Heriz mengangguk perlahan. "Tak apa lah umi, Heriz tak terasa nak ronda kampung lagi. Mungkin esok. Hari ini umi biarlah Heriz tolong umi ya?"

"Tak perlu, Heriz." Larang Puan Rita sambil membawa semangkuk bawang merah dan putih ke meja makan, ingin dipotong.

"Ish, biarlah Heriz tolong umi. Cepat sikit siap. Perut Heriz pun dah berbunyi ni." Sengaja Heriz loyar buruk.

Puan Rita ketawa kecil.

"Biar Heriz tolong ya? Bawang ni nak kena potong ke? Meh Heriz potong." Mangkuk di tangan Puan Rita diambil lembut oleh Heriz sebelum dibawa ke meja makan. Pisau di singki diambil. Puan Rita hanya menggeleng kepala melihat gelagat Heriz, degil dia hendak menolong juga.

Raysa sudah ternganga melihat kelincahan Heriz memotong bawang. Tak pedih ke mata lelaki itu? Dia yang selalu potong bawang setiap kali masak pun terkebil-kebil mata, berair tinggal nak mengalir je. Tetapi lelaki itu rilek je!

Heriz senyum ke arah Puan Rita apabila dia memandang wanita itu. Tangan masih ligat memotong bawang.

Puan Rita membalas senyuman Heriz. Tubuh menghampiri meja lalu diduduk di hadapan lelaki itu. Senang hati dia melihat kelakuan lelaki itu. Sungguh rendah hati, tak macam orang kaya pun. Raysa ada beritahunya lelaki itu merupakan orang berada. Risau juga dia jika Heriz tidak selesa dengan keluarganya yang serba-serbi kurang ini. Tetapi selepas melihat sikap lelaki itu, lega sedikit hatinya.

"Heriz..."

"Iya, umi." Lelaki itu memandang Puan Rita seketika.

"Umi nak tanya boleh ke?"

"Eh mestilah boleh, umi. Nak tanya apa tu?"

"Betul Heriz sukakan Raysa? Heriz betul-betul nak kahwin dengan anak umi?" Soal Puan Rita. Sengaja dia hendak tahu isi hati lelaki itu. Mungkin ini peluang untuknya mengenali lebih lagi tentang bakal menantunya.

Raysa disebalik dinding juga tidak sabar hendak mendengar jawapan Heriz, mahu juga dia tahu apa respon lelaki itu.

Heriz terdiam seketika. Tangan yang ligat memotong bawang terhenti terus perbuatannya. Mata lambat-lambat memandang Puan Rita. Seketika senyum manis diukir untuk Puan Rita.

"Iya, umi. Heriz betul-betul nak kahwin dengan Raysa."

Tersenyum Puan Rita mendengar jawapan Heriz. Alhamdulillah!

"Terima kasih, Heriz sebab sudi terima anak umi yang serba kekurangan. Umi minta maaf kalau Raysa tak mampu menjadi yang terbaik untuk Heriz." Lembut Puan Rita bersuara.

"Eh, umi, apa pula cakap macam tu? Heriz yang nak kahwin dengan Raysa, jadi, Heriz akan sentiasa terima Raysa. Umi jangan risau ya?"

Puan Rita mengangguk kepala perlahan. "Heriz tolong bimbing Raysa ya?"

Terkelu lidah Heriz. 'Kalaulah umi tahu niat sebenar Heriz...' ujarnya sekadar dalam hati.

Raysa di sebalik dinding terasa sebak. Hatinya dipagut sayu. Umi nampak sangat berharap dengan Heriz. Ya Allah, apa yang perlu dia buat sekarang ni?

"Baik, umi." Balas Heriz.

Puan Rita hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.

'Maafkan Heriz, umi.' Ucapnya sekadar dalam hati.

"Ehem!" Suara deheman seseorang dari ruang tamu menyentak mereka di dapur.

Mata Raysa tidak berhenti dari memandang Heriz yang masih khusyuk memotong bawang. Disebabkan dia tak betah berada lama-lama di sebalik dinding, dia munculkan jua dirinya.

"Ha ni pun anak dara. Bertuah betul! Bukan nak tolong umi kat dapur." Perli Puan Rita.

"Ala umi, buat apa Raysa nak tolong lagi kalau umi dah ada bakal menantu nak tolong kan? Betul tak, Encik Heriz?" Fokusnya tadi ke arah Puan Rita terus dipaling ke arah Heriz. Lelaki itu hanya memandangnya dengan senyum plastik. Nampak sangat tu Encik Heriz!

"Betul tu, umi."

Puan Rita menggeleng kepala perlahan dengan gelagat Raysa dan Heriz.

"Encik Heriz buat apa ni? Wah, potong bawang! Husband materials sangat!" Sengaja dia hendak mengusik lelaki itu.

"Sayang, awak ada nampak saya tengah main golf ke? Tak kan? Betullah tu saya tengah potong bawang. Saya menepati ciri-ciri suami awak tak sayang?" Senyum senget diukir buat Raysa. Ingat gadis itu sahaja boleh mengusiknya? Dia pun boleh lah!

Raysa mencebik mulut sebelum melangkah ke bilik air dengan langkah laju. Pintu dihempas kuat.

"Raysa, roboh pintu tu nanti!" Kuat suara Puan Rita menegur. Haih, tak pernah elok perangai!

Heriz ketawa kecil melihat gelagat gadis itu. Tahu pun malu!

'Why can't you just tell me what you feel, because how you act is confusing me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Why can't you just tell me what you feel, because how you act is confusing me.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now