Bab 1

183 37 2
                                    




Keluhan berat terbit dari mulut Aisyaa. Geram. Panas hatinya masih belum reda setelah berurusan di kaunter pendaftaran tadi. Kalaulah pihak kolej bagitahu awal-awal yang pelajar tak boleh tempah bilik untuk kawan, semua ni takkan terjadi!

Ikha yang sepatutnya sudah berjanji ingin duduk sebilik dengan Aisyaa, sekarang dah tak jadi plan mereka berdua. Disebabkan Ikha terpaksa daftar masuk kamsis sedikit lewat, Aisyaa terpaksa tinggal sendirian di bilik yang hanya memuatkan dua orang.

Sekarang, ada lagi beberapa jam untuk Ikha sampai ke kolej dan daftar di kaunter. Dalam pada itu, bila-bila masa saja katil sebelah Aisyaa akan dihuni oleh sesiapa! Merah muka Aisyaa sekarang, menyirap dengan sistem yang diatur oleh pihak kolej.

"Marah lagi ke ni, hm?" Bahzi di bonet kereta berpeluk tubuh sambil memerhatikan Aisyaa yang mengah kerana tak berhenti naik turun tangga dari aras lima sambil angkut barang-barangnya.

Apabila Aisyaa sudah dekat, lantas dia tarik lengan isterinya. Dahi Aisyaa yang basah dengan peluh lembut saja dikesat dengan tisu. Dia faham Aisyaa dan Ikha sudah berkawan baik sejak semester 1. Tapi bila tiba-tiba kena pisah untuk semester kali ini, Aisyaa jadi tak tenang. Kepala asyik terfikir-fikir, takut jika tempat Ikha diambil orang yang tak dikenali.

"Orang geram tau? Kalau awal-awal lagi pesan kena ada teman sebilik baru boleh daftar bilik sama, tak adalah jadi macam ni. Kang tiba-tiba orang dapat bilik dengan pencuri, macam mana?!" Bentak Aisyaa.

"Sayang, orang dengar nanti..." Pujuk Bahzi.

"Peduli apa? Mesti dia orang pun fikir apa yang saya fikir. Menyusahkan orang tahu tak?" Rengek Aisyaa. "Dahlah, jom masuk dalam kereta. Sejuk sikit."

Bahzi ketawa kecil. Dalam marah-marah pun, Aisyaa comel aje tarik lengan bajunya masuk ke dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang.

"Dah sejuk sikit dah?" Soal Bahzi. Tangan Aisyaa langsung tak lepas dari genggamannya. Bahkan semakin erat sulaman jemari mereka.

Aisyaa sekadar mengangguk sambil kepalanya tersandar di bahu empuk Bahzi. Entah apalah Bahzi yang sudah buat pada dia. Berkahwin baru semalam tetapi hari ini dia langsung tak terkejut dengan setiap sentuhan kecil Bahzi.

"Nanti dah sampai KL, mesej la saya." Perlahan saja suara Aisyaa.

Bahzi senyum kecil. "Insya-Allah..."

"Kenapalah awak kerja jauh..." Keluh Aisyaa. Wangian Bahzi yang menghuni segenap ruang kereta dia sedut dalam-dalam. Semalaman tidur sekatil dengan Bahzi, wangian lelaki itu benar-benar membuatkan jiwanya memikat. Sangat menenangkan. Bauan yang lembut tetapi masih terselit aura maskulinnya.

"Nanti sesekali saya jenguklah awak. KL ke utara bukannya jauh sangat pun..." Nada suara Bahzi seperti memujuk.

Aisyaa gigit bibir bawahnya. Sejujurnya dia masih berasa takut untuk naik ke bilik. Sudahlah di aras lima. Ikha pula dijangka sampai petang nanti. Sepanjang masa sampai petang tu, ada kemungkinan untuk orang lain ambil tempat Ikha!

"Awak terus bertolak ke KL ke lepas ni?" Aisyaa angkat kepala. Direnung sepasang mata suaminya dengan riak muka sememeh.

"Saya stay sini dulu dua hari. Takut kalau-kalau awak ada nak pesan apa-apa ke."

"Ouh." Aisyaa tersengih. Laju bibir bawah digigit. Malu!

Jeda. Aisyaa pula kembali bersandar di bahu Bahzi, menghabiskan sisa masa yang ada sebelum suaminya berangkat pergi. Rasa resah yang memikirkan pelbagai spekulasi yang akan berlaku turut beransur pergi apabila Bahzi tiba-tiba menggumam satu lagu.

Untuk Bahzi menjadi seorang yang sangat senang dengan perangai Aisyaa begini, lelaki ini pasti sudah lama mengenali Aisyaa dari mulut abah.

"Dulu... Abah ada cerita pasal saya dekat awak ke?" Acuh tak acuh Aisyaa bertanya. Matanya mengerling ke arah sisi wajah Bahzi.

Aisyaa dan Bahzi (EBOOK FREE)Where stories live. Discover now