01

154 10 5
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

"Dah sampai ke? " tanya Yoona kepada kekasihnya, Lee Jeno yang sedang menutup matanya dengan tangan besar lelaki itu. Yoona memegang tangan Jeno yang menutup matanya dan berhati-hati melangkah ke hadapan.

"Belum lagi, depan sikit" balas Jeno dan memandang ke hadapan untuk melihat jalan untuk memastikan tiada batu yang menghalang jalan mereka berdua.

Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya mereka berdua sampai di destinasi yang ingin mereka tuju.

"Dah sampai, tapi jangan buka mata dulu" ujar Jeno sebelum melepaskan tangannya dari menutup mata kekasihnya dan memastikan mata Yoona masih tertutup.

"Sekejap ya sayang" Yoona mengangguk. Senyuman terlakar di wajah Jeno sebelum lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah dua lelaki berbeza kelahiran sedang menyorok di sebalik semak samun yang di potong dengan cantik.

Jeno mengisyaratkan rakan dan kembar tirinya bersiap sedia. Jaemin dan Renjun menganggukkan kepala tanda ' okay ' dengan isyarat lelaki bermarga Lee itu.

"Awak dah boleh buka mata" Yoona membuka mata perlahan dan mengelip matanya beberapa kali untuk menyesuaikan cahaya yang masuk ke retina matanya. Dia terkejut melihat di hadapannya ada tikar yang tersusun dengan makanan dan banner yang terbentang luas bertuliskan

Happy Birthday Yoona!!

"Happy Birthday my girl" ucap Jeno dengan senyuman manis membuatkan matanya tertutup seperti bulan sabit. Jaemin dan Renjun keluar dari semak samun itu sambil membawa keluar sebuah kek yang di pegang oleh Jaemin manakala Renjun memegang bunga mawar yang ada kotak baldu berwarna merah.

"Happy Birthday Yoona " ucap Jaemin dan Renjun serentak. Renjun menghulurkan bunga ke arah Jeno dan lelaki itu mengambilnya.

"Yoona, tiup lilin ni" ujar Jaemin sambil mendekatkan kek itu ke arah pemilik hari istimewa itu.

"Buat hajat dulu jangan lupa" pesan Jeno. Yoona mengangguk sebelum menyatukan tangannya seraya menutup matanya. Beberapa minit kemudian, dia membuka matanya lalu meniup lilin itu sehingga terpadam.

"Gomawo" tutur Yoona terharu.

"Aip, jangan nak menangis dulu. Jeno ada surprise untuk kau" kata Renjun lalu dia dan Jaemin memberikan ruang sepasang kekasih itu berdua. Renjun mengajak Jaemin pergi dari situ sementara. Jaemin mengangguk lalu mengikuti langkah Renjun selepas meletakkan kek yang di pegangnya di atas meja.

Selepas memastikan dua lelaki itu tiada. Jeno menghampiri Yoona dan menghulurkan sejambak bunga mawar ke arah Yoona. Gadis itu mengambilnya dan menciumnya kelopak bunga itu.

"Tengok lah apa yang ada dekat bunga tu"

Yoona memandang bunga itu dan dia perasan ada sebuah kotak kecil berada di tengah-tengah bunga mawar itu. Yoona mengambil kotak itu dan membukanya. Dia tergamam melihat sebutir cincin bertakhta berlian yang berada di dalam kotak baldu itu.

Jeno mengambil cincin itu dan memandang ke arah Yoona. Gadis itu turut memandang ke arah lelaki yang di cintainya.

"I know it's clichè... Will you married me? " lamar Jeno. Mutiara jernih mengalir turun dari tubir mata Yoona tanda dia terharu.

"Yes"

Jeno tertawa kecil sebelum dia meraih tangan Yoona dan menyarungkan cincin itu ke jari manis lalu jejaka tampan itu mencium kekura tangan Yoona lama.

"Terima kasih sebab terima saya, saya janji saya akan setia pada awak dan takkan sesekali sakiti awak" janji Jeno.

"Saya percaya awak"

Senyuman terlakar di wajah Yoona sebelum dia memeluk tubuh Jeno. Jeno membalas kembali pelukan gadis itu dan mencium ubun-ubun gadis itu. Kadang-kala tangannya bermain dengan rambut panjang Yoona.

Jaemin yang melihatnya segera mengalihkan pandangan memandang ke arah sungai yang berhampiran dengan tempat mereka mengadakan parti hari jadi itu. Keluhan kecil terlepas dari celahan bibir merah jambu itu. Renjun yang berada di sebelahnya mengusap perlahan bahu jejaka bermarga Na itu.

"Aku tahu kau kuat. Kau kena lepaskan dia " ujar Renjun. Jaemin mengangguk kecil lalu tersenyum nipis.

"Aku gembira kalau dia gembira. Nak tak nak aku kena hapuskan perasaan aku ni sebab tak lama lagi dia akan jadi kakak ipar aku"

Senyuman kecil terukir di wajah Renjun. Di sudut hatinya, dia merasakan kasihan kepada Jaemin yang telah menaruh perasaan kepada Yoona sebelum Jeno berkenalan dengan gadis itu.

Jaemin sangkakan dia kenalkan Jeno kepada gadis itu sekadar mereka berkawan. Tetapi lain jadinya bila lelaki itu dapat tahu bahawa Jeno dan Yoona dalam diam menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Renjun yang memang tahu Jaemin menyimpan perasaan kepada Yoona hanya menenangkan lelaki itu saat Jaemin datang ke apartmentnya dan menangis disebabkan patah hati.

Jaemin melayan perasaan di pinggir sungai sebelum Jeno meneriak memanggil mereka berdua untuk menyambut hari lahir Yoona. Mereka berdua segera melangkah menuju ke arah tempat tadi dan mengikut serta menyambut hari istimewa itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


to be continue

done for chap one😌

wish me berjaya siapkan fanfic ni😌

happy reading🌱

[H] OBSESSION | LEE JENOWhere stories live. Discover now