Misi : Tangkap

1.5K 162 29
                                    

Setengah jam telah berlalu sejak perlawanan tadi.

Ketujuh tujuh Pak cik tadi telah ditangkap oleh pihak M.A.T.A.

Semuanya diuruskan oleh Uncle Bakar dan Ejen Karya yang baru tiba di tempat kejadian selepas dimessages oleh Uncle Bakar.

Kelihatan hologram Jeneral Rama Rama Terbang Tinggi Sampai Alam Barzah menenung tajam kearah mereka berempat sampai nampak lubang lagi.

Boboiboy sedang diikat di kerusi, manakala yang lagi tiga tu berdiri di tepinya, dengan gaya Jaga Sedia.

Budak budak kawad mesti tahu.

Mereka bertiga menunduk ke bawah dengan wajah serba salah manakala Boboiboy terpaksa menatap permandangan indah lubang hidung Jeneral.

Boboiboy : Perlu ke ikat aku macam ni? Dah macam kena culik pulak.

Semasa di tempat kejadian tadi,tiba tiba sahaja Boboiboy kena sergah dengan robot Droid M.A.T.A dan kena gari macam persalah. Dah lah kena sumbat masuk kereta hitam stylo milik Ejen Karya. Bau nasi lemak ayam berempah pulak tu.

Geetha : M-maaf ya adik. Kami terpaksa buat macam ni. Tak nak kamu lari.

Boboiboy : Tak apa Puan. Bukan salah Puan. Salah Pak cik Spek mata Poyo tu yang tiba tiba sumbat saya dalam kereta lepas tu ikat saya dekat sini.

Boboinoy memandang tepat ke arah Ejen Karya dengan jelingan tajam tak puas hati. Ejen Karya hanya buat tak endah, sebab memang salah dia terkasar sikit dengan budak tu. Nak matah pun, tak ada guna.

Boboiboy : Cantik rambut Uncle. Berapa layer gel rambut tu? Beli kat mana? Kawan saya yang rambut landak tu mesti suka.

Sembat lagi bodek Jeneral sebab nak mintak belas kasihan.

Jeneral masih lagi memandang nya tajam. Boboiboy menelan ludah kelat kerana merasakan bodeknya tak berhasil.

Jeneral : 10 layer. Gel jenama Bawang Putih Bawang Merah. Beli yang warna clear, supaya nanti rambut bersinar.

Boboiboy : Uuuuu, panjang gila jenama.

Boboiboy menghembus nafas lega sebab berjaya.

Bakar : Hah, nak Uncle tolong pesankan? Dengan Shoppe, dekat Lazada, dekat Amazon pun ada jual! Tengok tengok! *scroll fon* yang ni, 10 balang 30 ringgit je!

Boboiboy : Woah, nak nak! Boleh saya guna untuk rambut saya jugak!

Tak pasal pasal tiba tiba topik jadi pasal gel rambut pulak.

Ejen ejen Mentor yang lain hanya mampu faceplam kepala sendiri sebab lari tajuk.

PAAAAAPPPPPPPPPPP!!!!!


Boboiboy : WAH?!?!?! *terjatuh kerusi ke belakang*

Tiba tiba, Jeneral melibas meja yang ada di tempatnya dengan kuat, sehingga satu bilik terkejut. Boboiboy sampai terjatuh kerusi.

Boboiboy : Adoi.........

Jeneral : Sudah! Kembali ke tajuk!!!

Ali menolong menegakkan balik kerusi Boboiboy, dan cepat cepat kembali ke posisi.

Jeneral : Ejen Bakar. Ejen Alicia. Ejen Ali. Kamu tahu apa yang kamu dah buat?

Ali : Terbongkarkan rahsia M.A.T.A........

Jeneral : Dan siapa puncanya?

Alicia : Saya, Jeneral.......

Jeneral : HAH, TAHU PUN!!!! *libas meja lagi*

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now