Bab 8

134 34 0
                                    




Tekad Aisyaa, dia tak mahu buat apa-apa yang mengundang kemarahan Mashitah. Dia dah tak sanggup diperlakukan begitu hina di mata mereka bertiga lagi. Dan Aisyaa sedar, orang berpengaruh seperti Mashitah, pasti dia punya ramai orang dalam yang boleh lakukan apa saja kepada Aisyaa.

Tetapi Aisyaa silap.

Hari berganti hari.

Minggu berganti minggu.

Bulan berganti bulan.

Aisyaa mula merasakan, dirinya tidak 'hidup' lagi. Setiap malam, dia menangis tetapi tiada satu esakan pun keluar dari mulut. Mengenangkan betapa banyaknya tuduhan Mashitah jatuhkan kepadanya, kini tiada seorang pun yang melihat Aisyaa dengan pandangan mulia.

Bermula dari insiden kecurian di bilik ketua aras, Aisyaa dituduh sebagai pencuri dan akhirnya objek yang hilang itu benar-benar berada di dalam almari Aisyaa. Kemudian insiden baju Aisyaa di ampaian disimbah cat mural, tiada seorang pun dapat dikesan sebagai pelaku. Sedar akan pelakunya Mashitah, tiada seorang pun akui.

Aisyaa mungkin tak dibuli secara fizikal. Tetapi mentalnya sakit ditujah berulang kali dengan duri-duri Mashitah. Ke mana saja Aisyaa pergi, tak pernah sekali dirinya diselubungi rasa tenang. Apa yang belum dibuat Mashitah?

Aisyaa dah kena kunci dalam bilik air seharian. Dah pernah dihilangkan fail penting subjek berkumpulan sehingga dimarahi para pensyarah. Dilabel tak amanah. Dilabel tak bertanggungjawab. Bahkan pernah diterjah semasa mandi di dalam kamar mandi. Semua jenis gambar ditangkap secara senyap-senyap lalu diugut supaya akur kata Mashitah.

"Dengar cakap aku, aku takkan sebarkan gambar ni. Senang je kan?" Ayat ini. Ayat yang sentiasa bermain di kepala Aisyaa. Setiap detik. Setiap jam.

Tetapi, Aisyaa masih mampu berlakon kuat di mata Bahzi.

"Aisyaa apa khabar hari ni?"

"Baik, alhamdulillah. Awak pula?"

"Demam lagi ni. Dah dua hari dah. Haih saya rasa... demam rindu ni." Bahzi ketawa lemah. Suaranya jelas kedengaran serak, tanda tekaknya tidak sihat.

"Dah pergi klinik?"

"Dah pergi siang tadi. Doktor kata demam biasa je. Sakit tekak biasa, so doktor kasi ubat sakit tekak sekali. No worrries, wifey. Saya akan jaga diri saya sehabis baik!"

Hari demi hari, Aisyaa sedar perangai sebenar Bahzi kian tersingkap. Daripada pemuda yang sangat lembut dan matang, sifat keanak-anakkan mula terserlah kini. Bahzi jadi seorang yang suka bercerita, mengadu domba dan sentiasa menjadi pelembut hati Aisyaa.

"Esok awak bertolak naik ETS pukul 9 pagi kan?" Soal Bahzi. Kalendar diselak menunjukkan tarikh Aisyaa bakal bertolak ke Kuala Lumpur.

"Aah. Sampai dalam tengah hari macam tu." Aisyaa berdehem kecil, menutup getaran pada suara.

"Okey boleh. Kita jumpa esok ya?"

"Okey."

"Sayang Aisyaa dunia akhirat."

Aisyaa tersenyum. "Sayang Bahzi dunia akhirat juga."

Bipp.

Mati saja panggilan, Aisyaa ketap rahang sambil memeluk perut. Selera makannya putus. Tiada sehari pun dia rasa makanan yang dijual di kafe nampak sedap. Kalau makan pun, sekadar roti putih Gardenia untuk mengisi perut, elakkan diri dari dapat gastrik.

Tubuh dia dipusing menghadap siling. Tak sangka. Hari yang dia nanti-nantikan selama ini akhirnya tiba jua. Esok, cuti pertengahan semester bermula. Dengan janji yang telah Bahzi taburkan, sedikit sebanyak telah mengembalikan semangatnya untuk terus tersenyum.

"Tak sabarnya nak jumpa Bahzi..." Melebar senyumannya, tenggelamkan mata yang sembap dan bengkak.

Dalam dunia ini, selain abah, hanya Bahzi tempat untuk dia bersandar.

JAM sudah menunjukkan pukul 5 petang. Aisyaa duduk di bangku sudah tersandar di tiang. Kantuk akibat letih 6 jam perjalanan dari utara sampai ke Kuala Lumpur masih belum habis. Ikutkan Bahzi, Bahzi kata nak ambil Aisyaa terus dari kolej. Tetapi disebabkan Bahzi punya hal mustahak di tempat kerjanya, dia terpaksa pulang sedikit lewat.

"Aisyaa?"

Seorang lelaki tiba-tiba berdiri tegak di depan Aisyaa. Sesaat pandangan mata mereka bersabung, ketenangan Aisyaa bagai bercempera pergi. Sebak tiba-tiba menyelubungi seluruh hatinya, sekali gus mengundang air mata.

"Ba... Bahzi..."

Aisyaa bukan berhalusinasi lagi. Bahzi betul-betul di depannya. Wangian maskulin tubuh suaminya semakin menghuni rongga nafasnya. Semakin dekat jarak antara mereka, kehangatan dari Bahzi kian menyelimuti dingin sukmanya.

Sesaat tangan kekar itu melilit penuh tubuhnya, sakit yang selama ini dia tampung sendiri akhirnya gugur. Wajah dilekap penuh pada dada Bahzi, menghamburkan tangisan yang lebat.

"Aisyaa," Lagi suara Bahzi lembut memanggil, Aisyaa kian menekup dalam wajahnya ke dada Bahzi. Batin yang sudah berbulan lamanya disakiti, terasa bagai Bahzi remedi untuk dia. Hatinya meronta-ronta ingin menjerit tetapi disebabkan mereka berada di tempat awam, Aisyaa memilih untuk memeluk suaminya tanpa lepas.

Ya Allah, leganya. Nyamannya. Tangan besar Bahzi yang mengusap kepala dan belakangnya bagai menenangkan hati yang gundah.

"Janganlah nangis dah. Aisyaa dah jumpa abang kan ni, hm?" Pujukan Bahzi buat Aisyaa tersenyum di dada bidang itu.

Abang? Kenapa... Aisyaa rasa panggilan itu kedengaran sangat manis? Biarpun selama ini dia yang minta untuk kekalkan panggilan biasa, tetapi setelah Bahzi menggunakan panggilan mesra... Aisyaa rasa Bahzi makin manis?

"Abang..." Aisyaa gelak kecil. "Abang rindukan Aisyaa?"

Dalam rasa malu, Aisyaa bertanya.

Bahzi terus tersengih. "Mestilah. Dah dua bulan lebih abang tidur sorang-sorang." Ubun-ubun Aisyaa dikucup lembut. Kemudian beralih pula ke tepi kepala, bibirnya dijatuhkan ke situ pula.

"Dengar suara Aisyaa je mana cukup. Makan depan telefon..." Suaranya mendengus kecil. "Tak sama dengan jumpa depan-depan macam ni."

Sebaknya rasa. Semakin erat rangkulan Bahzi pada tubuhnya, Aisyaa semakin pejamkan rapat matanya. Dia mahu Bahzi tahu apa yang telah dia lalui selama ni. Dia mahu Bahzi tarik dia keluar dari sengsara yang dia rasakan sekarang. Tetapi dia tak sanggup. Dia masih mahu teruskan pembelajarannya sebagai pelajar jurusan seni digital.

Seni dan dirinya telah menjadi satu. Meski adakalanya dia hampir putus asa dengan badai yang hampir melenyapkan rasa seronok belajar, Aisyaa masih mahu teruskan perjalanannya di Kolej Tinggi Akalil. Dan Bahzi... Dia tak mahu Bahzi risaukan Aisyaa tatkala mereka berjauhan. Lagipun hubungan antara Bahzi dan Aisyaa masih baru. Aisyaa tak nak Bahzi lihat dirinya sebagai seseorang yang lemah.

"Dah, jom balik? Mandi kasi segar sikit eh?" Ubun-ubun Aisyaa diusap lembut. Tenang iris hitamnya merenung wajah sembap Aisyaa. Satu keluhan kecil dia lepaskan sebelum bibirnya jatuh pada dahi Aisyaa.

"Rasa macam tak percaya awak dah balik." Dia ketawa, gembira. Bahagianya rasa apabila Aisyaa akhirnya pulang ke pangkuan.

Aisyaa dan Bahzi (EBOOK FREE)Where stories live. Discover now