05

77 6 6
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Bum

Yoona merebahkan batang tubuhnya di atas tilam dan memejam mata kejap dengan keluhan lega keluar dari celahan bibirnya. Jeno yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan isterinya yang sudah baring tanpa menukar gaun merah itu.

"Pergi tukar baju sana, mandi. Nanti melekit badan" ujar Jeno sambil membuka tiga butang teratas bajunya lalu butang hujung lengannya. Yoona mencelikkan matanya lalu memandang tepat ke arah Jeno. Lelaki itu turut memandang isterinya.

"Penat"

Jeno menarik senyuman segaris sebelum menghampiri Yoona, badannya di rebah bersebelahan dengan gadis itu. Bahu terdedah itu dicuit perlahan dengan jari telunjuknya lalu menyunging senyuman nakal. Yoona yang melihat senyuman itu segera bangkit dari pembaringannya.

"Yalah, saya pergi mandi" kaki melangkah menuju ke arah almari lalu mengeluarkan sepasang baju tidur material satin berwarna hitam dan sehelai tuala di sangkutkan di bahunya.

"Kenapa pakai baju tidur tu? " tanya Jeno. Yoona memandang ke arah lelaki itu dengan kerutan di dahi.

"Habis tu saya nak pakai baju apa? " soal Yoona kembali.

"Kenapa tak pakai tu je" bibir dimuncungkan ke arah beg kertas dengan tulisan Victoria Secret's berwarna putih. Yoona memandang ke arah tempat yang dimuncungkan oleh Jeno. Serta-merta pipinya yang tadi putih kini bertukar merah.

"Jeno! "

Jeno ketawa  mendengar teriakan isterinya. Yoona merengus geram sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air itu dan menghempas pintu itu kuat. Jeno menyudahkan sisa tawanya dengan mengesat air mata yang mengalir luar.

Terhibur dengan kelakuan Yoona.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

J

aemin meneguk soju sambil memerhatikan sungai di hadapannya mengalir dengan seribu perasaan yang bercampur-baur. Usai sahaja majlis itu, dia membawa diri ke tempat yang selalu dia menyendiri. Termenung dan termenung, itu sahaja perbuatannya.

"Lee Jaemin"

Jaemin berhenti meneguk soju yang berada di tangannya apabila ada satu suara lunak menyapa gegendang telinganya. Lelaki tampan itu mengalihkan kepalanya memandang ke arah Wonyoung yang sudah memeluk tubuh.

Jaemin menatap tidak suka ke arah gadis itu apabila mengingatkan siapa gadis itu sebenarnya.

"Jangan pandang aku dengan tatapan tu, aku tak peduli langsung"

"Apa kau nak? " tanya Jaemin dingin. Botol soju itu di lempar ke arah sungai tanpa rasa bersalah. Wonyoung menyandarkan tubuhnya ke arah pemegang jambatan itu dan memandang ke arah Jaemin.

"Tiada apa yang aku nak. Cuma, aku hairan. Apa yang ada dekat diri Yoona sampai kau dan Jeno suka dekat dia? Tapi malang, Jeno yang dapat dia 100 peratus dan kau masih macam ni" balas Wonyoung.

"Kindness and humble" gumam Jaemin perlahan. Wonyoung tertawa kecil.

"Aku boleh tolong kau dapatkan Yoona tapi dengan syarat, kau kena tolong aku dapatkan Jeno" tawar Wonyoung tanpa memandang ke arah Jaemin melainkan memandang ke arah aliran sungai itu.

Jaemin ketawa sinis.

"Kau buat lawak bodoh apa perempuan? Kau tahu kan Jeno tu kembar aku, kau ingat aku nak beripar dengan kau. Ohh please shit, buang lah angan-angan kau. " ujar Jaemin.

"Takkan terbersit hati kau tu nak Yoona? Cepat betul kau mengalah dengan Jeno, jangan jadi lemah Jaemin! Rampas dia dari Jeno. Simpel instruction! "

"Kau nak buat jahat, buat jahat sorang-sorang. Jangan sesekali kau hasut kawan aku untuk khianat abang dia sendiri" ujar Renjun semasa keluar dari kereta milik Jaemin. Oh tolong lah, dia dari tadi ada dalam kereta biarkan kawannya melayan perasaan. Tup.. Tup.. Tup.. Ada jalang nak hasut kawan dia.

Wonyoung mengetap bibir.

"Kau tak kenal Jeno macam mana Wonyoung. Hanya aku dan Jaemin tahu perangai sebenar dia. Jangan bangkitkan syaitan yang ada di dalam diri dia kalau kau tak nak terima akibat" sambung Renjun lalu menarik kolar baju milik Jaemin dan menyumbat lelaki itu masuk ke dalam kereta berwarna putih itu.

Wonyoung hanya memerhatikan kereta itu meluncur pergi dengan hati yang sebal. Dia menghentak kuat kakinya sebelum merengus geram.

"Aku fikirkan aku akan dapat peluang pergunakan kembar dia, tapi apa yang aku dapat? Hanya kata-kata pedas. " ujar Wonyoung geram sebelum dia pergi dari situ.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"Sebaik aku keluar tadi. Kalau tak, aku tak tahu apa yang dia nak cuba hasut kau" ujar Renjun sambil mengawal stereng yang di pegangnya. Jaemin membuang pandangan ke luar tingkap.

"Aku bukan bodoh sangat nak ikut cakap dia. Aku dan kau pun tahu perangai dia macam mana. Sedangkan mummy tak suka mak dia apatah lagi anak dia" balas Jaemin. Renjun mendecit halus.

"Kau tu bukannya betul sangat. Ada kalanya, bangang kau datang, kau heret perempuan masuk hotel pun kau akan buat" perli Renjun tanpa bertapis.

"Bertapis sikit mulut kau eh, aku sepak kau kat sini... Dua-dua mati jumpa dekat neraka"

"Eh macam mana mulut mak aku macam tu lah aku. Tak boleh nak tapis tapis"

Jaemin memutarkan bebola matanya ke atas tanda menyampah dengan perangai hanat lelaki di sebelahnya. Kalau di sebelah perempuan tadi, dia sanggup mati terjun gaung.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To be continue

Lama betul aku tak update hshshs ;)

Vote and comment

[H] OBSESSION | LEE JENOWhere stories live. Discover now