi."

"Allahuakbar!" Datin Haila menekup mulutnya. Air mata sudah bertakung di tubir mata.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Heriz? Macam mana boleh gugur?"

Heriz hanya diam. Hatinya sudah berdegup kencang.

"Heriz..." panggil Datin Haila.

Seketika tangisan Heriz mula pecah perlahan.

"Semua salah Heriz, ma. Salah Heriz." Rintihnya perlahan.

"Apa maksud Heriz?" Soal Dato' Zikri.

"Heriz yang letak pil gugur dalam air Raysa."

Dato' Zikri dan Datin Haila sudah membulat mata.

"Heriz yang bunuh anak Heriz. Heriz yang gugurkan kandungan Raysa." Luahnya sayu.

"Ya Allah, Heriz! Apa kamu dah buat ni!" Jerit Datin Haila kuat.

Heriz menggeleng kepala perlahan.

"Kenapa kamu buat macam tu pada Raysa?! Apa salah dia, Heriz?! Apa salah dia?! Kalau kamu tak sukakan dia, kenapa kahwin dengan dia?!" Dia sudah bangun dari duduk.

Heriz hanya menadah telinga mendengar tengkingan Datin Haila.

"Apa kamu nak cakap dengan umi Raysa nanti kalau dia sampai?! Kamu tahu tak betapa berharapnya dia kepada kamu untuk jaga anak dia dengan baik?! Ini ke balasan kamu?! Mama tanya, Heriz! Answer me!"

"Heriz minta maaf, ma. Salah Heriz. Maafkan Heriz..." dia sudah melutut di kaki Datin Haila. Tangisannya mula kuat.

"Jangan minta maaf dengan mama! Minta maaf pada Raysa dan umi dia!"

"Astaghfirullahhalazim, tergamaknya kamu membunuh anak sendiri! Bapa jenis apa kamu ni, Heriz! Ini ke anak mama?! Ini ke anak yang mama kandung selama 9 bulan, ini ke anak yang mama besarkan dengan penuh kasih sayang?! Ini ke?!"

Heriz hanya menggeleng kepala dengan tangisannya.

Seketika, suasana sunyi...

"Mama kecewa dengan Heriz."

"Maafkan Heriz, ma."

"Minta maaf pada Raysa dan umi dia. Selagi mereka tak maafkan kamu, jangan kamu harap dapat jumpa dengan mama lagi."

"Mama!" Terus dipandang wajah Datin Haila dengan mata yang berair lebat.

"Ingat pesan mama, Heriz, betulkan apa yang kamu dah buat. Kamu yang cari masalah, jadi kamu yang kena selesaikannya sendiri. Mama papa tak nak masuk campur."

"Jom bang, kita pergi tengok Raysa." Terus dipaut lengan Dato' Zikri dan pergi dari situ meninggalkan Heriz yang terduduk di atas lantai dengan tangisannya.

"Heriz..." seru seseorang. Sangat lembut suaranya, sangat halus. Terus diangkat wajahnya melihat gerangan yang memanggil namanya.

"Umi..." seru Heriz sayu. Wanita itu terlihat sudah lencun dengan air mata. Kepalanya menggeleng perlahan. Jangan cakap apa yang dia fikir adalah betul... jangan cakap umi dengar...

Puan Rita melangkah perlahan ke arah Heriz dengan air mata penuh di tubir mata.

"Umi..." wanita itu memeluk erat tubuh Heriz. Belakang tubuh lelaki itu diusap perlahan.

"Heriz minta maaf, umi. Heriz betul-betul minta maaf. Maafkan Heriz..." sayu sahaja suaranya memohon maaf.

"Heriz suami yang bodoh, Heriz tak layak jadi suami Raysa... maafkan Heriz, umi. Heriz gagal jadi suami yang baik. Heriz gagal..." luahnya perlahan persis budak kecil.

Puan Rita menggeleng kepala perlahan. Pipinya sudah lencun dengan air mata.

"Umi dah maafkan kamu, Heriz. Jangan menangis lagi."

"Maafkan Heriz, umi."

"Jangan menangis lagi, Heriz. Umi dah maafkan kamu, nak." Diusap lembut belakang tubuh Heriz. Tipulah jika dia cakap dia tidak terasa dengan tindakan dan layanan Heriz terhadap anaknya, tetapi siapalah dia untuk menghukum. Mesti ada sebab mengapa lelaki itu bertindak sebegitu.

Masing-masing sudah melepaskan tangisan dengan hati yang pilu, sayu. Penyesalan demi penyesalan yang dirasakannya.

'I'm truly sorry for my words and actions

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I'm truly sorry for my words and actions.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now