58 6 6
                                    

"im back."

_____________________



"Daddy."

Pipi Khaer ditepuk-tepuk. Sambil-sambil itu jari ketot Noah cuba tarik bulu kening Khaer supaya dia dapat kejutkan Khaer yang sedang sedap landing atas sofa diruang tamu.

"Daddy~" meleret suara Noah memanggil Khaer yang lena.

"Daddy oh Daddy !"  Noah bisik ditelinga Khaer.
Tiada respond daripada Khaer.

"Pst pst ! Daddy~ ohh Daddy~!" bisikkan dikuatkan sedikit .
Masih tiada respond.
Nuqman yang duduk disofa bertentang hanya memandang abangnya yang 'tidur mati'. Faham sangat dengan perangai Khaer .
Kau kalau tidur ,gajah karaoke pun kau tak dengar kan? 

Noah hairan. Mukanya ditelengkan untuk melihat muka Khaer yang masih tidur + berdengkur.
Diperhati riakwajah Khaer.
"Daddy. Assalammualaikum~ Daddy bangun lah!"
Kali ini ,jari ketot Noah cuba buka mata Khaer secara paksa. Kelopak mata Khaer diangkat perlahan-lahan keatas.

Disebabkan rasa terganggu ,Khaer bergerak .Dua menguap dan toleh kearah bertentangan.
Membelakangi Noah yang tadi baring menghadap mukanya.
"DADDYYYY!!!"

Nuqman hanya melihat dari tepi. Tiba-tiba muncul satu idea bernas. Nuqman tersenyum jahat sambil memandang Khaer yang tidak sedar akan ada bahaya mendatang . HEHEHE habislah kau Khaer.

Bahu Noah ditepuk .Noah yang tadi sibuk memeluk pada tangan Khaer menoleh melihat Nuqman. Tapak tangan Nuqman buat isyarat 'sini jap' . Noah bangun mendekati Nuqman.

Nuqman angkat Noah dan dudukkan di ribanya.
Noah toleh melihat Nuqman.
Nuqman senyum penuh muslihat.
Kemudian ,dia bisikkan sesuatu pada Noah.

"Noah ,nak main lukis-lukis tak ?" tanya Nuqman dalam nada berbisik sesekali dia menjengah Khaer yang masih tidur .

"Nak !" jawab Noah bersemangat .Mata Noah bersinar-sinar bila sebut 'main lukis-lukis'.
Teruja Noah pandang Nuqman .

Nuqman senyum.
"Betul ni? "
"YES!"

"Tapi hari ni kita tak lukis atas kertas biasa tau. Ada kertas istimewa hari ni." kata Nuqman sambik cuba tahan ketawa bila terbayangkan rancangan dia nanti. Noah pandang Nuqman penuh hairan. Bukan kertas biasa ?

"Kalau tak guna kertas biasa ,nak guna kertas apa?" soal Noah polos .Nuqman diam dan tersenyum jahat. Dia menjeling ke arah Khaer dan  melihat ke arah Noah secara silih-berganti.

Nuqman bangun .Laci almari disebelah tv dibuka dan sekotak marker berwarna diambil.
Noah melihat Nuqman dengan tekun.
Nuqman senyum penuh muslihat lalu marker berwarna  hijau muda dihulurkan kepada Noah.

"Nah. Noah guna warna ni. Baba guna warna hitam." arah Nuqman pada Noah. Noah lihat sekeliling Nuqman untuk cari kertas.
"Baba ,mana kertasnya ? Kan kita nak main lukis-lukis."
soal Noah .Dari tadi dia cari kertas ,tak jumpa-jumpa.

Nuqman tersengih lalu mendekati Khaer .
Makin lebar senyuman Nuqman bila nampak Khaer masih nyenyak tidur diatas sofa.
Wajah Noah dipandang teruja. Hehe misi bermula sekarang !
"Ha tadi Noah tanya Baba mana kertas kan? Ha ,inilah kertasnya ! Tadaaa!" teruja Nuqman berbisik kepada Noah sambil jarinya ditunding pada muka Khaer. Inilah dia kertas luarbiasa tu! Muka Daddy Khaer ! HAHAHAHA.

"Betul ke ni Baba? Boleh ke lukis dekat sini?" Noah bertanya ,hujung penutup marker dicucuk perlahan dipipi Khaer.
"Kenapa pulak takboleh lukis dekat sini ?"

Noah pandang Nuqman.
"Yelah. Ni kan muka Daddy ,bukannya kertas. Nanti guna pensil warna ni ,boleh ke warna tu hilang ? Kesian muka Daddy dah tak kacak lagi" bibir Noah memuncung bila terbayang wajah sedih Khaer bila dah tak kacak lagi. Noah nak Daddy kacak macam Noah.

Nuqman mula cari idea supaya rancangan dia nak mengenakan Khaer berjalan lancar.
"Boleh padam baliklah warna ni nanti. Ni magic marker. Lagi best daripada pensil warna biasa. Baba pernah guna ,ha tengok muka Baba sekarang .Makin naik seri adalah." mukanya ditepuk-tepuk sambil ditunjukkan pada Noah supaya Noah percaya.

Kening Noah berkerut.
"Ye ke? Sama je Noah tengok Baba."

"Betullah. Noah kecik lagi ,so Noah taktahu. Dulu ,Daddy Khaer pernah pakaikan magic marker ni pada Baba. Tu yang muka Baba flawless sekarang ni." makin rancak Nuqman cuba meyakinkan Noah. Bersungguh-sungguh dia cuba buktikan yang marker ni boleh digunakan pada Khaer.

Noah diam berfikir. Selepas 1 minit ,
"Okaylah ! Jom Baba kita lukis-lukis !"

Selepas beberapa minit melukis ,penuh lukisan-lukisan berwarna hijau dan hitam di muka Khaer. Ada sedikit di bahagian leher dan dagu Khaer .Ada lukisan berbentuk bola ,kereta dan ada juga yang bentuknya tidak dapat dikenalpasti. Paling menyerlah ,nama 'Barbie' ditulis besar-besar dibahagian pipi dan dihiasi beberapa ketul bentuk 'love'.

"Baba ,dah siap lukis ke ni?" soal Noah.
Nuqman menggeleng. Masih ada beberapa 'final touch' yang perlu ditambah supaya rancangan balas dendamnya lengkap.

Satu bekas serbuk berkilat yang berwarna pink dikeluarkan dari poket. Sedikit serbuk tadi dituangkan diatas tapak tangan Noah.
"Apa ni Baba?"

"Ini namanya bedak untuk hensem. Tepuk kat muka nanti auto wajah bersinar bak bulan yang bermatahari"
Noah hanya angguk walaupun sebenarnya dia takfaham apa-apa yang dikatakan oleh Nuqman.
Nuqman mula meletakkan gam pada pipi dan dahi Khaer .Seperti menyapu foundation ,gam itu disapu rata dan terkena disetiap bahagian muka.

Selesai melumur gam pada wajah abangnya ,Nuqman tabur serbuk berkilat pada seluruh muka Khaer. Nuqman ketawa membayangkan reaksi Khaer bila nampak hasil 'makeover' ini nanti.

"Dah boleh letak ke serbuk ni Baba?" tangan kecilnya yang ada serbuk itu ditunjukkan pada Nuqman. Bila dah dapat arahan daripada Nuqman ,terus tangan Noah menepuk pipi Khaer sekaligus serbuk tadi melekat di pipi Khaer .
Noah diam memerhati hasil kerjanya.

"Barulah hod--hensem muka Daddy Khaer." ejek Nuqman. Gambar Khaer penuh 'solekan' ditangkap berkali-kali.
Beberapa copy pun ada disimpan ,manalah tahu nanti kantoi kerja ni.


to-be-continue?


______________________

i don't remember bila masa ketikanya aku buat chapter ni. so i just gonna publish sbb malas nak simpan draft berlambak.
aku tak expect orang baca cuz aku pun takbaca lol. noob sia. HAHAHA.

btw ,how's life?

aku currently busy dengan finalexams in uni. my course punya subjects...kinda....erm. yea ya know.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NOAH  ©Where stories live. Discover now