"Cabar apa?"

"Dia cabar saya, Siapa orang pertama sentuh awak adalah pemenang. Saya tak boleh tahan diri bila awak cakap dia hampir rogol awak. Itu bermakna saya dah kalah dalam pertarungan ini! Saya kekasih awak, saya yang sepatutnya rasa awak dulu!"

"PANG!" kuat pipi Aisaar Haqimi ditampar oleh Ayana. Air mata Ayana mengalir deras mendengar bicara itu.

"Aku jijik dengan kau Qimy! Kau manusia paling iblis pernah aku jumpa!" jerit gadis itu kuat. Tubuhnya hampir melorot kebawah namun digagahkan untuk terus bertahan.

"Jantan dayus!" Firhad menyampuk. Mahu saja dia menumbuk wajah itu namun ditahan.

"Pukullah saya Yana. Yang penting awak maafkan saya." rintih Aisaar Haqimi. Lengan berbalut Ayana cuba diraih, namun kali ini ditepis oleh Firhad.

"Jangan sentuh dia dengan tangan jijik kau!" keras amaran Firhad. Dia menolak Aisaar Haqimi supaya jauh daripada Ayana.

Ayana Malaika masih mengalirkan air mata. Maruahnya seperti sampah dimata orang lain.

"Yana.." Aisaar Haqimi masih mendesak walaupun ditegah berkali-kali oleh Firhad.

Air mata dilap kasar sehingga tiada lagi basahan mengalir dipipi. Nafas panjang ditarik sebelum dia menyambung kata.

"Qimy.. Kau tahukan aku sayang kau macam mana? Kehadiran kau bawa sinar baru dalam hidup aku yang kelam ni. Kau tahu semua susah aku. Kau adalah orang terakhir yang aku jangka akan khianat aku. Tapi kaulah yang paling hina sekarang. Aku silap Qimy. Aku letak harapan yang terlalu tinggi untuk seorang manusia sehingga akhirnya aku yang sakit angkara manusia itu sendiri." Firhad disisi hanya mendengar luahan itu dengan membisu. Pilu hatinya mendengar bicara itu.

"Yana.. saya minta maaf.. Please kita get back."

Ayana Malaika mengelengkan kepala tanda tidak menerima.

"Mati hidup semula pun aku takkan terima kau semula Qimy. Aku bersumpah. Aku takkan kembali dekat orang yang pijak maruah aku seperti pelacur. Benda terbodoh aku pernah buat dalam hidup ini adalah percaya semua janji dan harapan kau beri selama ini."

Aisaar Haqimi terdiam seribu bahasa. Benarkah Ayana sudah membencinya sepenuh jiwa. Dia bungkam.

"Jangan muncul depan aku lagi kalau kau taknak rasa benci ini makin menggunung." sambungnya lagi. Dia menarik lembut beg dipegangan Firhad meminta lelaki itu mengikut langkahnya.

Firhad menjeling tajam Aisaar Haqimi lalu mengikut langkah Ayana. Urusannya dengan Aisaar Haqimi belum selesai. Akan dia cari lelaki itu sehingga jumpa semula.

Tiba di kereta, terus Ayana Malaika menyandarkan tubuhnya pada kerusi itu. Serta merta dia menghamburkan tangisannya. Firhad hanya membiarkan gadis itu melayan perasaan.

Meskipun dia tidak mengetahui cerita menyeluruh, namun mendengar apa yang dikatakan Ayana dan Aisaar tadi membuka matanya tentang kisah pahit seorang Ayana Malaika.

"Awak kuat Malaika." bisiknya dalam hati. Biarlah Ayana tenang dahulu.

"Saya ini hina sangat ke Fir? Kenapa semua orang pandang saya jijik sangat? Saya tak layak dihargai ke?" soal Ayana Malaika dalam linangan air mata. Tiada lagi rasa malu untuk menangis dihadapan Firhad.

"No. Awak sempurna Malaika. Mereka yang hina. Awak berharga dimata orang yang tahu nilai awak."

"Tiada siapa pun yang pernah hargai saya Fir. Sumpah saya dah penat nak hadap semua ini. Saya percaya dia 100% Fir. Sekalipun saya tidak pernah berasa ragu pada dia. Saya sayang dia setulus hati. Tapi dia?" wajah ditekup dengan tapak tangan.

Tidak tahu mahu melakukan apa, Firhad hanya mampu menghulur tisu. Dia tiada pengalaman pujuk golongan hawa. Kali terakhir dia memujuk wanita adalah Adila Qaira, semua ilmunya dalam percintaan turut musnah semusnah hubungan mereka.

Ayana Malaika menyandarkan kepala ditingkap kereta. Dia membiarkan Firhad memandu.

"Awak nak tak singgah makan rojak?" soal Firhad secara tiba-tiba.

Ayana Malaika mengangkat kepala semula. Kini tangisannya sudah berhenti. Dia penat menangis lama. Bazir tenaga.

"Rojak?" soalnya kembali.

Firhad menganggukkan kepala.

"Malaslah saya." kepala disandar kepala.

"Alah Jomlah. Teman saya?"

Serba salah pula mahu menolak jadi Ayana hanya bersetuju. Mana mungkin dia mengatakan tidak kepada Firhad. Firhad banyak berjasa untuknya. Setakat teman mungkin dia mampu.

Kereta diparkir ditepi jalan. Firhad keluar kereta lalu membukakan pintu untuk gadis itu.

"Come.."

Ayana Malaika dengan matanya yang membengkak hanya mengikut. Mereka duduk dikerusi meja disediakan. Terdapat juga pelanggan lain disana. Firhad meninggalkannya sendirian sementara mengambil pesanan. Ikutkan hati dia memang tiada mood ingin keluar sekarang, tapi demi Firhad dia ikutkan.

Selang beberapa minit, Firhad kembali dengan sepinggan rojak dan dua gelas milo ais.

"Satu je ke?" soal Ayana.

"Sharing is caring you." jawab Firhad. Dia menghulurkan sudu garfu kepada Ayana. Pinggan itu ditolak ketengah meja mudah untuk mereka berkongsi.

"Hmm. Nasib saya tak minat rojak sangat." nasib rojak bukan makanan kegemarannya, kalau tidak, memang tidaklah dia mahu berkongsi.

Firhad pula hanya melihat gadis itu memcucuk dan mengunyah. Dia tahu lain yang akan terjadi daripada yang dikata Ayana Malaika sebentar tadi.

Kunyah punya kunyah tanpa sedar Firhad hanya dapat dua suap sahaja. Semuanya ditelan Ayana. Firhad Maleeq mengeleng kepala. Sudah dia kata.

"Tak minat rojak konon." perli Firhad.

"Bukan salah saya. Awak yang kedekut beli satu je." cover malu ler.

"Dahlah makan semua tak ingat orang, gelojoh pula itu." dia menghulurkan tisu kepada Ayana. Ditunjuk ketepi bibir Ayana yang terlekat kuah kacang.

Dengan rasa malu yang menggunung, cepat-cepat Ayana merampas tisu itu lalu mengelap.

Setelah itu dia menghirup milo ais tadi. Firhad juga berbuat demikian. Entah mana silapnya, dia tertolak cawan sendiri. Kelam kabut dia mencapai supaya tidak tumpah. Macam dugong juga lah muka dia tahan gelabah.

Ayana Malaika menghamburkan tawa melihat kekalutan Firhad.

"Awak ini clumsy lah!"

Firhad Maleeq dalam diam bangga melihat tawa Ayana Malaika. Sekurang-kurangnya aksi memalukannya membuatkan gadis itu tertawa.

"Macam ini baru betul. Muka awak ini sesuai untuk senyum dan ketawa je. Nangis tak sesuai. Awak pula selalu nangis."

Serta merta tawa Ayana Malaika terhenti.

"Mana ada saya selalu nangis." nafinya.

"Malaika, jangan bazir air mata untuk mereka yang tak layak. Saya tak suka tengok awak nangis."

"Saya tak minta pun untuk selalu nangis Fir. Saya tak minta."

"I know. Saya nak awak tahu sesuatu. Awak kuat dan hebat. Always remember it. No more turning back. Kejar masa depan lupakan masa lalu. You deserve happiness Malaika."

Ayana Malaika diam. Bagaimana dia mahu melupakan masa lalu?

Mencari DiaWhere stories live. Discover now