"Aku akan terus berdendam dengan dia sampai aku dapat Aleeya. Kalau dengan memusnahkan kehidupan dia, mampu memadamkan api dendam dalam hati aku..."

"Aku sanggup." Heriz menepuk bahu kanan Haireez perlahan sebelum bahu itu dilanggarnya kasar lantas dia berlalu pergi dari situ.

Haireez hanya diam, lidah menolak dinding pipi dari dalam.

•••

Tok! Tok! Tok!

Tiada sahutan.

Tok! Tok! Tok!

Sepi.

Belum sempat tangannya hendak mengetuk sekali lagi, pintu dibuka dari dalam.

Klik!

Mata merenung figura di sebalik pintu.

"Hai, Aleeya!" Sapa Heriz mesra seolah-olah apa yang terjadi antara mereka sebelum ini langsung tidak terkesan di hatinya.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Aleeya dingin.

"Saya nak jumpa awak."

"Untuk apa? Saya rasa kita dah tak ada apa-apa urusan lagi." Balas Aleeya kasar. Matanya tidak lepas menjeling Heriz tajam. Dalam hati sudah berdoa supaya Raysa tidak pulang pada waktu-waktu begini.

"Aleeya, please... bagi saya peluang untuk bahagiakan awak. Saya janji, saya akan pastikan awak bahagia dengan saya." Rayu Heriz.

"Saya dah cakap kan saya tak berminat nak kenal dengan awak. Apa lagi yang awak tak faham ni?!" Suara Aleeya sudah melengking kuat.

"Tapi saya serius nakkan awak, Aleeya. Saya nak kahwin dengan awak, nak jadikan awak isteri saya yang sah." Luah Heriz jujur. Biarlah gadis itu tahu niat ikhlasnya ini, mana tahu Aleeya akan berlembut hati lepasni.

"Eh, Heriz! Apa masalah awak ni?! Saya tak sukakan awak, jauh sekali nak jadikan awak suami saya tau! Kalau awak nak kahwin, cari orang lain! Cari orang yang sayangkan awak. Bukan saya! Saya tak sayangkan awak!" Sungguh hatinya membara panas tika ini. Menghadap lelaki ini seumpama menghadap 10 ekor lembu gayanya. Tak faham bahasa!

"Tapi saya sayangkan awak, Aleeya. Saya ikhlas sayangkan awak." Kendur sahaja Heriz membalas kata-kata Aleeya. Dia dah tak berdaya ingin bertikam lidah lagi dengan gadis itu.

Aleeya diam membisu seketika seperti sedang berfikir.

"Betul awak sayangkan saya?" Soal Aleeya inginkan kepastian.

Heriz mengangguk laju.

"Kalau betul awak sayangkan saya..."

"Kahwin dengan Raysa. Bahagiakan dia."

Seketika mata Heriz membulat. Hati dibalut rasa amarah yang tiba-tiba datang menjelma apabila nama itu terpacul keluar dari bibir gadis itu. Dengusan kasar dilepaskan.

"Apa awak merepek ni, Aleeya?" Nada suara yang tertahan sedaya upaya cuba dikawal. Jika tidak difikirkan di hadapannya sekarang adalah gadis pujaannya, sudah lama lebam wajah itu dikerjakan. Dia cukup pantang apabila nama itu disebut-sebut.

"Saya tak merepek. Saya serius. Kalau betul awak sayangkan saya, kahwin dengan Raysa. Bahagiakan dia, sayangkan dia sebagaimana awak sayangkan saya."

"Apa saya dapat kalau saya ikut permintaan awak? Saya mahukan pulangan." Bibir terjungkit sinis.

"Awak akan dapat rasa keikhlasan cinta yang sebenar, Heriz. Saya tahu Raysa mampu memberikan awak rasa cinta yang awak dambakan."

Lelaki itu berdecit sinis.

"Kalau awak tak buat apa yang saya pinta, saya akan anggap luahan perasaan awak selama ni hanyalah omongan kosong sahaja." Aleeya serius dengan kata-katanya kini.

"Awak cabar saya?"

Aleeya tersenyum sinis seketika. "Rasa tercabar ke?"

Heriz sudah mengepal kuat tangan kirinya. Dada yang berombak kasar tidak dihiraukan.

Aleeya hanya beriak selamba walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Dia terpaksa bertindak sebegini supaya Heriz sedar masih ada orang yang boleh sayangkan dia lebih dari dia sayangkan dirinya sendiri. Biar dia tahu cinta yang sebenar itu bagaimana. Biar dia lihat sendiri ketulusan Raysa.

'Stop crossing oceans for people who won't jump puddles for you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Stop crossing oceans for people who won't jump puddles for you.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now