3 °

162 37 250
                                    

"I ,love you like a fool. Love you like a fool."
-Akhtar

__________________Thaqid_______________

TROLI pasaraya ditolak oleh Nuqman sambil sesekali dia memandang kearah Noah yang elok duduk didalam troli.
Gelagat Noah yang sedang berlakon seolah-olah sedang membawa kereta diperhati dalam diam oleh Nuqman. Nak tergelak dia bila tengok kadang-kadang Noah membebel bila ada orang lain yang lalu-lalang di hadapan trolinya. Marah betul Noah bila ada yang halang laluan.

"Kita nak cari barang dekat mana Baba ? Baba cuba baca list yang TokUmi bagi." arah Noah pada Baba. Dah dia tengok Baba dia macam blur je dari tadi.

Panggilan Noah tidak disahut. Nuqman memerhati sekeliling sambil menolak troli perlahan-lahan. Entah apa yang dia tengok.

Berkerut muka Noah bila tengok Babanya diam dari tadi.

"Baba?"

"Baba !

"BABA !"

Noah tepuk lengan Nuqman ,membuatkan Nuqman tersentak. Wajah masam Noah dipandang.

"Ye sayang?"

"Kenapa dengan Baba ni? Baba okay tak ni? Baba tengok apa tadi? "

Nuqman tersenyum. Noah risaukan Nuqman rupanya.

"Baba okaylah . Takdelah ,Baba tadi tengok barang-barang dekat kedai sana tu"

Noah mengangguk .Ouh tengok barang ,ingatkan tadi Baba tengok anak dara orang.

"Jom ! Pergi beli barang masak. Baba nak masak untuk birthday party Noah nanti."

Bersinar mata Noah bila dengar tentang birthday party.

"Betul ke ni Baba?! YEAY !!"

_

NUQMAN hanya mengikut arah yang Noah tunjuk. Katanya dia nak beli snacks.
Selepas habis beli barang dapur tadi ,Noah mengajak Babanya mencari snacks.

"Baba ,nak tu!"

Jari ketot Noah menunjuk ke arah coklat Cadbury dan Ferrero rocher.

Nuqman mencapai 5 kotak coklat setiap brand.

"Lagi ?"

"Boleh ke Baba?!" seronok Noah bila Babanya mahu dia beli lagi.

"Amik jelah. Bukannya Baba takboleh beli."

Makin galak Noah menunjuk ke arah makanan, snacks ,candy ,chocolate ,toys dan barang yang dia nak. Nuqman ? Dia hanya capaikan dan letak dalam troli. Dari satu rak barang ke satu rak dan lagi dan lagi dan lagi.

"Ha ! Noah nak tu! "

"Tu lagi Baba!"

"Yang besar tu !"

"Ha yang banyak tu!"

"Noah nak 10!"

Nuqman berhenti dari menolak troli. Penat. Anak seorang rasa macam ada 10 orang.

NOAH  ©Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora