Misi : Lakonan

827 106 34
                                    

Jam kuasa Boboiboy bercahaya.

Muncul kesemua logo kuasanya di hadapannya, dan ianya melalui badan Boboiboy.

Setelah cahaya itu reda, kelihatan kini ada 7 orang Boboiboy dengan berbeza pakaian, topi dan warna mata.

Boboiboy menggunakan kuasa tujuhnya.

Perlahan lahan, setiap satu dari mereka membuka mata masing masing, menyesuaikan mata mereka dengan cahaya bumi itu, setelah sekian lama.

Kerana tiada satupun dari mereka adalah Boboiboy.

Taufan kelihatan mengangkat kedua dua tangannya ke udara dengan gembira.

Taufan : Wuhuuuuuu!!! Dah lama Tuan tak guna pecah tujuh!!! Akhirnya sapat jumpa korang depan depan dalam badan Tuan!!!

Masing masing terpasang wajah bahagia, dapat keluar dari jam kuasa Tuan mereka bersamaan lagi.

Yang jenis hyperaktif ni, korang tahu lah apa akan jadi.

Thorn : Ufannnnn!!!!

Thorn tiba tiba dapat berlari dari tepi, dan melompat ke arah Sang Penguasa Angin itu, dan memeluk kepala Taufan.

Taufan : Woi woi?!?! Hang pi peluk kepala aku asal?!?! Berat bodoh!!!

Yang tukang peluknya langsung tidak kelihatan takut dengan amarah Taufan itu.

Thorn : Huhuhuhu!!! Rindu aku dengan kau!!! Dalam jam tak boleh nak rasa muka kau yang penuh jerawat tu dengan tangan aku!

Taufan : Muka jerawat kau panggil aku?!?!

Datang satu lagi masalah bila Blaze juga datang dari tepi dan memeluk kaki Taufan.

Blaze : Taufan, abang ku!!! Setelah berbulan Tuan tak guna pecah tujuh dia!!!

Taufan : Kau pi peluk kaki aku dah kenapa?!?! Kau berat lah!!!

Jadi lah pergaduhan tak sah itu dimana Taufan tak boleh bergerak bebas disebabkan oleh dipeluk oleh dua adik pra-matang dia itu.

Hali yang berada di sebelah Taufan sahaja, menggelengkan kepalanya sebelum menampar dahi sendiri.

Hampir pekak telinga dia dibuatnya sebab tiga ekor tu menjerit betul betul sebelah kepala dia.

Hali : Haih..... tak matang langsung.

Hali mula berjalan ke sebelah Gempa sebelum telinga dia berdarah dengar tiga ekor monyet tu bergaduh lagi lama.

Kelihatan Ice yang tidur sambil berdiri.

Ice : *berdengkur* Kurrrrr........

Solar yang berdiri di sebelah Ice memandang diadengan wajah kecewa, dah biasa.

Solar : Sempat lagi budak ni?

Gempa mengurut dahinya, stress dengan keadaan yang bising itu.

Gempa : DIAMMMMM!!!!

Dengan satu jeritan sahaja, kelima lima dari mereka berlutut di depan Gempa.

Ice pulak dah terbungkang dengan muka bertepek dengan tanah dikeranakan ditolak dari kepala secara paksa oleh Solar.

Yang hebatnya masih tak terjaga.

Gempa : Hah, senyap pun.

TTM : Ehehehe..... sorry Gempa....

Gempa : Haih, yelah.

Hali mengangkat tangannya separas bahu, macam nak baca ikrar rukun negara yang korang baca dekat sekolah tu.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now