𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 15

Start bij het begin
                                    

"Pucat pun kacak lagi. What did you eat huh, cause you're perfect as hell," gumam Scylla perlahan, tanpa dia sedar, Ziyyad yang sudah lama sedar sekadar mendengar dalam diam segala omelan gadis itu. 

Scylla terus merenung Ziyyad, berharap jejaka itu akan cepat bangun dari tidur. Walhal, Ziyyad sudah lama tersedar cuma badannya terasa lemah dan berat untuk bangun dan berkata-kata dengan Scylla.

Perlahan, matanya turut terlelap berlapikkan lengan kekar Ziyyad. Menyedari gadis itu terlelap di atas lengannya, Ziyyad membuka mata. Kini, dia pula yang menatap gadis itu dengan penuh minat. Tanpa sedar, bibirnya meniti sebuah senyuman manis. Manis semanis wajah Scylla.

"Only god know how much I love you Scylla Acantha."

"Since 2 years ago."

•

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

"Cepatlah ngek! Kau ni berjalan ke merangkak? Cepatlah sikit berjalan tu aduh kau ni Arath!" bebel Adrian seraya berlari sedikit dan masuk ke kawasan lobi hospital swasta yang menempatkan Ziyyad tersebut. Arath geleng kepala perlahan, payah juga ada kawan yang sekejap dingin sekejap gila.

Terlebih oksigen gamaknya. Dan ya, Adrian diseret Arath untuk mengikutinya sekali. Tapi, hujung-hujung Adrian juga yang paling risau, dia dengan Evan memang boleh ngam, dua-dua masuk air!

Laju-laju nak pergi mana? Bukannya Ziyyad tu nak menghilangkan diri pun, dia ada je dekat dalam tu. Arath mengomel dalam diam. Dekat hospital tak boleh bising-bising.

Adrian berlari sehingga tiba di hadapan kaunter pertanyaan. Seorang jururawat perempuan menegur Adrian. "Yes sir, how can I help you?"

"Where is Ziyyad Rafael's patient bed?" tanya Adrian meluru. Mula-mula dia yang cakap dia tak nak ambil peduli tentang Ziyyad, tapi lihatlah sekarang, dia yang paling risau. Tidak lama kemudian, Arath tiba di belakang Adrian. Berdiri di sebelahnya, sambil tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Wajah tidak berperasaan ditayangkan.

"Room 618, floor 6."

Terus saja Adrian meluru menghampiri lif. Arath pula tunduk seketika kepada jururawat tersebut, tanda berterima kasih. Tapi Arath rasa, Adrian risaukan Scylla, bukannya Ziyyad dan ingin pastikan Scylla betul-betul berada di dalam wad Ziyyad.

Tiba sahaja di bilik Ziyyad, Arath dan Adrian kedua-duanya tergamam. Ziyyad sudah sedar dan sedang merenung wajah Scylla yang tertidur pulas berlapikkan lengan jejaka itu? Wah amazing! Tidak lama selepas itu, Evan dan Elvian tiba.

Belum sempat Evan, si jejaka ceria itu ingin bersuara, Arath sudah menjeling, menyuruhnya diam supaya Ziyyad tidak menyedari akan kehadiran mereka berempat.

Evan akur, Elvian pula sekadar senyum, menyapa rakan baiknya yang sudah lama tidak bersua muka. Namun, keadaan yang senyap berubah bising apabila mata Evan tertancap pada Ziyyad yang sedang merenung Scylla yang lagi pulas tidur. 

"Eh? Nice view!" jerit Evan separa kuat sebaik saja dia melihat 'pemandangan' tersebut. Lalu, telefon pintarnya dari dalam kocek seluar dikeluarkan lalu aplikasi kamera dibuka.

Klik!

Klik!

Beberapa keping gambar ditangkap. Evan tersengih puas hati dengan hasil gambar tersebut. Saat itu, terdengar deheman dingin Ziyyad dari dalam wad.

Elvian menggeleng kepala melihat perangai tidak semenggah adiknya manakala Arath dan Ares hanya diam membisu, sudah terbiasa dengan perangai kebudak-budakan Evan.

"Just come in, aku tak pekak lagi untuk tak dengar suara bingit kau orang tu," Tidak bernada ayat sinis yang dilemparkan Ziyyad. Suaranya tidak kuat dan tidak perlahan, namun cukup untuk suaranya menembusi pintu. Evan ketawa mengekek seraya menyimpan telefon pintarnya ke dalam kocek seluar semula setelah dia berpuas hati dengan gambar tadi.

Terus saja kepalanya diketuk Arath.

"Adik aku terbangun tidur, siap kau aku kerjakan," ugut Arath dingin sebelum dia merempuh badan Adrian dan Elvian yang ingin masuk ke dalam. Nafas lega dilepaskan, melihat Scylla baik-baik saja. Buat risau je dia ni.

"You good?" tanya Arath, sekadar menunjukkan adabnya. "I have no energy to talk to you Seif Arath." Biji matanya diputar ke atas, malas mahu melayan. Yang dia tahu tekaknya kering.

Elvian yang menyedari Ziyyad seperti tiada tenaga, terus sahaja menuangkan sedikit air masak ke dalam cawan yang di sediakan di atas meja, secara senyap-senyap. Tidak mahu membuat bunyi yang bising, takut Scylla terbangun.

"Nah, minumlah dulu, mesti kau baru je sedar kan?" Elvian menebak lalu menghulurkan cawan kaca tersebut. Huluran bertukar tangan. Ziyyad meneguknya kasar menggunakan tangan kirinya dek kerana tangan kanannya yang ditindih kepala Scylla.

"Ziyyad..."

Rengekan manja Scylla yang kedengaran membuatkan seisi bilik itu tersenyap dan terpana. Laju Ziyyad menepuk bahu Scylla perlahan, mendodoi gadis itu. Arath pula sudah berasap di belakang, melihat adiknya. Mata tajam memincing ke arah Ziyyad yang masih setia menidurkan Scylla kembali.

"Shh, I'm here." Scylla tersenyum tatkala mata dipejam rapat. Ziyyad tersenyum nipis. Nipis je, tak tebal macam kamus Oxford tu.

Evan melongo terkejut melihat adegan drama di hadapan matanya, lantas itu lagi sekali telefon pintarnya dibawa keluar dari kocek seluar. Beberapa gambar Ziyyad dan Scylla ditangkap.

Arath perasan, tapi dia hanya biarkan.

Elvian lantas mengetuk bahu adiknya menggunakan gelas yang digunakan Ziyyad tadi, nak kena Evan ni! Amboi, biasa dia tu! Evan sekadar tersengih bagai kerang busuk, tak ada kerang wangi.

Ares yang diam sedari tadi hanya memerhati. Malas mahu menyampuk perbualan mereka. Aneh, Adrian turut serta dalam 'kerja' Evan. Serentak itu Ares dan Arath menayangkan wajah menyampah.

"Em, Ziyyad, don't leave me,"

Lagi sekali. Lagi sekali Scylla merengek manja, meleret. Ziyyad terdiam lantas menunduk kepala, telinganya mula memerah. Lantas Evan mentertawakannya. Ziyyad menjeling.

"Hahahaha Ziyyad malu!"

© ALL RIGHT RESERVED RAISYNEE 2023

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

last before i off , ye i pokai, so i tak tau la bila nak topup HAHAHAJAJAJW cause i jadi penanam anggur yang berjaya sekarang ni and rasa macam Ziyyad dengan Scylla pula yang main character hehe

nak join i jadi penanam anggur ?

roger roger , cau !

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu