Bab 4

127 38 1
                                    

Cerita ni biasa biasa je tapi laju betul korang baca kan. Saya dah warning kan, cerita ni... takkan ada ending? Sebab saya terlalu malas utk menulis? 🙂🫶🏽 jangan kecewa pula tiba2 saya stop update hahahahah

.
.
.

Buku nota yang menjadi tempat catit segala info tentang proposal kumpulan, Aisyaa letakkan di atas katil. Letih seharian membaca slaid dan praktis bercakap depan cermin, Aisyaa lantas ke bilik air untuk membersihkan diri.

Apabila dia lintas di depan bilik Ikha yang pintunya sedikit terkuak, telinganya sempat menangkap suara Mashitah.

"Dah tu macam mana? Esok dah presentation kot. Aku ingat kau orang ni boleh diharap sangat." Rengus Mashitah.

"Eh kalau bukan sebab kau tu cucu pengarah, aku lagi rela ambil Aisyaa lah! Dia tu walaupun bengap, at least dia sumbang markah aku tahu?" Mai tempelak geram.

Aisyaa buat muka jijik. Terjuling matanya ke atas. Malas ingin curi dengar, dia beredar dari situ. Namun apabila telinganya terdengar kata-kata Ikha, kakinya bagai digam pada lantai.

"Kalau sekarang ni aku berkumpulan dengan Aisyaa... mesti kita orang tengah santai-santai sambil makan maggi. Bukannya gelabah macam sekarang..."

Bibir bawah, Aisyaa gigit. Meskipun Ikha berkawan dengannya demi markah, sudah tentu ada manisnya dalam hubungan persahabatan mereka. Ikha temannya dari semester pertama. Baik buruk Aisyaa, tak pernah sekali pun Ikha tumpahkan kepada sesiapa. Aisyaa berkeras ingin terus berkawan dengan Ikha pun, sebab dia nak bantu Ikha dekan bersamanya.

Kerana dia tahu, Ikha ambil jurusan seni digital ni bukan dengan kerelaannya. Tetapi kerana hanya jurusan ini yang dia dapat melalui permohonan selepas SPM. Mahu sambung tingkatan 6, katanya keluarga Ikha bangkang serta-merta. Membuatkan Ikha akhirnya terpaksa mengambil jurusan ini.

Tak sanggup mendengar kata-kata Ikha lagi, kaki terus diangkat.

AISYAA tarik nafas dalam. Seminggu telah berlalu dan hari ni ialah hari di mana kumpulannya akan membentangkan proposal untuk subjek Design Research. Entah sudah berapa kali mereka bertiga saling memberikan idea masing-masing, semuanya ditolak oleh Iqbal.

Boleh tahan juga ya bekerja dengan Iqbal. Aisyaa fikir, dia seorang je yang cerewet. Rupanya Iqbal boleh tahan lagi cerewet daripada Aisyaa. Apa yang perlu mereka bentangkan ada dua proposal yang berlainan. Bermakna jika proposal pertama mereka ditolak, proposal kedua masih ada sebagai back up. Tapi jika kedua-duanya ditolak, mereka harus buat proposal baru untuk dibentangkan pada kelas seterusnya.

Sambil menunggu giliran untuk pembentangan, Aisyaa meneliti proposal mereka.

Proposal pertama adalah tentang penyelesaian masalah rambut kerinting. Ini adalah idea Farid sendiri. Katanya tak ramai orang kita cakna tentang penjagaan rambut kerinting kerana mereka banyak beranggapan bahawa cara penjagaan rambut mereka sama saja seperti orang berambut lurus.

Proposal kedua pula idea Iqbal iaitu tentang perkahwinan di awal usia. Ideanya kian bercambah apabila fakta yang dimasukkan juga ada terselit tentang pedofilia yang acap kali terjadi di Malaysia.

"Baiklah. Hari ni kami akan bentangkan tentang proposal Design Research yang bertajuk Bounce Up. Atau pada definisi tajuk ini adalah untuk menerangkan cara penjagaan rambut kerinting."

Dalam sedetik, dua pasang mata ahli kumpulan Aisyaa tertancap ke arahnya. Terkejut. Idea yang sama dibentangkan oleh Farid dalam perbincangan mereka, kini menjadi bahan pembentangan kumpulan Mashitah, Ikha dan Mai. Bukan saja definisi tajuk saja yang sama, bahkan nama Bounce Up yang diberikan oleh Farid juga diambil mereka.

"Aisyaa..." Farid berbisik keras. "Kau tak bagi idea aku tu dekat dia orang kan?"

Sangsi yang Farid rasakan semakin menebal apabila act 123 atau jalan cerita yang dibentang juga seketul-seketul dari idea Farid.

Iqbal yang menyaksikan keyakinan Mashitah dalam membentangkan proposal mereka, buatkan hatinya rasa meluap-luap. Apabila dia toleh ke arah Aisyaa, jelas gadis itu juga kelihatan terkejut. Terkedu dan langsung tak mampu berkata apa-apa.

"Untuk proposal yang kedua, saya akan serahkan kepada Maizatun. Silakan, Maizatun." Mashitah senyum lebar ke arah ahlinya.

Terketap-ketap rahang Aisyaa apabila melihat slaid yang ditayang untuk proposal yang kedua. Tangannya yang terkepal menggeletar hebat. Lihatlah proposal kedua mereka. Juga mirip idea kumpulannya.

Tetapi kali ini...

Iqbal ketawa kecil, hanya didengari oleh Aisyaa dan Farid.

Aisyaa toleh dengan perasaan yang bercampur baur. "Kenapa kau gelak?"

Iqbal kerling ke arah Aisyaa. "Kedua-dua proposal dia orang akan kena reject punya." Bibirnya menarik senyuman sinis ke arah kumpulan Mashitah.

"Maksud kau?" Soal Farid tak puas hati.

"Aku dah mesej miss semalam lepas kita habis berbincang. Kedua-dua proposal kita aku dah kemukakan dekat dia. Just incase. Sebab aku tak nak nanti tiba-tiba ada kumpulan terbuat sama idea dengan kita." Iqbal dengan tenangnya menghidupkan komputer ribanya lalu diserahkan kepada Aisyaa dan Farid.

"Ini slaid baru kita. Semua ni pun idea asal Aisyaa."

Aisyaa terdiam. Dia sememangnya ada sumbangkan idea kepada Iqbal tetapi sebelum ni Iqbal tolak mentah-mentah. Tentang komplikasi yang seseorang perlu hadap jika kerap kali tidur lambat. Isu ni mungkin kerap kali dibentangkan oleh banyak agensi kesihatan lain. Tetapi bagi Aisyaa, dia sudah banyak kumpulkan fakta lain untuk dia bentangkan.

Lega. Tersenyum Aisyaa melihat betapa cepatnya Iqbal bertindak. Dan untuk lelaki itu menerima idea Aisyaa pada saat-saat akhir begini, buatkan hatinya kian tak senang duduk. Dia takut kalau-kalau hanya dengan satu proposal ini akan mengecewakan tiga orang pensyarah di depan sana.

"Itu saja daripada kami bertiga. Sekian, terima kasih." Ikha tunduk sedikit sambil tersenyum kecil ke arah tiga pensyarah itu.

"Maaf tetapi kami bertiga terpaksa reject untuk kedua-dua proposal kamu. Untuk proposal pertama, tajuk yang dikemukan terlalu minoriti. Hanya khas untuk mereka yang berambut kerinting saja. Kalau mereka yang berambut lurus ni macam mana pula?" Puan Roha tayang muka bosan. Matanya hanya mengerling ke arah mereka bertiga.

"Untuk proposal kedua kami terpaksa tolak sebab tak nak ada apa-apa kesalahan fakta. saya tak nak isu begini. Sekali awak bagi fakta yang salah, akan mengundang banyak salah faham nanti. Sebab dalam negara kita pun, perkahwinan di usia muda pun dibenarkan. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, saya harap minggu depan tolong kemukakan lagi dua proposal baru." Ulas Miss Hera pula.

Mashitah di mata Aisyaa kini kelihatan sedang menahan marah. Bibir bawah tergigit-gigit. Jari sudah mula meramas-ramas hujung baju. Rahang kelihatan sedang berlaga-laga. Apabila mereka disuruh untuk kembali ke meja, matanya bertembung dengan jelingan tajam Mashitah.

Duduk saja Mashitah di tempatnya, perlahan-lahan bibir Aisyaa menarik senyuman puas. Nak tiru idea orang lain, tetapi akhirnya kecundang juga.

"Ingat ya pelajar. Miss Hera dah pesan last week untuk buat perancangan awal. Kalau awak buat perancangan last minute, memanglah tak menjadi! Kalau kerja suka sangat bertangguh, berhenti sajalah. Buang masa saya teliti kerja sampah awak!" Puan Roha tiba-tiba bersuara.

Aisyaa tarik nafas dalam. Gemuruh rasanya apabila memikirkan setakat ini, tak ada satu kumpulan pun proposal yang diterima.

"Kumpulan seterusnya, Iqbal, Farid dan Aisyaa."

Aisyaa dan Bahzi (EBOOK FREE)Where stories live. Discover now