02

91 11 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

seminggu kemudian—

Pintu rumah di kuak perlahan oleh Jeno sebelum membukanya luas untuk memberi laluan untuk isterinya. Yoona mengukir senyuman manis kepada suaminya sebelum kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah yang di beli oleh Jeno sempena perkahwinan mereka berdua yang baru sahaja habis semalam.

Malamnya pula akan ada majlis sempena perkahwinan mereka yang akan diadakan di sebuah hotel mewah yang di tempah oleh bapa Jeno alias bapa mertuanya. Walaupun Jeno dan Yoona banyak kali bantah akan majlis itu, ibu bapa Jeno tetap berkeras untuk melakukan majlis itu dengan ayat ;

"Biarlah, kami baru pertama kali dapat menantu. Mesti lah papa dengan mama nak buat besar-besaran"

Nak tak nak, mereka berdua terpaksa akur dengan kata putus sepasang suami isteri itu.

Jeno menarik masuk bagasi milik Yoona serta miliknya ke dalam rumah sebelum pintu rumah di tutup rapat oleh lelaki itu. Dia tersenyum melihat gadis yang baru sahaja di gelar isterinya memandang sekeliling rumah mereka berdua. Jeno meletakkan bagasi mereka di hadapan tangga sebelum kakinya melangkah ke arah isterinya.

Yoona yang leka memandang perhiasan rumah itu tanpa sedar ada sepasang tangan melingkari pinggang kecil miliknya. Bahunya terangkat tanda dia terkejut. Dia memandang ke arah Jeno sebelum bahu separa tegap itu di tepuk perlahan dengan tangan kecilnya.

"Terkejut saya" Jeno tertawa kecil sebelum pipi gebu itu menjadi persinggahan bibirnya. Yoona menahan malu apabila dirinya di perlakukan seperti itu.

"Awak suka? Maaflah kalau buruk ke apa. Saya sempat kemas apa yang patut je" ujar Jeno dengan bibir di muncungkan sedikit. Yoona tersenyum nipis sebelum mencubit bibir merah jambu itu.

"Saya tak peduli pun tentang perhiasan di dalam rumah ni. Saya hanya peduli tentang perjalanan cinta kita"

"Alolo manisnya isteri saya ni, mari saya tunjukkan bilik kita berdua"

Tangan yang melingkari pinggang gadis itu di lepaskan sebelum dia menarik tangan isterinya mengikuti langkahnya menuju ke bilik mereka berdua.

Tiba-tiba langkah Jeno terhenti membuatkan Yoona terpinga-pinga. Dia melihat Jeno memandang ke arah satu pintu yang tertutup rapat sebelum memandang dirinya. Senyuman manis terlakar di wajah tampan lelaki bermarga Lee itu.

"Jangan masuk bilik itu tau, jangan ingkar arahan saya" pesan Jeno.

"Tapi kenapa? "

"Awak tak perlu tahu. Mari lah kita rehat. Malam ni kita ada majlis lagi. Perlukan tenaga lagi. Khaja"

Yoona mengangguk dan membiarkan lelaki di hadapannya menarik dirinya masuk ke dalam bilik sebelum pintu itu di tutup oleh Jeno.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Di hotel yang serba mewah, ramai tetamu yang hadir dan kebanyakan adalah rakan-rakan ibu bapa Jeno. Ibu bapa Yoona tak dapat dikesan setelah gadis itu mendapat orang tuanya telah hilang semasa dia berumur 13 tahun. Pelik tapi benar.

"Mana anak dengan menantu kau? Tak nampak pula aku" tanya Puan Huang , ibu kepada Renjun.

"Bilik persalinan. Belum siap agaknya pakai baju" balas Puan Lee. Puan Huang mengangguk. Matanya melilau memandang sekelilingnya. Tiba-tiba matanya tertancap satu sosok yang memakai gaun berwarna hijau gelap serta seorang gadis yang memakai gaun berwarna ungu gelap serta solekan yang nipis yang mengikuti belakangnya.

Puan Huang mencuit perlahan bahu Puan Lee sebelum bibirnya terjuih menunjuk ke arah dua sosok itu. Puan Lee memandang ke arah apa yang di tunjuk oleh Puan Huang sebelum dirinya terkejut.

"Kau jemput bala-bala tu? " tanya Puan Huang tanpa bertapis. Puan Lee menepuk perlahan tangan rakannya. Puan Huang hanya menayang sengih.

"Macam mana lah tak turun dekat anak kalau maknya macam ni" getus Puan Lee di dalam hati.

"Haah, tapi tak sangka pula mereka datang" balas Puan Lee bersahaja. Puan Huang mengangguk kecil.

"Mesti ada yang di bawa gaduhnya. Lepastu banding-banding kan Yoona dengan anak dia tu. Ohh tolonglah, Yoona lebih baik dari anak dia" cemuh Puan Huang dengan memutar matanya ke atas sambil tangannya menyilang dada.

Diva thing's!

Puan Lee tertawa kecil mendengar cemuhan rakan baiknya itu. Deringan telefon menyentakkan Puan Lee, segera perempuan berumur 40-an mengambilnya dan meleret butang hijau ke tepi.

"Ye yeobo?" tanya Puan Lee.

"Majlis dah nak mula, mari datang dekat saya"

"Nae, nanti saya datang"

Puan Lee mematikan telefonnya lalu memandang ke arah Puan Huang.

"Aku pergi dekat suami aku dulu, majlis dah nak mula. Kau pergi lah cari anak kau"

"Hah yelah, ergh tak kuasa aku cari anak aku. Mentang-mentang badan dia kecil, senang lesap macam tu je" bebel Puan Huang. Puan Lee tertawa mendengar bebelan rakannya.

Haihh, anak dengan mak sama je. Kuat bebel!


To be continue

Vote and comment!

[H] OBSESSION | LEE JENOWhere stories live. Discover now