"Oh tak, saya ambil cuti seminggu." Walaupun itu bengkelnya, dia tak boleh cuti sesuka hati. Awal-awal lagi dia sudah memberitahu pekerja-pekerjanya yang dia akan mengambil cuti panjang dan sekarang ini Aimanlah yang mengambil alih sebentar.

Haireez mengangguk kepala tanda faham.

"Kerja di office macam mana? Okay?"

"Okay je cuma biasa lah, stres sikit."

Raysa mengangguk.

"Heriz balik bila?"

"Insha Allah petang ni." Raysa senyum ke arah Haireez.

"Raysa..."

"Iya?"

"Are you happy?"

Terkelu lidah Raysa. Mulutnya seakan-akan digam tak mampu meneruskan kata. Hanya mata masih memandang Haireez.

"Are you happy with him?" Soal Haireez lagi.

"Y... yes, of course. Mestilah saya happy. Dapat kahwin dengan lelaki yang saya cinta kan?" Mata dilari dari menentang mata Haireez. Gugup dia apabila lelaki itu ralit merenungnya.

Haireez mengangguk perlahan. "Saya harap apa yang awak cakap tu betul, awak happy."

"Tapi kalau happy, kenapa dengan tepi bibir awak tu?" Daripada tadi dia perasan, bibir gadis itu seperti bengkak dan biru-biru keunguan itu sudah mula pudar, mungkin sudah lama bengkaknya.

"Err... sa... saya jatuh... bilik air." Gagap dia membalas. Hanya Tuhan yang tahu betapa gemuruhnya dia tika ini.

"Are you sure? Bengkak awak macam bukan jatuh bilik air."

"Macam bekas tamparan."

Tertelan kasar liurnya. Dalam hati sudah memohon kepada Allah supaya lelaki itu tak bertanya lebih-lebih.

"Be... betul. Saya jatuh tempoh hari. Awak jangan risaulah, beberapa hari lagi okay lah ni." Senyum diukir buat Haireez, meyakinkan lelaki itu bahawa dia baik-baik sahaja.

"Heriz tahu awak jatuh?" Haireez masih lagi ingin meneruskan soal jawabnya.

"Ta... tahu!"

"Habistu, dia buat apa?"

"Dia hantar saya ke klinik lepas itu. Dia betul-betul risau. Sekarang ni makin surut pun sebab dah letak ubat yang kami beli di klinik." Raysa masih ligat mereka cerita. Risau? Lelaki itu tak pernah risaukannya sejak mereka bergaduh. Lebam-lebam inipun dia cuma letak ais, langsung tidak ke klinik. Entah, dia sendiri lupa dengan lebam itu sehingga Haireez membuka cerita tentang itu.

Haireez mengangguk lagi.

"Awak jangan risau, ya? Saya okay."

"Mestilah saya risau, Raysa. Awak kakak ipar saya. Apa sahaja tentang awak, saya ambil berat."

Raysa terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Haireez risaukannya?

"Lepasni kalau jadi apa-apa pada awak, awak boleh saja call saya. Mana tahu waktu tu Heriz tak ada, saya ada boleh tolong awak."

"Ish, takkan saya nak kacau awak time bekerja, Haireez."

"Saya sanggup tinggalkan kerja saya untuk awak, Raysa."

Raysa terdiam. Lelaki ini betul-betul risaukannyakah? Seketika dia ingin ketawa. Mengejek diri sendiri. Ada suami, langsung tak peduli pasal isteri. Lelaki lain pula yang ambil berat.

'Malang betul nasib kau, Manda.' Ujarnya sendiri sekadar dalam hati.

Masing-masing hanya diam sebelum satu kereta meluncur masuk ke perkarangan banglo itu. Haireez dan Raysa dua-dua mengalihkan pandangan melihat kereta mewah itu. Raysa sudah bangun dari duduk sebelum lambat-lambat Haireez juga bangun.

Figura yang keluar dari kereta dengan perlahan melangkah ke arah Raysa dan Haireez. Wajahnya langsung tidak tercalit sebarang senyuman. Dingin sahaja.

"Eh awal awak balik. Saya ingatkan awak balik petang ni." Tangan lelaki itu dikucup lembut oleh Raysa. Beg tarik lelaki itu kemudiannya dicapai gadis itu.

"Masuk, Raysa." Arah Heriz. Matanya daripada tadi tidak berhenti memandang Haireez. Seperti hendak diterkam sahaja gayanya.

Raysa menurut sahaja arahan Heriz. Beg tarik lelaki itu ditarik perlahan dan dibawa masuk ke rumah.

"Ada apa kau datang sini? Dah tak ada perempuan lain, isteri aku juga kau nak jumpa?" Sindir Heriz dengan suara dinginnya.

"Saje nak teman isteri kau. Ada suami pun, baru beberapa hari kahwin, dah kerja." Haireez sindir semula.

"Apa masalah kau sebenarnya?" Tubuhnya sudah menghampiri Haireez.

"Tak ada masalah. Aku cuma nak pesan kat kau, lagi sekali, layan dia baik-baik, Heriz. Kalau kau tak mampu nak jaga dia, aku boleh jaga dia lebih baik dari kau."

Heriz sudah mengetap giginya kuat. Rahang sudah bergerak-gerak.

"Ingat pesan aku." Baru sahaja dia hendak melangkah, langkahannya terhenti.

"Oh ya... lagi satu..."

"Tak gentle lah lelaki naik tangan pada perempuan."

Dada Heriz sudah berombak ganas.

"Nampak murah."

"Nampak dayus." Senyum sinis diukir sebelum tangannya menepuk bahu kanan Heriz sekali lantas beredar dari situ. Bukan dia tak tahu Raysa menipunya sebentar tadi, dia tahu beza antara jatuh dengan pukul. Tapi dia sengaja hendak menguji wanita itu. Nampak benar Raysa cintakan Heriz, sanggup membela lelaki itu walau apa jua keadaan.

Heriz sudah berdengus kasar.

"Raysa, kau memang nak kena!" Bibir diketap kuat menahan amarah. Kaki laju melangkah masuk ke dalam rumah.

"Raysa!!!" Bergema banglo mewah itu dengan suaranya yang memanggil Raysa.

"Raysa!!!" Bergema banglo mewah itu dengan suaranya yang memanggil Raysa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Let me just love you in silence...'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now