𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 09

Zacznij od początku
                                    

"You're done?"

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

"You're done?"

Ziyyad bertanya saat ternampak bayang-bayang Scylla dari dalam. "Dah!" Ziyyad senyum nipis dan terus menarik lengan gadis itu untuk mengikuti langkahnya.

"You..." Scylla memanggil Ziyyad meleret. Lebih kepada merengek. Riak jijik dia tayangkan. Sungguh dia katakan, rupa bangunan itu penuh dengan pokok dan lumut di dindingnya. Sekali imbas, pasti saja orang menganggap bangunan ini tidak berpenghuni.

"Hm?"

"You tak rasa jijik ke dengan tempat ni? Kotor lah you." Scylla menutup hidungnya. Ziyyad pula hanya ketawa halus mendengar rungutan gadis diva itu. Haa siapa suruh datang? Orang tak suruh pun.

"No."

Ziyyad membalas ringkas. Lagi pula dia terpaksa. Lebih senang nak menyorok daripada musuh. Scylla mencebik. Tanpa sedar, mereka tiba di sebuah bilik. Bilik di mana tempatnya Ziyyad dan anak buahnya berbincang strategi mereka untuk menyerang musuh.

Buka saja pintu, Scylla menjerit kecil melihat kesemua inspektor lelaki mahupun perempuan yang berada di situ. Bibirnya terkunci. Dirinya kini menjadi tumpuan. Oh tidak! Mati-mati dia fikirkan hanya Ziyyad yang berada di situ. Haih.

Ziyyad menggeleng kecil, perangai siapa ni gedik sangat?

"Err hi you all." Scylla menyapa malas. Senyuman kekok dilemparkan. Malu lah pulak. Matanya meliar mencari tempat duduk untuk dia duduk, namun kesemua kerusi sudah penuh dengan manusia. Dia mengeluh perlahan.

"Hai Scylla!"

Tidak terkejut mengapa kesemua mereka mengenali gadis diva ini. Butiknya cukup terkenal, jadi tidak aneh mengapa Scylla turut terkenal.

"Duduklah. Kau teman je kita orang berbincang." Scylla senyum mendengar ulah seorang detektif wanita, yang dikenali sebagai Amira. Mana dia tahu? Tu, ada tertulis pada tag nama yang dipasang pada baju.

"Tapi--"

"Sit here." Ziyyad menyampuk lantas menarik lengan Scylla sehinggakan gadis itu terduduk di atas ribanya. Mata Scylla membulat terkejut. Dapat dia rasa hangatnya hembusan nafas Ziyyad. Jantungnya mula berdegup kencang. Tidak sedar, mata-mata anak buah Ziyyad juga turut terkejut.

"Tak berat ke? Sorry, I ganggu waktu you kerja." Scylla mencebik bibir, terasa bersalah. Dia menunduk, terus-menerus menyalahkan diri. Kalau dia tahu lelaki itu sedang bekerja dengan anak buahnya hari ini, tidaklah dia datang ke sini tadi.

Pasti sukar untuk mereka fokus sekarang.

"No, you're not disturbing us, and you're not heavy at all."

"Dosa kau je berat." Mata Scylla membulat lagi sekali. Baru saja dia ingin tersenyum, terus mati senyumannya saat suara Ziyyad sekali lagi mengetuk gegendang telinga.

"Ziyyad Rafael! Main-main eh you!"

"I'm just joking, gorgeous."

Diam.

Scylla terdiam. Bibirnya terkunci rapat. Terkedu dengan panggilan mesra jejaka itu. Apa dia lupa? Mereka sering kali bergaduh dan mustahil jejaka itu suka akannya dan dia juga suka akan jejaka bernama Nur Elvian Naufal itu.

"Erk, tak apa lah. You all sambunglah berbincang. I duduk sini diam-diam okey? Don't mind me." ujar Scylla lalu dia mengeluarkan airpod dan telefon pintar dari beg sandangnya. Manakala, Ziyyad hanya memerhati. Sebaik saja dia memakai airpod, dia memasang lagu tanpa menyedari Ziyyad merenungnya dari tadi.

Anak-anak buah Ziyyad yang melihat sudah tersengih sumbing dalam diam. Dalam diam betul ya tuan mereka ni. Ingatkan hati beku sangat, tak ada kekasih hati! Rupanya ada. Pasti saja Ziyyad akan menjadi bahan usikan mereka nanti. Lihat saja.

"Okey Nazim, continue." Nazim angguk apabila Ziyyad memberi arahan. Hujahnya terhenti tadi apabila Ziyyad memberitahu bahawa Scylla berada di bawah.

Usai saja perbincangan mereka pada pagi itu, Ziyyad menyuruh anak-anak buahnya pulang awal saja hari ini. Sebaik saja kesemua mereka keluar, Ziyyad mengambil peluang ini untuk merenung sepuasnya wajah Scylla yang sedang tertidur di atas ribanya.

Wajahnya tersembam pada dadanya, badannya pula elok terduduk di atas paha Ziyyad.

Perlahan matanya melihat bulu mata gadis itu yang lentik, kulit wajah yang lembut dan berseri-seri. Kemudiannya, matanya tertancap pada bibir merah delima Scylla.

"I wanna kiss your lips so bad Scy."

© ALL RIGHT RESERVED RAISYNEE 2023

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

lah ghisau ye dengan ayat terakhir tu BAHAHAHAHA ,

i pun blushing sekali waktu tulis bab ni 🥰

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz