07

92 6 4
                                    

- PAGI -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- PAGI -

Ktang! Ktang! Ktak!

Bunyi bising yang terhasil daripada perbuatan Yoona yang sedang memasak sarapan untuk mereka berdua membuatkan Jeno turun ke bawah apabila seusai mandi. Dia mengerutkan dahinya melihat cara isterinya memasak.

Kakinya menapak ke arah Yoona dan menarik perlahan hujung rambut panjang gadis itu. Yoona tersentak apabila ada seseorang menarik rambutnya, segera dia memandang belakang.

"Ihh awak ni, rambut saya juga di tariknya" gumam Yoona sambil memotong daun bawang untuk memasukkan ke dalam masakannya.

"Biar lah, tangan saya. Suka hati saya lah nak tarik ke tak nak" ujar Jeno. Yoona mendecit halus.

"Yalah, Jeno. Awak je lah yang menang"

"Of course"

Yoona memutarkan matanya ke atas tanda menyampah dengan kata-kata yang keluar daripada bibir suaminya. Malas mahu melayan suaminya, Yoona memasukkan daun bawang yang sudah siap potong ke dalam kuali yang berisi nasi yang sudah digoreng. 

"Jeno-ya" panggil Yoona sambil mematikan api gas. Jeno yang leka memandang gerak geri Yoona hanya berdehem.

"Boleh tak saya nak kerja? " pinta Yoona lalu memandang ke arah Jeno. Jeno mengerutkan dahinya.

"Kenapa nak kerja"

"Yalah, takkan saya nak duduk rumah je. Saya pun nak cuba rasa macam mana nak bekerja"

Jeno mengetap bibir lalu menggelengkan kepalanya. Pandangan redup menatap wajah bersih milik Yoona.

"Tak perlu, itu tugas saya beri nafkah kepada awak. Biar saya je yang kerja , awak duduk rumah" bantah Jeno. Yoona melepaskan keluhan kecil.

"Tapi-"

"Sayang, please hear me okay?" pintas Jeno sambil memberikan tatapan lembut dan berharap gadis itu mendengar kata-katanya. Yoona mengangguk kecil. Dia kembali menyambung kerjanya.

"Nak saya tolong apa-apa ke? "

"Tolong susun pinggan"

Jeno segera mengambil dua pinggan dan meletakkannya di atas meja. Dia melihat apa yang ada di atas meja itu. Yoona datang menghampiri meja makan lalu meletakkan semangkuk nasi goreng di tengah-tengah meja. Side dish turut ada di atas meja itu. 

"Mari lah makan"

Yoona mengangguk sebelum menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atas kerusi diikuti oleh Jeno. Yoona menyendukkan nasi goreng lalu menuangkannya ke dalam pinggan Jeno.

"Cukup? "

Jeno mengangguk.

"Makan lah, sedap tak sedap nanti komen"

"Baik lah sayang"

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Puan Lee memandang ke arah Jaemin yang turun sarapan bersama mereka di tatap lembut. Dia merasakan Jaemin sedikit berubah, lelaki itu menjadi lagi pendiam dari sebelumnya.

Tetapi mengingatkan anaknya memang pendiam dan sedikit dingin, dia tidak mengambil berat tentang perubahan anak bongsunya itu.

"Jaemin, kenapa senyap je harini? Selalunya papa asyik dengar kamu dah menjerit pepagi buta" tegur Tuan Lee. Puan Lee menepuk dahi tuanya perlahan.

Suaminya baca fikirannya ke apa?

Jaemin menghentikan kunyahannya. Dia tersenyum nipis lalu menggeleng perlahan.

"Takkan lah Jaemin nak jerit pagi-pagi sesorang. Jaemin jerit pun sebab ada Jeno, pa." balas Jaemin lalu menyuap jjajangmyeon ke dalam mulutnya. Betul lah apa yang dia katakan.

Dia menjerit pun sebab Jeno selalu kacaunya.

Tuan Lee mengangguk kecil. Dia mengambil cawan yang berisi teh hijau lalu menyisipnya perlahan. Dahinya berkerut sebelum air teh hijau itu di paksa telan.

"Air apa ni? Tawar" tanya Tuan Lee.

"Yang awak ambil air Jaemin dah kenapa Lee Donghae, air awak tu ada dekat sebelah kanan awak. Memang lah tawar sebab Jaemin minum air teh hijau" balas Puan Lee. Jaemin memandang pasrah cawannya yang dipegang oleh bapanya.

Tuan Lee tersengih sebelum meletak kembali cawan itu di tempat asal.

"Maaf eh, papa lupa"

"Gwaechana"

"Jaemin, boleh mummy tanya? "

Jaemin memandang ke arah ibunya. Dia mengangkat kening kanannya.

"Tanya apa? "

"Kamu ada perasaan dekat Yoona ke? Yalah, kamu dengan Yoona dah berkawan lebih lama daripada Jeno. Takkan pernah wujud perasaan itu? " tanya Puan Lee. Jaemin tergamam. Dia menarik senyuman kecil.

"Mummy, tipulah Jaemin kata Jaemin tak pernah ada perasaan dekat Yoona. Kawan baik Jaemin dari dulu. Tapi, Jaemin tak kisah kalau dia dah kahwin dengan kembar Jaemin sendiri

Itu mungkin jodoh dia dan Jaemin terpaksa terimanya. Jadi, mummy tak perlu rasa bersalah okay" balas Jaemin. Puan Lee tersenyum.

"Sudah besar anak mummy, mummy percaya akan ada jodoh yang lebih baik dari Yoona untuk kamu. Mungkin sudah tertulis yang Yoona jodoh Jeno dan Tuhan hanya pertemukan kamu dengan Yoona sebagai sebatas persahabatan. Jangan sesekali menyimpan dendam dekat kembar kamu" pesan Puan Lee lalu mengusap perlahan rambut Jaemin. Jaemin mengangguk lalu melakar senyuman manis.

"Jaemin dah terima seadanya yang.... "

"Yoona bukan jodoh Jaemin"

"Yoona bukan jodoh Jaemin"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


aye dah ngantuk :>

[H] OBSESSION | LEE JENOWhere stories live. Discover now