2 °

182 38 268
                                    

"Can we stay like this forever ?"
-N

_________________Nuqman__________________


NUQMAN masih tekun menaip dilaptopnya walaupun jam sudah menunjukkan jam 2 pagi. Sesekali jam tangannya dikerling. Di pejabatnya ,hanya tinggal dia sahaja ,pekerja lain sudah pun pulang.
Jari Nuqman pantas menekan keyboard laptop ,wajahnya yang berkaca mata ketika ini menyerlahkan betapa seriusnya dia ketika bekerja.

Bunyi deringan telefon memberhentikan jarinya. Telefon dicapai dan panggilan diangkat.

"Assalammualaikum Umi. Ye Umi kenapa call Nuqman ni?"

Kata Nuqman sambil tangan kanannya sibuk menaip laptop.

Suara Umi kedengaran geram dengannya.

"Boleh pula kamu tanya Umi 'kenapa' ?! Eh kamu tengok jam office kamu tu. Sekarang dah jam berapa ? Tak reti-reti nak balik ? Ke office kamu tu miskin sangat takada jam sampai kamu taktengok jam?"

"Oh hehe. Kejap lagi Nuqman balik ya Umi ? Dah nak siap dah kerja ni."

"Haih. Dari pukul 9 malam tadi kamu kata 'Kejap lagi' tapi sampai sekarang takbalik-balik. Kalau kamu takkesah pasal balik pun sekurang-kurangnya kesahlah tentang anak bujang kamu tu ,Noah tu. Dia dari pukul 9 asik tanya mana kamu ,sampai dia tertidur atas sofa."
bebel Umi. Dia tahu anak lelakinya ini memang seorang yang workaholic ,bila bekerja sehingga takingat orang lain.

"Nuqman ,kamu kena ingat ,Noah tu tanggungjawab kamu .Umi taknak ungkit kisah dulu tapi ,kamu je tempat dia nak bermanja tahu tak. Memanglah Umi ada tapi kamu tu Baba dia."

Nuqman terdiam mendengarkan kata-kata Uminya. Kesian dia pada Noah sebab dah lama tunggu dia balik.

"Nuqman pergi dulu Umi .Assalammualaikum."

Pantas tangan Nuqman mengemaskan meja dan berlari keluar daripada office.
Noah ! Dia mahu Noah !

-

KERETA diparkirkan .Laju langkah Nuqman memasuki rumah dan mencari kelibat Noah. Matanya tertacap pada sofa yang berada didepan tv yang terpasang.
Dia mendekati sofa dan duduk di sisi depan sofa ,memerhati wajah polos Noah yang nyenyak tidur sambil memeluk baju coatnya. Terbit rasa bersalah di hati.

"Maafkan Baba ,Noah." Rambut Noah diusap penuh kasih. Pipi gebu Noah dicium lama. Melepas rindu yang terpendam seharian.

"Ermmm~" rengek Noah bila terasa pipinya di cucuk lembut. Perlahan-lahan matanya dibuka. Wajah Nuqman dipandang dengan mata terkebil-kebil. Betul ke ni Baba ? Ke Noah mimpi je ?

Tangan kecil Noah naik menyentuh pipi Nuqman. Nuqman tersenyum.

"Baba ?"

"Ye sayang Baba. Ni Baba awaklah ni. Takkan dah takkenal muka handsome Baba awak sendiri?" tergelak halus Nuqman bila lihat wajah mamai Noah.

Perlahan-lahan Noah bangkit dari baring.
Wajah tampan Babanya ditenung.

Nuqman hanya berbalas pandang dengan Noah. Eh ni kenapa anak Baba ni jadi macam batu pula ni?

"Noah, kena-"

Belum sempat mengatakan apa-apa ,lengan kecil Noah sudah kemas memeluk leher Nuqman. Wajah comel Noah disembamkan ke dada bidang Nuqman. Bunyi esakkan kecil kedengaran.

"Ba-Baba hiks. Kenapa Baba hiks lambat ? Penat Noah tunggu." teresak-esak Noah sambil memeluk leher Nuqman.

Nuqman terkaku. Dia tersenyum senang. Tangan Nuqman kembali membalas pelukkan si kecil Noah. Sesekali belakang Noah ditepuk-tepuk lembut ,ingin memujuk anaknya.

"Shh takmau nangis. Baba minta maaf sebab lambat .Baba promise lepas ni Baba taklambat lagi ,okay sayang?" wajah Noah diangkat memandangnya. Tersengih Nuqman melihat betapa comelnya wajah merah Noah .Dengan hidung dan pipi memerah serta mata berair ,nampak comel sangat !

Pipi Noah dicium penuh kasih.

"Sudah jangan nangis. Nanti muka Noah jadi tua tahu sebab menangis banyak sangat .Nanti jadi macam muka makcik jiran sebelah ,ha tua macam tu. Nak?"

Cepat-cepat Noah menggeleng. Mana boleh Noah tua ! Noah kena comel !

"T-takmau !"

"Okay kalau takmau ,stop menangis okay ,my lil prince?" Dahi Noah dikucup sambil tangan Nuqman mengelap sisa airmata dipipi Noah.

"Okay Baba ! Noah seterong! Tapi kan Baba ,takbaik bawang tentang makcik jiran sebelah . Dosha hehe." Noah mula tersengih semula. Wajahnya disembamkan dileher Babanya ,masih tersisa mengantuknya tadi.

"Tapi ,Baba promise eh tak lambat lagi ?"
jari kelingking Noah halakan pada Baba ,nak pinky-promise dulu!

"Ye ye. Promise !" jari mereka bertaut. Pinky-promise.

Nuqman membawa Noah ke bilik mereka. Susuk tubuh Uminya yang sedari tadi memerhati drama sinetron dia dan Noah dipandang ,Nuqman bersalam dengan Umi kemudian naik ke biliknya.
Umi tersenyum melihat hubungan antara Nuqman dan Noah.

_

"KAU dah dapat maklumat yang aku nak?"

"Dah ,Miss. Nanti saya e-mailkan pada Miss. Bayaran macam biasa."

"Hm ye."

Panggilan ditamatkan. Dia tersenyum puas bila mengingatkan tidak lama lagi dia akan pergi berjumpa dengan Nuqman semula. Kisah cinta dia dan Nuqman dulu mulai bermain difikirannya. Dia tersenyum bahagia.

"I can't wait to see you ,my hubby. Hehe"

Gambar Nuqman diusap lalu dicium.
Wajah kacak Nuqman sering menjadi kegilaannya sejak pertama kali berkenalan. Walaupun kadang-kala sikap lelaki itu beku ,tetapi dia tetap menyukai Nuqman kerana padanya ,itulah daya tarikan seorang Nuqman Akhtar. My IceBear ,i miss you .








_____________to_be_continued______________

#notice : new characters gonna diperkenalkan soon.

#mau next chap or not ?

NOAH  ©Where stories live. Discover now