Jayden tersenyum puas kerana dapat mengusik gadis itu. Sebenarnya dia memang tak tidur pun. Dia hanya berpura-pura je tadi.

Tak sangka pula Hazzel benar benar fikir dia sedang tidur. Tapi tak apa lah, dapat juga dia mengenakan gadis itu. Maknanya lakonan dia tadi berjaya.

"Jangan lah malu. Meh sini." Jayden yang sudah duduk di birai katil menepuk nepuk ruang kosong disebelahnya.

"Hazzel. I said come here..." Arah Jayden lagi namun kini kedengaran lebih tegas. Hazzel takut dan terus menurut.

"Good girl." Puji Jayden dengan suara mengoda. Hazzel hanya mampu diam dan menelan air liur kesat.

Entah kenapa hazzel rasa Jayden sangat 'hot' hari ini. Oh tuhan, adakah ini tanda tanda Hazzel terkena sihir?

Suasana sepi. Hazzel memberanikan diri memandang Jayden yang dari tadi memerhati dirinya

"Hmm. Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Hazzel tidak selesa.

"Tak ada apa. You look cute wearing that oversize t-shirt." Jawab Jayden jujur.

Hazzel jadi malu mendengar pujian itu. Serious lah dia nampak comel? Selama ini hazzel ingat dia nampak macam pembantu rumah sahaja kalau berpakaian seperti ini.

Tak sangka bagi Jayden Hazzel nampak comel. Okey nak kembang jap!

"Hazzel. I have a question for you." Ujar Jayden.

"Hmm. Soalan apa?"

"Did you have a brother?"

Hazzel diam.

"Saya rasa awak dah tahu pun kan." Perli Hazzel. Memang dia yakin lelaki di sebelahnya ini tahu segala tentang dirinya. Tapi sayang, Jayden hanya tahu luaran dan kisah hidup Hazzel sahaja. Sifat sebenar dan diri Hazzel Jayden tak akan dapat tahu dengan mudah.

"Betul. Tapi saya perlukan kepastian." Jawab Jayden dengan tenang.

"Tapi untuk apa?" Soal Hazzel tidak puas hati.

Sejujurnya, hazzel sejenis yang suka berahsia dan menyimpan kisah kehidupannya dari orang lain. Namun, kehadiran Jayden membuatkan Hazzel rasa tercabar kerana lelaki ini dengan mudah mengetahui semua perkara yang selama ini Hazzel simpan dengan baik.

Jayden tak menjawab pertanyaan Hazzel. Dia hanya mendiamkan diri sambil memikirkan sesuatu.

"Tak ada apa lah." Jayden berdiri dan terus keluar dari bilik Hazzel.

Hazzel jadi binggung. Itu je ke yang dia nak Tanya? Apa tujuan Jayden tanya tentang perkara itu pun Hazzel tak pasti.

Hazzel mengeleng kepala. Malas hendak memikirkan tentang lelaki itu. Dia naik ke katil untuk tidur walaupun jam baru memasuki pukul tujuh malam.

Namun tangan Hazzel terlangar sesuatu di atas katilnya. Matanya memandang ke arah benda itu.

Jam tangan.

"Jam Jayden..." Hazzel mengeluh. Baru sahaja dia hendak merebahkan tubuhnya tapi ada pula perkara yang menghalang. Dia perlu menghantar jam ini pada Jayden terlebih dahulu.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now