Misi : Taman

1.6K 182 25
                                    

Boboiboy : Jadi, apa kita nak buat ni?

Kelihatan Boboiboy sedang berjalan jalan di taman rekriasi tidak beberapa jauh dari rumah Ali, jeesokkan harinya. Dia sedang mendorong basikal yang dia sewa dari taman tu.

Dia bersama dengan Ali dan Uncle Bakar. Waktu itu adalah selepas Ali habis sekolah.

Bakar : Alah, saja saja, jalan jalan makan angin. Kamu kan tetamu, jadi, Uncle kenalah bawa kamu jalan jalan sekeliling Cyberaya ni!

Uncle Bakar cuba jadi peramah pada Boboiboy, kerana dia tetamu. Tambah lagi, dia perasan lah sikit sikit yang Boboiboy tu macam tak selesa dekat tempat baru ni.

Boboiboy : Ohhhhh, ok. Jadi, benda apa yang kita kena buat dulu?

Bakar : Alah, senang je. Pssst! Ali.

Ali : Hm? Oh, haah! Pertama, kita akan kayuh basikal sekeliling taman ni! Taman ini terkenal kerana ianya berada di tengah tengah Cyberaya! Kau boleh nampak hampir seluruh bandar ni hanya dari sini!

Boboiboy : Betul ke?! Macam best je! Jom lah!

Boboiboy naik ke atas basikalnya, bersemangat nak mulakan kayuhan mereka pada hari tu.

Tapi, dia baru perasan, yang mereka hanya sewa dua basikal sahaja.

Boboiboy : Eh, Ali. Kenapa kau tak sewa basikal sekali?

Ali : Er.... ehehehe..... aku tak pandai bawak basikal sebenarnya.... ehehehe....

Tak apa Ali, kita geng. Sama sama tak pandai bawak basikal 😭👍

Boboiboy : Lah. Tak apa tak apa. Kau bonceng je belakang aku, macam semalam.

Ali : Tak apa ke? Aku boleh je bonceng dengan Uncle-

Ali melihat Uncle Bakar yang sudah naik ke atas basikal, dan dah tak ada ruang nak bonceng.

Ali : Tak apa lah. Aku bonceng kau jelah.

Terus Ali naik ke belakang Boboiboy.

Boboiboy : Ok! Jom!

Boboiboy dan Uncle Bakar pun mula mengayuh basikal masing masing mengelilingi taman itu.

Memang betul kata Ali. Mereka boleh lihat sebahagian besar bandar itu hanya dari taman itu sahaja.

Boboiboy : Waaaaahhhhhhh!

Ali : Kan! Kalau Papa tak ada kerja, kitorang kasang kadang selalu melepak dekat sini, kayuh basikal sama sama, walaupun waktu tu aku masih pakai basikal roda tiga. *sweatdrop*

Boboiboy : Tak apa, sekurang kurangnya kau berseronok. Dari aku, dulu nak naik benda beroda, satu pun tak lepas. Last last aku lukakan kaki sendiri. Ahahahaha!

Ali turut terketawa di belakang Boboiboy, manakala Uncle Bakar dah jauh ke depan.

Mereka berborak sepanjang jalan, sambil menikmati permandangan.

Tiba tiba, Ali terdiam, dan memeluk pingang Boboiboy. Ianya membuatkan Boboiboy pelik.

Boboiboy : Ali? Kenapa tiba tiba peluk aku ni? Aku bawak laju sangat ke?

Ali : Tak tak, bukan.

Boboiboy : Habis tu?

Ali : Aku cuma..... tersalah pasal kau.

Boboiboy : Tersalah pasal aku?

Ali : Aku ingat kau ni budak yang nakal, ambil kesempatan, tak suka aku lah lebih tepatnya. Bila first aku nampak kau, kau macam baik, tapi aku tak nak 100% percayakan kau. Aku ingat yang kau akan tikam belakang aku selepas seketika. Tapi, aku silap. Kau betul betul baik. Maafkan aku dah terfitnah kau dalam diam.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now