B A B 5

56 1 0
                                    

Daripada jauh dia melihat kelibat orang yang dicari-carinya. Dia terus meluru dan menumbuk wajah itu.

"Kau dah kenapa gila?" mangsa menjerkah. Tidak fasal-fasal mereka menjadi perhatian. Mana mungkin dia tidak marah, dia tidak melakukan apa-apa. Dia sedang beratur dikedai makan. Salahkah?

"BERANI KAU KACAU YANA?!" sekali lagi Aisaar Haqimi cuba menumbuk namun tidak berjaya apabila Raes Danial dapat mengelak.

Raes Danial mengelap darah yang mengalir dari celah bibirnya. Orang datang sini niat nak makan makanan viral, sekali makan penumbuk.

"Kau tak payah acah baiklah Qimy.. Kau dah kalah. Admit bro.." Raes Danial ketawa melihat wajah tegang Aisaar Haqimi.

Segera kolar Raes Danial dicengkam dan ditarik.

"Aku akan pastikan kau menyesal dengan apa yang kau dah buat Raes. Kau tunggu!" dia memberi amaran.

"Kau ingat aku takut ke? Kau lupa kenapa aku kena transfer ke sini daripada Sabah? Dan kau masih berani nak ugut aku?"

Perkara sebenar, punca Raes Danial tiba-tiba muncul semula adalah kerana dia dibuang kerja. Meskipun itu merupakan syarikat Iskandar, namun disebabkan kes itu melibatkan kes polis, Iskandar terpaksa menyelamatkan anak sendiri. Raes Danial hampir membunuh pekerja bawahannya kerana geram apabila pekerja itu melawan perintahnya.

Namun kini namanya sudah dibersihkan. Bagaimana? Tanyalah si Tukang Rasuah, Iskandar yang sogok polis dengan duit kopi.

Macam manalah anak tak teruk kalau bapa sendiri perangai macam hawau? Bapak borek anak rintik.

"And jangan lupa.. Nanti roger-roger mana si Yana itu. Mana tahu boleh share?" dia ketawa sinis lalu pergi meninggalkan Aisaar Haqimi sendirian. Dia puas dapat memancing kemarahan Aisaar Haqimi.

Aisaar Haqimi tahu tentang kejadian di Sabah itu. Namun kini dia runsing, dia tidak tahu dimana dan bagaimana keadaan Ayana Malaika pada ketika ini. Masih hidupkah gadis itu.

Sehingga kini dia masih dihantui rasa bersalah kerana meninggalkan gadis itu dan atas perbuatan tidak berakalnya.

Bubur ayam dihadapannya ditenung lama. Seleranya mati. 3 hari sudah berlalu sejak dia bermastautin di wad ini.

Selalu juga dia melihat lelaki yang membantunya itu datang melawat. Namun Ayana Malaika hanya bersikap dingin.

"Tak nak makan ke?" soal Firhad Maleeq yang baru masuk ke wad. Sudah menjadi rutin untuknya melawat Ayana Malaika. Meskipun kehadirannya seolah dibenci, dia tidak peduli.

"Kenapa awak masih datang sini?" akhirnya persoalan itu keluar. Dia tidak mengerti apa yang diinginkan oleh lelaki itu daripada dirinya.

Firhad Maleeq mengangkat bahu tanda tiada jawapan. Dia sendiri tiada jawapan untuk dirinya, bagaimana ingin menjawab pertanyaan itu?

"Jangan risau, lepas ini saya tak kerap datang. Lagi 2 hari awak akan discharge. Luka dekat tangan, kaki and muka awak dah start kering. So doktor kata awak dah boleh potong nama. " teringat kata-kata Doktor Wahidah.

Ayana Malaika hanya menganggukkan kepala. Suasana kembali hening. Dia menguis bubur manakala Firhad Maleeq pula sibuk dengan telefon bimbit.

"Saya nak tanya satu soalan." telefon bimbit diletakkan ketepi selepas selesai membalas mesej Luthfi Haiqal.

"Apa?"

"Awak tak ada family ke? Dah 3 hari since awak admit hospital, saya langsung tak nampak family awak."

Mencari DiaWhere stories live. Discover now