Kini dia mengerti sebab sebenar Zulaika menghubunginya. Tidak lain tidak bukan untuk meminta wang belanja. Hmm.

"Takkan untuk keluarga Kak Faqihah pun Mama nak belikan? Dia dah kahwin kot. Biarlah laki dia tanggung dia dengan anak dia itu. Apa guna Abang Syukri tu nikah dengan dia kalau dia masih bawah tanggungan Mama Papa? Anak dia pun takkan nenek dia nak tanggung? Itu tanggungjawab dia Ma. Fikirlah Ma.. Cukup manjakan diorang. Biarkan mereka mula berdikari pula." nasihat Firhad Maleeq ikhlas. Dia bukan kedekut wang sendiri, namun mereka perlu diberi kesedaran tentang tanggungjawab sendiri.

Benar, sampai bila lagi? Bukan sebulan dua Syukri dan Faqihah menjadi suami isteri. Atas sebab apa dia harus menanggung mereka? Kalau setakat Faqihah dia masih boleh terima, tapi kalau Syukri dan anak mereka juga dibawah tanggungannya, baik dia je jadi ketua keluarga. Syukri itu jadi kucing senang. Sampai masa aku bagi makan.

"Mama tak suka sikap berkira Fir ini tau. Fir ingat, kalau bukan sebab doa dan sokongan family, Fir takkan capai apa yang Fir capai hari ini! Jangan bongkak Fir, sekelip mata Allah boleh tarik semua ini." kuat suara Zulaika membidas. Pantas dia menjauhkan telefon daripada telinga. Bingit!

"Fir bukan apa Ma.. Fir cuma-" belum sempat dia memberi penjelasan Zulaika sudah memotong laju.

"Ikut Fir lah. Kalau tak nak bagi tak apa. Mama ada duit sendiri. Assalamualaikum!" terus talian dimatikan.

Firhad Maleeq mengeluh perlahan. Langsung dia tidak dapat mempertahankan diri. Nasib kau lah Fir.

Tanpa berfikir lebih panjang, terus dia mengirim wang sebanyak RM3000 kedalam akaun bank Zulaika. Telefon dicampak jauh.

Mood yang tadinya ceria kini kembali suram. Dia mengeluh untuk sekian kalinya. Secara tiba-tiba bayang seorang Ayana Malaika menerpa rawang minda.

Tidak menunggu lama, dia mengangkat punggung untuk pulang. Jam baru 4.50 petang, kira halal lah balik 10 minit awal!

Bunyi telefon berdering menyentakkannya daripada lamunan panjang. Laju tangannya merampas telefon diatas meja kaca itu.

"Keluar sekejap boleh? Saya tunggu dekat luar ini."

Serta merta dia menjenguk ke luar tingkap selepas membaca mesej daripada Firhad Maleeq.

"Lah mamat ini. Tiba-tiba je muncul." getus Ayana Malaika dalam hati.

Selesai menyarung tudung ala kadar, dia berjalan mendekati pintu lalu keluar.

Melihat kelibat Ayana Malaika, segera Firhad mendekati pagar rumah. Dia hanya menunggu disebalik pagar. Sedar masih ada batas antara mereka.

"Awak ini. Tak ada angin tak ada ribut tiber dah muncul. Bukannya nak bagitahu awal-awal. Nasib saya tak terbongkang tidur dekat atas. Naya awak tunggu macam patung depan pagar ini." bebel Ayana Malaika.

Mendengar mulut becok itu, Firhad Maleeq tergelak kecil.

"Biarlah. Rumah sayakan. Suka hati I ler." gurau Firhad sengaja ingin menyakitkan hati Ayana Malaika.

Namun gurauan itu tidak mengena. Ayana Malaika terlebih dahulu sudah terasa hati.

"Iya kita sedar kita ini menumpang je. Sampai masa kita angkat kaki juga. Jangan risau." Ayana Malaika memeluk tubuh.

Dapat merasakan reaksi Ayana Malaika yang berlainan segera dia memujuk.

"Orang gurau je lah! Nanti-nanti rumah ini jadi awak punya juga. Manalah tahu kan tibeh awak jadi bini saya?"

Hampir tersedak Ayana Malaika mendengar itu. Jauhnya Firhad Maleeq melalut!

"Merepeklah awak ini! Awak datang ini kenapa?" straight to the point jelah bang!

Mencari DiaWhere stories live. Discover now