Teaser 5

13 6 0
                                    


Countless love s2 teaser

🌺🌺🌺

Terkial-kial Ulya berlari mendapatkan teksi yang berhenti. Malangnya, dia ditolak hingga jatuh ke tepi jalan oleh seseorang membuat dia naik hantu.

      “Hoi! Tu teksi saya! Saya yang tahan dulu!”

        Teksi itu terus meluncur pergi. Ulya yang cedera kecil pada siku bangkit menyapu pasir jalan yang melekat pada baju. Mencebik dia kerisauan. Dia tidak suka klien menunggunya begitu lama. Semua gara-gara keretanya pagi-pagi buat hal. Itulah siapa suruh tolak tawaran Jay yang mahu menghantarnya tadi. Konon nak jaga hati si penakluk cintanya Aisy Fawwaz. Ha sekarang mendapatlah. Teksi pun sudah dikebas orang lain. Kelam-kabut jadinya. Dia cuba hubungi kliennya, malang sungguh nasib. Telefon kehabisan bateri. Ah, matilahnak! Ulya gigit bibir kebingungan.

       Pemandu kereta syarikat membawa Jay ke tapak projek awal pagi tadi. Yang lain semua sibuk. Macam mana ni?

        Tanpa dia sedari tingkahnya diperhatikan seseorang dari seberang jalan sedang bertenggek atas sit superbike merahnya. Cetusan sengih kedengaran dari ulas bibirnya. Lucu melihat mimik dan kelakuan wanita berstail comel jauh di hadapannya. Tidak menunggu lama, dia menunggang superbike itu seberangi jalan dan berhenti betul-betul di hadapan Ulya.

         Tercengang Ulya dengan kemunculan seseorang bersama superbike merah. Siap bagi isyarat mata mahu si gadis naik superbikenya dari sebalik helmet bertutup penuh yang hanya menampakkan kedua pasang mata dinginnya.

        Ulya hanya buat tidak tahu kerana prinsipnya tidak akan tumpang orang yang tidak dikenali. Macam-macam boleh jadi. Niat orang kita tak tahu. Itulah apa yang ditanam dalam hatinya.

          “Tak nak naik superbike pak cik alien you ke?” Mendengar perkataan pak cik alien membulatkan mata Ulya. Lantas tangannya naik membuka visor helmet yang menyembunyikan wajah sebenar orang itu.

         Terdedah muka lelaki yang dikenali. Tersengih suka Ulya di situ. “Abang Aisy! Eh, Abang Fawwaz?”

         Senget senyuman balasan dari Aisy terhadap si isteri. “Naiklah, budak alien. Tunggu apa lagi? Nak jumpa klien kan?”

         “Selama ni abang bawak Volkswagen Tiguan putih abang tu. Aduh, macam mana Ulya boleh lupa yang abang ada Suzuki Hayabusa 1299cc merah ni? Mercik hawau!” Lekas-lekas Ulya naik di belakang Aisy.

      “Naik superbike lebih cepat. Ready girl?”

      “Yes!”

       “Let’s go!”

         Dengan kelajuan yang maksima superbike dipecut sehingga tiba ke destinasi. Kecut perut Ulya jadinya apabila mereka nyaris dilanggar kereta yang keluar simpang mengejut membuat superbike terbalik. Kuat pautannya yang memeluk pinggang Aisy. Mata terpejam rapat. Mereka berselerakan di jalanan. Kedua-dua saling berpandangan sebelum gelap mata.

     
23 may up di fb

countless love s2(on Going) Where stories live. Discover now