"Baik, doktor. Saya akan pantau isteri saya sebaiknya. Terima kasih doktor." Pintas Heriz laju. Terus kepala Raysa pusing ke arah Heriz. Lelaki itu hanya beriak biasa sahaja.

Doktor Kamarul mengangguk perlahan.

Keluar sahaja dari bilik doktor itu, lengan Heriz ditampar kuat.

"Aduh, sakitlah Raysa!" Tangan sudah menggosok bekas tepukan Raysa di lengannya. Bisa betul tangan dia ni!

"Tahu pun! Sejak bila aku jadi isteri kau ni?" Marah Raysa. Dia tak ada lah marah sangat, sengaja mahu menguji lelaki itu.

Heriz terus ketawa kecil.

"Aku gurau saja lah! Kau ni pun, sensitif sangat! Period ke?" Selamba Heriz menyoal. Raysa sudah menjegilkan biji mata ke arah Heriz.

"Okay, okay! Sorry!" Cepat-cepat Heriz mengalah.

Raysa hanya menjelingnya tajam.

"Kau duduk sini, biar aku ambil ubat."

•••

"Raysa... bangun." Kejut Heriz lembut. Lengan gadis itu yang berlapik baju digoyang sedikit.

"Bangun, Raysa." Masuk sahaja dalam kereta tadi, gadis itu terus terlelap.

Perlahan-lahan mata Raysa buka sebelum tangannya menutup mulutnya yang menguap.

"Kat mana ni?" Soal Raysa perlahan.

"Petrol station."

Kening Raysa berkerut. "Kenapa?"

"Aku nak suruh kau makan ubat. Tapi sebelum tu, kau makan bubur nasi ni dulu. Aku drive thru je tadi waktu kau tidur. Meh aku suap." Penutup bubur sudah dibuka.

Raysa menggeleng kepalanya perlahan. "Tak naklah. Aku tak ada selera."

"Mana boleh macam tu, Raysa. Kau sakit, faham tak? Bila nak sihat kalau tak nak makan?" Bebel Heriz. Sudu dah disua ke mulut Raysa, menunggu Raysa membuka mulutnya.

Kepala Raysa tergeleng lagi.

"Makan, Raysa." Tegas Heriz mengarah.

Raysa sudah mengeluh berat. "Iya lah."

Heriz tersenyum. Dengar pun cakap!

Perlahan Heriz menyuap bubur ke mulut Raysa. Sesekali dilap tepi bibir gadis itu yang kelihatan comot dengan tisu. Raysa hanya memandang kelu perbuatan Heriz. Hatinya mula berdegup kencang.

"Raysa..." panggil Heriz.

Tersentak Raysa dari lamunannya. Tangan Heriz yang menyua sudu ke arahnya ditolak perlahan. "Aku tak nak dah."

"Baru tiga suap, Raysa."

"Tak nak, Heriz. Aku tak larat." Dia betul-betul tak larat sekarang ni.

"Iya lah." Penutup bubur ditutup rapi.

"Heriz..." panggil Raysa perlahan. Heriz hanya menggumam.

"Kenapa kau baik dengan aku?" Soal Raysa tiba-tiba membuatkan mata Heriz memandang Raysa pelik.

"Kau kan kawan aku. Mesti lah aku baik dengan kau. Aku nak tunjuk dekat kau yang aku ni sebenarnya baik." Terletus tawa kecil di bibirnya. Ingat lawak ke pak cik?

"Ini kalau aku sihat ni, memang aku dah sekeh kepala kau." Ujar Raysa geram.

Makin kuat ketawa Heriz.

"Main-main lah dia ni!" Raysa sudah muncung bibir bak itik. Sesuai tu! Nak dekat sama dah!

"Tak ada lah, betullah kau kan kawan aku. Mesti lah aku nak jaga kau." Ujar Heriz lembut setelah tawanya reda.

"Tapi aku ni perempuan, mudah jatuh cinta. Kalau aku suka kau macam mana?"

"Kau suka aku? Kau biar betul." Heriz ketawa lagi. Mengusik gadis itu.

Raysa menjelingnya tajam. "Malaslah aku layan kau ni!"

"Tak ada lah, dah kenapa kau suka aku? Aku handsome sangat ke sampai kau terpikat?" Heriz sudah ukir senyum sinis.

"Tak, muka kau hauk! Sebab tu aku sorang je suka!" Selamba Raysa membalas. Muka Heriz sudah cemberut.

"Berani kau! Tak apa, nanti kalau anak kau muka macam aku, tahulah! Padan muka!" Tangannya sudah disilang ke dada gaya budak kecil merajuk. Aip pak cik tua ni!

Raysa sudah ketawa kuat. Aik, sakit pun larat lagi ya ketawa?

"Nah, makan ubat!" Ubat dihulur ke arah Raysa dengan muka cemberut. Marah lagi nampaknya.

Raysa hanya tersenyum kecil sebelum menelan payah ubat itu.

'It's the connection we can't explain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'It's the connection we can't explain.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now