teaser 3

14 7 4
                                    


CL S2 (3)
🌺🌺🌺🌺

ADIFA yang baru siap kemas hendak ke tempat kerja, tersenyum melangkah mahu turun. Jimmy sudah menunggu di bawah awal-awal lagi usai berkemas sesudah solat subuh jemaah tadi pagi. Turut mahu ke tempat kerja bersama.

       Buka sahaja pintu bilik, semena-mena terasa tubuh tergawang di udara. Tergayat Adifa dengan adegan mengejut itu.

       Membeliak matanya saat bertembung dengan renungan redup si Jimmy di depan muka.

      Puk!

       Adifa melepuk bahu Jimmy, mahu dirinya diturunkan. Baru dia sedar dia berada dalam dukungan lelaki itu. Cekap kerja Jimmy eh? Sejak bila dia menunggu di hadapan pintu pun tak tahulah. Adifa kebam bibir.

       “Lepaslah you. Ingat i budak-budak nak dukung bagai? I boleh jalan sendiri.”

        Jimmy senyum dan segera bawa Adifa turun ke ruang makan.
   
       “Ingat you je nak jadi macam Sayyidatina Aisyah dan Sayyidatina Khadijah? I pun nak jadi macam Rasulullah yang romantik dengan isteri baginda. Salah satunya gendong isteri. Tapi, i dukung you. Samalah tu. Sunnah nabi. Dan...” Cup! Sebuah ciuman menghiasi dahi Adifa lembut.

      “Kiss ni pun salah satu yang baginda buat dekat isteri baginda...” sambung Jimmy lagi berjaya menyentuh hati Adifa. Senyuman indah terukir di bibirnya. Tidak menjangka Jimmy juga belajar tentang itu. Dia bersyukur tak terhingga dan ungkapan terima kasih tidak putus-putus terhadap Sang Pencinta kerana telah mendengar doanya.

      “Terima kasih, bie... semoga Allah jauhkan suami i dari azab api neraka. Semoga Allah tempatkan suami i di syurga-Nya. Aamiin... pagi ni i sediakan lempeng special untuk you. You tahu tak apa yang Rasulullah berpesan kepada Fatimah Azzahra tentang adunan tepung ni?” Pertanyaan Adifa dijawab gelengan si Jimmy setelah sama-sama mengaminkan doanya. Tanda tidak tahu.

      Adifa melilit tangan di belakang leher Jimmy. Matanya masih tidak lekang menatap sang suami penuh dengan rasa cinta.

       “Rasulullah berpesan, wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya kelak Allah S.W.T tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadunnya. Dan juga Allah S.W.T akan meleburkan keburukan serta meningkatkan darjatnya.”

       “Alhamdulillah. Semoga Allah naikkan darjat you sayang. Syurga tempat isteri i nanti... sebab sudi sediakan lempeng special untuk i,” respons Jimmy seraya menitip doa buat sang isteri. Lalu, melaga-lagakan hidung dengan hidung comel si Adifa sebelum menurunkannya di hadapan meja makan. Bersedia untuk sarapan pagi.

       Ada sarapan Perancis juga disediakan oleh Chef Jo. Tetapi, lempeng itu menjadi pilihan utama Jimmy kerana ia buatan air tangan isteri. Dia hargai. Sambil makan sambil menyuap Adifa. Bertemankan gurauan senda pagi.

       Bahagia Hasrizal dan Capone yang menyaksikannya. Mereka berpandangan. Mr. Jimmy telah bahagia dengan Cik Puan Manis. Bagaimana pula dengan mereka yang tiada pasangan ini? Melopong sahajakah?

         “Capone, jom!” jimmy sudah bangkit dari duduknya seiringan dengan isteri tercinta si Adifa.

          Capone angguk dan bersedia keluar dari situ mengiringi tuannya.

         “Zal, hantar Cik Puan Manis terus ke butik. Jangan melencong ke tempat lain. Jaga my wife baik-baik. Kalau jadi apa-apa, kau tahu kan apa yang Mr. J boleh buat?”

           “Baik, Mr. J. Saya faham dan akan jaga cik puan manis baik-baik. Jangan risau, Mr. J.”
    

      

countless love s2(on Going) Where stories live. Discover now