"Tak payah lah. Kita dah ada di sini kan? Kalau gerak, lagi malu." Ujar Aleeya. Mata meliar melihat sekeliling, mana tahu ada yang memandang.

Raysa mengeluh perlahan sebelum kembali duduk. Betul juga kata Aleeya itu. Haih...

"Kau order je, tak payah lah takut. Aku bayar." Selamba Aleeya berbicara. Aleeya memang anak orang kaya tapi dia sangat rendah diri, sebab itu Raysa suka berkawan dengannya. Dia tak seperti tipikal orang kaya yang mahu menunjuk kekayaan semata.

Raysa mengangguk perlahan.

"Hujung minggu ni kau balik kampung ke?" Aleeya bersuara setelah minuman dan makanan dipesan.

Raysa mengangguk lagi. "Aku nak jenguk umi. Minggu lepas aku tak balik." Macam mana nak balik kalau banyak sangat kereta kena repair minggu lepas. Terpaksa lah siapkan.

Aleeya hanya mengangguk kepala.

"Kau nak ikut?" Pelawa Raysa. Memang setiap kali dia balik kampung, Aleeya ikut serta sekali jika ada masa lapang.

Aleeya kemudian menggeleng. "Aku ada assignment tak siap lagi. Tak apa lah, kau balik je lah. Nanti kalau aku free, aku ikut kau." Jelas Aleeya.

"Okay."

•••

"Assalammualaikum umi!" Laju Raysa melangkah masuk ke dalam rumah kayu sebelum tubuh umi dicari.

"Wa'alaikumussalam, kat dapur ni!" Laung umi dari dapur. Terus mekar senyuman di bibir Raysa mendengar suara umi. Kaki kemudian menapak ke dapur, terus dipeluk erat tubuh tua itu.

"Manda rindu umi!" Ujar Raysa manja. Pipi umi dikucup berkali-kali sampai umi naik rimas. Tergelak kecil Raysa melihat reaksi umi.

"Raysa apa khabar?" Tangan umi disalam lembut.

"Sihat je, umi." Umi memanggilnya Raysa. Selain Aleeya. Sebab kata umi, nama itu manis dan lembut. Masalahnya, anak dia yang seorang ini tak cukup manis. Lembut jauh sekali.

"Umi sihat? Manda minta maaf tak balik minggu lepas." Ujar Raysa serba salah. Sebenarnya dalam dirinya ini penuh dengan rasa serba salah sebab tak balik, padahal dah janji. Tapi disebabkan kerja, dia terpaksa tangguh nak balik.

"Umi sihat. Ala tak apa lah. Yang penting Manda dah balik sekarang. Kan?" Ujar umi lembut. Kepala Raysa diusap lembut.

"Umi masak apa tu? Macam sedap! Perut Manda dan berbunyi ni." Meleleh air liur tengok lauk umi masak. Umi bab memasak memang tip top. Dia belajar memasak pun dari umi lah. Jangan tanya kenapa dia nak memasak pula. Umi yang paksa huhu.

"Umi masak kari ayam. Jomlah kita makan sekali." Pelawa umi.

"Jom!"

•••

Angin malam yang menampar lembut wajah Raysa, dibiarkan. Sesekali mata ditutup menikmatinya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Macam berat je masalah tu, kuat betul tarik nafas." Tegur umi dari belakang sebelum duduk di sebelah Raysa di tangga rumah. Mana lah umi dengar dia tarik nafas kuat? Dia rasa perlahan saja. Memandai ni.

"Mana ada masalah." Nafinya lembut. Dia pun tak tahu apa yang ada dalam fikirannya kini.

"Umi tahu anak umi macam mana. Jangan lah nak berbohong dengan umi." Belakang tubuhnya diusap umi lembut.

"Umi..." panggil Raysa lembut.

"Iya?" Umi menyahut.

"Umi nak Manda sambung belajar ke?" Soalnya perlahan.

Sepi.

"Itu permintaan arwah abah, Raysa. Dia nak sangat anaknya berjaya, hidup senang, dan ada kehidupan yang baik. Lebih baik dari sekarang." Balas umi lembut.

"Masalahnya umi, hidup sekarang okay apa. Manda bahagia je sekarang ni, umi." Bidas Raysa lembut. Dia memang kasar, tapi dengan orang lain. Bukan dengan umi, orang yang mengandung, melahir, dan membesarkannya.

"Sekarang memang lah Raysa cakap macam itu. Tapi untuk masa akan datang? Takkan Raysa nak kerja di bengkel kereta tu sampai bila-bila? Sampai tua? Nanti dah berkahwin pun masih mahu mengusahakan bengkel itu? Apa pula cakap suami Raysa nanti?" Soal umi bertalu-talu membuatkan Raysa terkelu.

"Kita tak boleh fikir untuk jangka masa yang singkat saja, Raysa. Kita kena fikir jauh juga. Sebab kita bukan nak hidup untuk hari ini saja." Nasihat umi lembut.

"Sambunglah belajar. Soal duit jangan risau, umi ada simpanan." Tangan Raysa diusap lembut.

Raysa hanya memandang umi dengan pandangan sayu sebelum memeluk erat tubuh tua umi.

Raysa hanya memandang umi dengan pandangan sayu sebelum memeluk erat tubuh tua umi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now