"Tapi..."

Aleeya mengangkat kedua-dua keningnya menanti bicara Heriz.

"Saya sukakan awak, Aleeya."

"Tapi saya tak sukakan awak. Dan saya takkan khianat kawan saya sendiri."

Heriz terdiam. Lidahnya seakan-akan kelu untuk bersuara. Matanya tidak berkelip memandang Aleeya.

Aleeya yang tak betah berada di situ lama-lama, sudah mengangkat punggung ingin beredar dari situ.

"Kejap, Aleeya." Heriz mengejar langkah Aleeya yang semakin menjauh dari gerai. Terhenti pergerakan gadis itu.

"Apa maksud awak? Saya tak faham. Apa kena mengena dengan khianat sekarang ni?" Bertalu-talu soalan yang pada mulanya hanya ditanya dalam fikiran tetapi sekarang sudah terpacul keluar dari mulut disebabkan perasaan ingin tahunya yang tinggi.

Aleeya berdecit kecil sebelum menjeling Heriz tajam.

"Awak ni tak nampak ke buat-buat tak nampak? Raysa sukakan awak. Mana mungkin saya mahu membalas cinta awak."

Dang!

Dada Heriz berombak kasar selepas mendengar pengakuan Aleeya.

"Raysa tu kawan baik saya, Heriz. Dan dia sukakan awak. Jadi, tak mungkin dan mustahil untuk saya jatuh cinta pada awak! Lagi satu, awak bukan pilihan hati saya, Heriz." Kasar Aleeya menyambung kata. Hati yang berombak panas cuba dikawal. Mana tak marah, lelaki ini buta atau buat-buat buta tak nampak keikhlasan Raysa?

"But why? Apa kurangnya saya, Aleeya? Apa?!" Suara Heriz sudah naik seoktaf. Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukan.

"Sebab awak adalah kawan baik Raysa dan Raysa sukakan awak! Itu adalah alasan yang paling kukuh kenapa saya tak berminat untuk kenal dengan awak!"

"Cuba awak fikirlah, Heriz, takkan saya nak khianat kawan saya sendiri disebabkan perasaan bodoh macam ni. Berebut lelaki seolah dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya bukan perampas!"

"Tapi saya dengan dia tak ada apa-apa pun, Aleeya. Saya cuma anggap dia kawan dan saya tak ada perasaan sikitpun pada dia!" Jelas Heriz dengan nada yang ditahan. Tangan sudah dikepal geram.

"Itu awak! Tapi dia? Ada awak fikir apa dia rasa? Ada awak ambil tahu apa dia hadap?! Memanglah awak anggap dia kawan tapi dia? Awak pasti ke dia anggap awak kawan juga?! Awak pasti ke?!"

Heriz terdiam. Matanya tajam memanah mata Aleeya. Dada yang berombak ganas cuba dikawal.

"Cubalah awak buka mata sikit. Tengok keikhlasan Raysa, cinta dia pada awak. She loves you so much, Heriz." Suara Aleeya sudah berubah kendur.

Heriz berdecit sinis.

"Jadi... awak tolak cinta saya sebab Raysa? Awak tolak cinta saya sebab Raysa sukakan saya? Macam tu?" Soal Heriz lagi.

Aleeya mengangguk perlahan.

"Lagipun, saya tak ada apa-apa perasaan pun pada awak, Heriz. Saya tak berminat ingin kenal dengan mana-mana lelaki sekarang ni. Jadi saya harap awak faham dan hormat keputusan saya."

"Saya bukan orang yang tepat untuk awak kejar."

"Habistu siapa yang patut saya kejar? Raysa? Perempuan tak siap tu?" Sinis nada Heriz.

Seketika pipinya berpinar menerima tamparan maha hebat daripada Aleeya. Terteleng wajahnya ke kiri. Dia yang sudah pasti belum bersedia terus terdiam. Perlahan-lahan wajahnya diangkat memandang gadis itu.

"Jangan awak berani nak hina dia sampai macam tu sekali! Awak ni memang lelaki tak guna kan?! Sanggup awak cakap dia macam tu! Dia kawan baik awak sendiri, Heriz!" Kuat suara Aleeya menengking. Dia cukup pantang bila orang pertikaikan kawan baiknya sendiri. Memanglah perwatakan gadis itu agak kasar tetapi tak bermaksud perempuan itu tidak mempunyai hati sehingga sebegitu rupa lelaki itu menghina.

"Kawan?" Heriz berdecit sinis lagi. "Mulai sekarang, dia bukan lagi kawan saya."

Aleeya kerut kening.

"Dia hanyalah dendam yang akan saya bawa sampai mati, Aleeya." Keras Heriz bersuara sebelum melangkah pergi meninggalkan Aleeya yang terpinga-pinga dengan kenyataannya.

" Keras Heriz bersuara sebelum melangkah pergi meninggalkan Aleeya yang terpinga-pinga dengan kenyataannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I acted like it wasn't a big deal, when really it was breaking my heart.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now