𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 10

Start from the beginning
                                    

Mengada-ngada je dia ni, walhal tak sakit mana pun. Sengaja nak berkepit dengan Ziyyad, agaknya Nur Elvian Naufal yang dia sukakan tu sudah dilupakan gamaknya.

"Childish behaviour." kutuk Ziyyad selamba. Scylla mengekek ketawa. Kaki gadis itu dihayunkan riang, seolah-olah tiada luka di lututnya.

"Duduk diam-diam boleh tak gorgeous? You might fall over if you keep doing that." Ziyyad bersuara dingin dan mendatar. Bukan apa, dia takut sekali dengan dia jatuh nanti. Tak memasal dia pula yang luka. Scylla terdiam, akur dengan arahan.

"Okay sorry."

"Good girl."

•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thea Olivia berjalan melintasi jalan raya sambil membawa barangan yang dia beli di CU Mart tadi. Tekaknya tiba-tiba saja teringin nak merasa makanan korea yang terjual di situ.

Tanpa sedar, Nur Elvian Naufal yang sedang berjalan dari arah yang berbeza turut membawa barangan di tangan dan tidak berapa fokus dengan langkahnya.

Buk!

Kedua-dua mereka terhenti. Thea terus mengangkat kepala melihat gerangan jejaka tinggi lampai yang melanggar tubuhnya tadi. Habis tumpah makanan yang sudah lama dia inginkan. Keluhan berat terlepas.

Elvian turut tergamam di tempatnya berdiri. Habis juga tumpah air Starbucks dan donat yang baru saja dia beli tadi. Senyuman di bibirnya juga pudar, baru saja dia berangan ingin melepak di sebuah tasik tapi angan-angannya mati begitu saja.

Serentak kedua-dua mereka terkedu saat anak mata coklat cair Thea bertembung dengan anak mata kelabu Elvian. Bagaikan taman menghiasi dan memenuhi perut.

"Oh my god! What a handsome guy!"

"Astaghfirullah, bidadari ke ni? Cantiknya!"

Serentak kedua-dua mereka bermonolog dalam hati. Tanpa sedar, mereka berdua sudah menghalang jalan raya besar yang sudah penuh dengan kenderaan.

Pin! Pin!

Kedua-dua mereka tersentak dan terus saja Thea selamba badak menarik lengan Elvian dan mereka berdua berlari meninggalkan saja makanan mereka yang tumpah dek kerana terjatuh tadi. Anggap saja tiada rezeki, tetapi tuhan hadiahkan rezeki jodoh untuk mereka. Eh?

"Fuh!" Thea terbongkok 90 darjah mencari nafas akibat penat berlarian, tanpa sedar tangannya masih menggenggam erat tangan Elvian. Telinga Elvian sudah mula memerah dan wajahnya membahang, menahan malu.

"Ehem awak, tak nak lepaskan tangan saya ke?" Suara Elvian perlahan mengetuk gegendang telinga, sehinggakan dia hanya mendengar sipi-sipi saja.

"Eh sorry!" Terus Thea melepaskan genggaman tangan mereka berdua. Elvian menggosok tengkuknya, menghilangkan rasa kekok dalam diri.

"Saya minta maaf, saya terlanggar awak tadi." Sopan Elvian meminta maaf sambil tersenyum manis. Haih kau ni Elv, asyik langgar orang je, minggu lepas pun sama! Perempuan pula tu!

"Eh tak apa, salah I juga, jalan tak tengok depan. I'm sorry too." Thea turut meminta maaf, kecuaiannya juga. Elvian tersengih, dalam diam dia memuji kecantikan wajah dan keindahan senyuman manis Thea.

"Kalau macam tu, apa kata saya belanja awak minum petang dekat Starbucks? Nanti saya hantar awak tempat kereta awak balik." Thea berfikir sesaat dengan pelawaan Elvian yang tentunya berniat baik.

"Sure! Tapi tak apa, nanti I call driver I je, you tak perlu susah-susah hantar I balik." Thea sengih lebar sehinggakan mata sepetnya kelihatan. Memang benar, baru saja tadi dia fikirkan mahu menelefon pemandu peribadi keluarga mereka namun, tak sangka la pulak ini yang terjadi.

"Tak apa, tak susahkan pun. Sekejap, saya telefon assistant saya." Elvian meminta izin, Thea sekadar mengangguk dan melangkah ke belakang sedikit, memberi jejaka itu sedikit ruang privasi.

"Hud, datang ambil saya sekarang. You know my place right?" Tanpa aba-aba, terus Elvian memberi arahan. Dia juga sebenarnya tadi ingin menelefon Hud untuk mengambilnya. Hud di sebelah talian susah terangguk-angguk faham.

"Sekejap lagi assistant saya datang ambil saya."

"Alright."

© ALL RIGHT RESERVED RAISYNEE 2023

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

i free harini tu yang i update tu hoho

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now